Monday, 5 September 2016

gejala merisaukan!

Assalammualaikumdan selamat pagi..

aku ingat sekarang ni Malaysia memang diambang dugaan dan cabaran dari Allah swt dengan virus ZIKA yang kini menyerang masuk ke dalam Malaysia dengan 3 kes yang dilaporkan telah dijangkiti virus ZIKA..tu belum lagi yang pekerja Malaysia bekerja di Singapura..memang scary!! so korang kena lebih berhati hati dalam menguruskan kebersihan kawasan rumah..sekarang ni nyamuk bukan saja dengan denggi..ZIKA pun terlibat sekali..





tapi aku nak highlight satu isu yang mungkin jarang orang baca dalam news..mungkin banyak baca tentang nelydia senrose bukak tudung..fara fauzana batal perkahwinannya atau kisah cinta emma maembong dengan kamal adli ke..hari jumaat lepas aku godek godek berita harian online dan jumpa satu artikel berkenaan mental kanak - kanak yang merisaukan..bagaimana benda macam ni boleh berlaku? adakah disebabkan gejala sosial yang semakin teruk? atau teknologi yang semakin berkembang dan merosakkan pemikiran kanak - kanak? 


perkara ni pun aku risau gak memandangkan anak aku sorang baru 2 tahun dan lagi sorang baru 8 bulan..memang merungsingkan aku kalau perkara ni terjadi kat anak aku..walaupun kita sering memerhatikan anak - anak di rumah tapi kita tak tahu apa yang terjadi di luar rumah..di sekolah..di taman permainan..mungkin anak kita sering dibuli? sering diejek? atau kurang keyakinan diri akibat daripada masalah pembelajaran..memang menakutkan bila fikir balik perkara macam ni mampu mengubah personaliti anak kita walaupun setiap hari kita bersamanya..so kepada mak ayah yang muda macam aku ni beringatlah sentiasa..anak - anak kita adalah permata dan anugerah terindah daripada Allah swt..mungkin kita kata ala budak biasalah bergaduh..tapi kita tak tahu apa isi hati dalam anak kita..berwaspadalah! peringatan untuk aku juga!

No comments: