Monday 18 March 2013

..antara kekalahan 3-2 & 4-1..

walaupun sedikit kecewa pada perlawanan SALURAN 802..namun sedikit berbangga sebab berjaya mengekang pasukan di tangga kedua dunia..berbanding perlawanan di SALURAN 801 amat mengecewakan..perlawanan SALURAN 802 begitu seronok untuk dilihat dan disokong..hehehe..ambil pengajaran..jangan mudah mengalah walaupun ketinggalan..tajamkan pemikiran untuk menjadi lebih baik di masa akan datang..ok? bukan untuk memperlekehkan mereka tapi memberi semangat untuk lebih maju dan berjaya..papepun tahniah kepada kedua - dua pasukan Malaysia yang bertungkus lumus mencari kemenangan cuma tiada nasib.. :-)


PERLAWANAN SALURAN 802


Pukulan terakhir perlawanan rentap impian bergelar juara

Ipoh: Skuad hoki negara terpaksa menggigit jari apabila misi menamatkan kemarau 30 tahun untuk bergelar juara berkecai apabila tewas

3-2 kepada Australia pada final Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-22, malam tadi, melalui jaringan Trent Mitten tiga saat sebelum perlawanan berakhir. Dengan perlawanan seakan berlanjutan ke masa tambahan, Mitten merembat kencang melepasi S Kumar, sekali gus menghancurkan hati ribuan penyokong tuan rumah dan membolehkan Australia mencipta kejuaraan ketujuh selepas melakukannya pada 1983, 1998, 2004, 2005, 2007 dan 2011.
“Tewas dengan jaringan pada saat-saat akhir begitu memeritkan... amat mengecewakan. Bagaimana saya puas hati pemain dapat menyaingi Australia pasukan di ranking kedua dunia, serangan lawan dapat kita serap malah kita begitu hampir mengecewakan mereka," jurulatih negara Paul Revington
Kekalahan memeritkan 
“Tewas dengan jaringan pada saat-saat akhir begitu memeritkan... amat mengecewakan. Bagaimana saya puas hati pemain dapat menyaingi Australia pasukan di ranking kedua dunia, serangan lawan dapat kita serap malah kita begitu hampir mengecewakan mereka.
“Kegagalan menyempurnakan pukulan sudut penalti adalah faktor yang menyumbang kepada kegagalan kita,” kata jurulatih negara Paul Revington.

Pemain negara mempamer persembahan membanggakan dan menyerbu garang sebaik wisel permulaan dan memperoleh gol seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Faizal Shaari.

Selepas berjaya bertahan selama 28 minit kubu Malaysia roboh apabila Nicholas Budgeon menyempurnakan pukulan sudut penalti pertama pasukannya pada m-29. Dua minit kemudian Graig Boyne memanfaatkan kealpaan benteng Malaysia untuk meletakkan Australia di hadapan pada separuh pertama.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan Malaysia yang mengasak hebat dan memperoleh gol penyamaan melalui Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil yang menolak masuk bola hantaran Muhammad Farhan Mohd Jalil pada m-49 untuk menyalakan semula harapan. Bagaimanapun Mitton bingkas melakukan tindakan pemusnah dengan pukulan terakhir permainan, sekali gus meleburkan impian Malaysia.

sumber: Berita Harian


PERLAWANAN SALURAN 801


Shah Alam: Arab Saudi menepati ramalan selaku jaguh Asia apabila menang mudah 4-1 ke atas skuad negara dalam aksi persahabatan malam tadi.
Rembatan pemain gantian Mohd Safiq Rahim pada minit ke-70 yang menggegar gawang lawan memberikan sedikit kegembiraan kepada 5,000 penonton yang hadir di Stadium Shah Alam.
Ia dilihat mampu mengembalikan reputasi kapten kebangsaan itu yang sebelum ini dikecam berikutan prestasi tidak konsisten dalam kancah domestik. Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila Arab Saudi kembali garang menyumbat dua gol lagi selepas itu. Apapun aksi perlawanan semalam dilihat bukan berstatus `A’ seperti yang dilaporkan sebelum ini apabila kedua-dua pasukan melakukan pertukaran melebihi enam pemain dengan Arab Saudi memasukkan keseluruhan pemain baru di babak kedua.
Pelawat kendalian Lopez Caro terlebih dulu membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi tandukan kebelakang penyerang kelab Al-Ettifaq, Yousef al-Salem.

Kesilapan penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat membaca gerakan lawan jelas membawa padah apabila Yousef menyentap semangat anak buah Datuk K Rajagobal yang nampak tenggelam dengan hantaran pendek dan kombinasi pemain lawan.


Kehadiran Mohd Badhri Radzi yang bergandingan bersama Shakir Shaari mengemudi jentera tengah belum mampu menggerakkan serangan berbahaya sepanjang 45 minit babak pertama.
Foto

Malah lawan sebaliknya menambah jaringan menerusi Yahya al-Shehri m-30 diikuti kealpaan benteng pertahanan membuka ruang Naif Hazazi merembat masuk m-89 dan Hamdan al-Hamdan pada masa kecederaan babak kedua.

Ketumpulan sentuhan penyudah yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha dilihat menjadi penyumbang kekalahan Harimau Malaya walaupun mendapat beberapa peluang meledak gol pada babak awal separuh masa kedua.

Rajagobal yang melakukan rombakan pemain pada babak kedua masih belum mampu menyaingi kehebatan lawan. yang turut membuat persiapan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Indonesia.

Kekalahan itu menambah kesangsian akan keupayaan skuad negara sendiri berdepan Yaman, Jumaat ini selepas tumbang kepada Qatar pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2015.
 sumber: Harian Metro



p/s: harap pasukan Hoki kita akan lebih berjaya di masa akan datang dan akhirnya mengembalikan kegemilangan Hoki kita macam zaman Mirnawan, Saiful Azlan..Pasukan bola pulak diharap akan terus berusaha tanpa patah semangat..jangan gopoh mencari gol tapi  bijak mencari peluang.. :-)

No comments: