Saturday, 8 February 2014

About Time!

"we're all travelling through time together..
everyday of our lives..all we can do is do our best..
to relish this remarkable ride"
- Petikan daripada filem About Time

pernah terlintas di hati kecil ingin mengulang kembali peristiwa lalu yang memberikan kesudahan yang terburuk buat diri aku sendiri..aku pasti semua orang mempunyai alasan yang tersendiri untuk memberikan yang terbaik untuk diri sendiri..orang tersayang..mahupun orang di sekeliling kita sendiri..dengan hanya meniti hari - hari mendatang..ketabahan dan kecekalan yang utuh diharap mampu memberikan kita kekuatan untuk menjadikan kehidupan lebih baik dari apa yang kita sangkakan..




oopppsss...hehehehe..aku bukan nak cerita pasal diri aku..tapi aku nak cerita pasal movie yang aku baru tonton..agak tersentuh bila aku dapat menonton filem arahan Richard Curtis yang bertajuk About Time ni..dengan garapan yang menarik..jalan cerita yang simple tanpa anda berfikir kembali bila watak utama menggunakan 'kuasa'nya dalam cerita ni..

sinopsis:
Pada usia 21 tahun, Tim Lake ( Domhnall Gleeson ) mendapati dia boleh melakukan time travel...Tim tidak boleh mengubah sejarah, tetapi dia boleh mengubah apa yang berlaku dan telah berlaku dalam kehidupan sendiri - jadi dia memutuskan untuk menjadikan dunia suatu tempat yang lebih baik ... dengan mendapatkan teman wanita. Malangnya, yang ternyata tidak semudah yang dia sangka. Bergerak dari pantai Cornwall ke London untuk menjadi seorang peguam, Tim akhirnya bertemu Maria yang cantik (Rachel McAdams ). Mereka jatuh cinta ,malangnya dia perlu kembali ke masa silam untuk membantu kawannya dan ini bermakna dia tidak pernah bertemu dengan Maria sama sekali. Jadi mereka bertemu buat kali pertama sekali lagi dan sekali lagi - tetapi akhirnya, selepas pelbagai perkara licik dilakukan masa perjalanan, dia memenangi hatinya. Tim kemudian menggunakan kuasanya untuk mewujudkan cadangan romantis yang sempurna, untuk menyelamatkan perkahwinannya dari belenggu, untuk menyelamatkan rakan, mahupun menyelamatkan adiknya sendiri. Namun dia tidak mampu mengubah segalanya..

aku memang rekemen sangat - sangat filem ni untuk anda tonton..sebab ianya betul - betul membuka mata anda betapa berharganya kehidupan anda sekarang..walaupun kita tahu kita selalu merungut pada Allah atas apa yang terjadi..terlalu banyak nilai moral yang dapat anda perolehi dengan menonton filem ni..serius! 


trailer:


No comments: