Wednesday, 21 May 2014

Sampai sudah! Kungfu Panda!


binatang yang paling ditunggu - tunggu oleh para peminat..PANDA yang diberi nama Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) telahpun tiba di perkarangan lapangan terbang KLIA pagi tadi cuma masa berbeza beza..aku tak tahu kenapa..hahaha..mungkin wartawan yang datang lain - lain waktu..ada yang hadir time tayar kapal terbang cecah je landasan dia terus buat liputan..mungkin ada yang time bukak pintu kargo baru sampai nak buat laporan..yang last sekali mungkin lewat sebab gi makan dulu..tengok - tengok panda dah ada kat bawah..hehehe..anyway..itu bukan satu isu di sini..abaikan persoalan yang berada dalam benak hati aku ni..




TAHNIAH la sebab dapat memberi kepuasan kepada aku rakyat Malaysia yang tak dapat pergi ke Negara China untuk tengok Panda dengan mata kepala aku sendiri..ni dah ada peluang mari rebut - rebut tengok k..dari apa yang aku baca tiket permulaan adalah RM20 untuk DEWASA..RM10 untuk KANAK-KANAK & WARGA EMAS macam aku ni..aiseh..aiseh..

jadi mari kita beramai - ramai memeriahkan ZOO NEGARA sebulan dari sekarang kerana ia akan dikuarantinkan buat masa sekarang sebelum dipertontonkan kepada orang ramai..karang CULTURE SHOCK plak panda tu tengok orang Malaysia ni..

No comments: