Thursday, 6 June 2013

herpes? gincu? RIHANNA?

uish..uish..malangnya terkena jangkitan HERPES!

gambar hiasan

itulah yang terjadi kepada Starkeema Greenidge, pelayan restoran yang dijangkiti Herpes selepas menerima sampel percuma RiRi Woo Lipstick ketika menonton konsert Rihanna sendiri..







Kegembiraan menjadi peminat bertuah ketika konsert Rihanna tidak berpanjangan buat seorang pelayan restoran, Starkeema Greenidge.
Gadis yang mengaku peminat setia pelantun lagu Diamonds disahkan mendapat serangan virus herpes selepas memakai gincu buatan Rihanna.


Kejadian itu bermula pada 7 Mei lalu ketika Starkeema merebut pek percubaan gincu berkenaan yang diedarkan percuma ketika konsertnya. Dalam tempoh tiga jam ia habis diedarkan.

Namun dua hari selepas mengenakannya, bibirnya mula menggelupas, seterusnya luka hingga mendorongnya mendapatkan rawatan pakar. Laporan perubatan yang diterima selepas itu membuatkan gadis berkenaan mahu memfailkan tuntutan mahkamah.
“Bayangkan apa akan berlaku andai saya tidak mendapatkan rawatan segera? Pek percubaan yang diedarkan kepada peminat tidak bersih hingga saya terpaksa menanggung beban emosi dan kewangan.

“Saya tidak dapat bekerja dua minggu, malah wang simpanan saya terpaksa digunakan untuk menyembuhkan penyakit ini. Pihak terbabit sepatutnya memastikan segala-galanya bersih,” katanya.
Begitupun, wakil Rihanna belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

sumber: bharian.com

No comments: