sekarang ni isu penceroboh bangang ni memang paling hangat..memang hangat sampaikan beberapa perajurit/pahlawan kita tumbang tanpa sempat berperang..aku bukanlah seorang perwira macam dieorang..aku hanya mampu memberi doa dan kata - kata semangat pada mereka yang terlibat..AMIN! perjuangan korang takkan dilupakan sampai ke anak cucu..
bagi sesiapa yang masih tidak puas hati kenapa kerajaan kita belum bertindak..mari kita berfikir sejenak..abaikan ideologi politik yang bodoh..bersatu dengan akal..kuatkan iman dan berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat..
Persoalan kenapa polis tetapi bukan tentera?
- 1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
- 2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
- 3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
- 1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
- 2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
- 3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
- 4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat)boleh di isytiharkan.
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini..
MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?
Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.
Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.
DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?
Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang.
Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.
Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik LahadDatu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.
Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.
------------------------------------------
Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini.
p/s: aku petik dari sebuah laman web..gunalah akal sebelum mulut dan hati..
No comments:
Post a Comment