Sunday, 2 June 2013

MENUJU PUNCAK!

macam AF plak bila aku baca headlines gini..hahaha!





Bukit Jalil: Johor Darul Takzim (DT) melangkah ke final Piala FA untuk bertemu juara bertahan, Kelantan pada 29 Jun ini biarpun tewas 1-2 kepada Pahang pada perlawanan tertunda separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Berbekal kemenangan 1-0 pada aksi pertama di Larkin, 25 Mei lalu, Johor DT mara menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 2-2, sekali gus melakar sejarah sebagai pasukan berstatus kelab kedua berjaya melangkah ke final selepas Sime Darby, musim lalu.
Pemain import, Andre Francisco de Silva atau Andrezinho (kanan) menjadi wira apabila meledak gol penting Johor DT pada minit ke-47 untuk memberi laluan mereka ke final, sekali gus mencipta gembira 15,000 penyokong mereka.

 sumber: bharian


p/s: Tahniah JDT..lepas ni bertemu pulak dengan TRW ye..hahaha

No comments: