Wednesday, 28 August 2013

HARI MERDEKA - 56 TAHUN

tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 56 tahun..anda tahu tema untuk tahun ni? 


aku pasti bagi Pantai Timur cuti jadi panjang skit..sebab jatuh hari Sabtu..dan akan dianjakkan ke hari Ahad..Yes! Yes! masa untuk pergi berhibur bersama si isteri! Kemana kami pergi akan diupdate nanti..huahuahua..yang pasti aku x dapat menghadirkan diri di Ambang Merdeka 2013 di Putrajaya dan Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56 di
Dataran Merdeka...aku hantar wakil je la..huahuahua..


  • Ambang Merdeka 2013
    • Tarikh: 30 Ogos 2013 (Jumaat)
    • Masa: 8.00 malam
    • Tempat: Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya
    • Tetamu: YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

  • Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56
    • Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
    • Masa: 8.00 pagi
    • Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
    • Tetamu: SPB Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri


sumber: malaysiamerdeka



tapi bila tiba hari kebesaran negara kita ni..pasti di corong - corong radio penuh dengan lagu - lagu patriotik..Yang paling popular pastinya lagu dendangan Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..Aishah..

Tanggal 31

Bahtera Merdeka

ataupun yang terbaru pun banyak dah..patriotik!

Saya Anak Malaysia - Merdeka  2011

Jalur Gemilang


yang pasti lagu ni bukan untuk tema kemerdekaan langsung ye..
hanya hiburan semata - mata di Pantai Merdeka..
jangan pulak ada generasi baru kata ni pun lagu merdeka..huahuahua


sebelum aku menghabiskan ayat aku..mari kita sama - sama saksikan laungan Kemerdekaan 
oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka...



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments: