Thursday, 5 December 2013

menghitung hari..menghitung hari..

hanya tinggal 26 hari lagi untuk kita menyambut tahun baru yang lebih baik daripada sekarang..


apa azam korang tahun ni dah selesai? aku dah hampir selesai..cuma adala 2 - 3 angan - angan kosong yang belum menjadi kenyataan walaupun sudah berusaha kuat..hehehe..



tapi aku rasa ada 2 perkara yang ditunggu - tunggu oleh orang Malaysia sebelum menjelang tahun 2014 nanti..yang pertama adalah Sukan Sea Games yang menjadi acara terbesar sukan bagi rantau Asia Tenggara nie bermula 11 Disember - 22 Disember 2013..


paling ditunggu - tunggu adalah emas daripada acara bola sepak nanti..adakah Ong Kim Swee..maaf..maaf..Datuk Ong KIm Swee dapat mengekalkan pingat emas yang telah dimenangi sebelum ini..anyway gudluk kepada semua atlet - atlet Malaysia di Myanmar..



perkara yang kedua aku rasa adalah Tahun Melawat Malaysia 2014..ni yang peniaga - peniaga hotel..homestay...tempat - tempat parking..gerai cendol mahupun gerai burger tunggu - tunggu..masa ni lah ramai pelancong yang melancongkan diri mereka di tempat - tempat yang menarik dalam Malaysia..walaupun sekarang tengah banjir teruk di beberapa negeri tapi aku harap surut la sebelum pukul 12.00 pagi 01/01/2014 waktu Malaysia..


kalu korang nak tahu tempat - tempat yang menarik selain daripada Wakaf Che Yeh..jom la masuk laman web Visit Malaysia ni..dibina khas untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 



tapi yang paling..paling..paling..paling..paling..paling..paling..paling..
paling..paling..paling..paling..paling..paling..paling..paling..
orang tunggu aku rasa adalah acara kemuncak Wedding Of The Year la katakan antara Che Kiah Ta Pekasam & Henry Zain Middleton..amik ko! paling mahal dalam sejarah dunia..maksud aku sejarah dunia artis Malaysia..tapi tak tau la kalau ada lagi artis yang buat se'grand' mereka tapi tak hebahkan dalam dunia maya ni..apapun tahniah la..semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..AMIN!


kalu dulu ramai sedih pasal Datuk Siti kawin ngan Datuk 'K'..lepas tue Lisa Surihani ngan Abe Yusri..skang terjebak pulak kesedihan melampau terhadap perkahwinan Kiah Pekasam kite ni..hehehe..redha jela..hahaha..



akhir kata..selamat menghitung hari!

No comments: