Showing posts with label article. Show all posts
Showing posts with label article. Show all posts

Tuesday, 8 November 2016

Mohon jauh dari diriku ini..amin!

semalam merupakan hari yang menakutkan bagi diri aku..

first time aku tengok pergaduhan suami isteri depan mata setelah suami melafazkan cerai talak tiga...memang sangat menakutkan bila mana mereka turut begaduh depan anak - anak mereka..benda ni juga menjadi pengajaran buat aku dan isteri aku..bukan senang nak hidup senang..bukan susah nak hidup susah..aku bersyukur dapat isteri yang memahami aku luar dan dalam..


bukan semua orang mampu menahan kemarahan bila bergaduh..sampai mencaci..memaki hamun dan sumpah seranah..keluarga mana yang sempurna..suami isteri mana yang tak pernah bergaduh..tapi bila nafsu amarah menguasai diri iman tolak tepi dah..bagi mana - mana pasangan suami isteri mohon banyakkan bersabar..ada banyak perkara kita kena perhati...banyak benda kita kena kawal..dan antaranya adalah :

  1. Jangan melibatkan ibu bapa pasangan masing - masing
  2. Jangan sesekali mengungkit
  3. Jangan sebut kita nak tinggalkan dia
  4. JANGAN BERTENGKAR DEPAN ANAK - ANAK (sangat penting!)
  5. Jangan angkat tangan terhadap pasangan masing - masing
  6. Jangan sebut kekurangan pasangan
  7. Jangan tinggikan suara
  8. Jangan bergaduh dalam tempoh yang lama
kalau nak tah lebih lanjut setiap point di atas boleh rujuk laman web tudungsicomel..satu artikel yang sangat - sangat berguna untuk koarng dan juga untuk perhatian aku sendiri..aku ada jumpa satu doa untuk sama - sama kita amalkan..


semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang terbaik dan mendapat kerahmatan dariNya untuk menjadi sebuah keluarga yang bahagia hendaknya..AMIN!

Sunday, 20 October 2013

update..update..motivasi diri anda!

aku rasa lama dah x update blog aku..biasalah cuti sempena Hari Raya Haji..betul - betul seminggu gak la aku bercuti..tapi bila sambung balik kerja jadi makin malas..


hahaha..gejala normal bagi seorang manusia yang menyambung kembali kerja setelah lama merehatkan badan..nak pickup balik kerja - kerja yang tertangguh pasti makan masa yang lama..


perkara yang patut selesai jadi lambat..jadi muhasabah diri perlu ada dalam diri anda semua..macamana tue? 

  • Berehat selama 10 minit setiap bekerja 50 minit
Setiap mesin pun memerlukan rehat sesekali. Setelah beberapa waktu berada di depan komputer atau tugas apapun yang anda lakukan di tempat kerja, anda akan merasa penat atau lelah. Saat itu, anda perlu mengambil istirehat kecil selama 10 minit.
  • Gunakan 10 minit tersebut dengan bijak
Bagaimana cara kita memanfaatkan 10 minit rehat yang singkat itu? Ada berbagai perkara yang dapat anda lakukan untuk lebih bermotivasi di tempat kerja, seperti mengeksplorasi, bereksperimen, dan mengubah diri. Kuncinya adalah tetap disiplin dengan waktu 10 minit itu serta manfaatkan dengan semaksima mungkin. Jika tidak, anda hanya membuang waktu saja.
  • Lihat kembali apa yang sudah anda selesaikan
Salah satu cara cepat untuk rasa bermotivasi di tempat kerja adalah dengan melihat apa yang telah diselesaikan setelah bekerja cukup lama. Buatlah to-do list untuk menilai berapa banyak pencapaian anda untuk hari itu.
  • Membaca sesuatu yang menarik
Cobalah membaca beberapa artikel menarik yang dapat memotivasikan diri anda. Mungkin masih ada orang-orang yang merasa malu apabila didapati sedang membaca buku motivasi. Padahal tidak ada yang salah membaca artikel yang berkaitan dengan motivasi untuk memastikan semangat kita dalam bekerja tetap ceria dan bersemangat.
  • Jalan-jalan ke pantry
Berjalanlah ke dapur (pantry) untuk membuat secawan kopi. Dengan berjalan, anda dapat meregangkan badan serta dapat melakukan senaman singkat sebagai pengalihan dari beberapa tugas pekerjaan yang membosankan setelah seharian melakukan tugas berat.
  • Bersihkan meja anda
Mungkin ianya kedengaran seperti tidak masuk akal. Namun, meja yang tersusun rapi akan membuatkan Anda lebih bermotivasi untuk bekerja. Bersihkan meja anda dan lihat bagaimana hal itu dapat menjernihkan fikiran anda setidak - tidaknya pada saat itu.

sumber: kampus.okezone.com 



selamat bermotivasikan diri anda untuk hari - hari seterusnya! tapi kalau rasa masih belum bermotivasi lagi..anda ada masalah besar la tu..ringan - ringankan fikiran anda dengan melayari laman web nota serangga kecil..pasti anda akan lebih teruja dan kurang stress! hahaha..

Monday, 7 October 2013

Kenal diri anda..

adakah anda seorang yang perlu mengenali diri anda sendiri? perlu mengetahui sejauh mana anda mengenali diri anda sendiri? adakah anda rasa anda hebat tapi tidak mahu mengakui kelemahan diri? kenalilah diri anda dengan hanya satu ujian sahaja..bukan perlu membaca buku atau article..tak perlu tiru orang lain..hanya intuisi anda dan pemahaman diri anda sudah cukup bagi kita mengetahui peribadi diri kita ini..memang bagus ujian ni sebab memberikan kita cara untuk memahami diri kita dan mengenali kelemahan kita..dan secara tak langsung mengenali selebriti - selebriti yang sama jenis dengan dir kita..bukan sahaja pada artis malah merangkumi ahli politik, ahli perniagaan, pencipta, para saintis terkemuka dan sebagainya..aku? aku adalah seorang ESTP..anda bagaimana?



CARA DUDUK YANG BETUL?

sekarang ni panggung wayang sudah menjadi satu kemestian untuk mengisi masa lapang..dengan lambakan cerita - cerita menarik dalam dan luar negara..itu belum masuk yang underground punya cite..hahaha..

kadang - kadang lenguh gak duduk saja sambil mulut mengunyah popcorn ke..hotdog ke..paling kurang pun corn in a cup..pasti ada..tapi time puasa jangan buat plak walaupun gelap dalam tue..hahaha.. so mari kita saksikan beberapa cara yang betul untuk anda menikmati masa anda dalam panggung wayang..pastikan anda berada dalam panggung ketika ini untuk mempraktikkan benda ni..mudah je..

Saturday, 28 September 2013

Yes! Sokong!

aku bukan nak menyalahkan sesiapa..tapi ia adalah isu yang sepatutnya untuk diketengahkan kepada pihak Kerajaan dan yang bertanggungjawab..Alhamdulillah setakat ni masih ada kaunter yang betul - betul buat kerja secara berhemah bila aku berurusan..aku salute!



Tuesday, 3 September 2013

subsidi minyak dikurangkan..


sepertimana yang telah diterangkan oleh PM kita..pengurangan subsidi akan menjana ekonomi kita dari aspek yang lain..harap - haraplah..


up..up..and AWAY!

APA? MINYAK NAIK HARGA? 

aku pasti ramai yang berpusu - pusu semalam untuk mendapatkan minyak di stesen - stesen minyak berdekatan rumah masing - masing untuk mengisi sebanyak mungkin minyak untuk kegunaan harian mereka nanti..mungkin esok susah untuk mengisi minyak yang mahal pulak..maka keuntungan berlipat ganda bagi pengusaha minyak semalam amatlah membanggakan..

Thursday, 29 August 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - 29/08/2013

PENGISYTIHARAN PENETAPAN HARI MALAYSIA DITANDATANGANI

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1963, DYMM  Yang  di Pertuan  Agong,  Tuanku  Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail  telah menandatangani  pengisytiharan pemasyhuran 16 September 1963 sebagai Hari Malaysia. Perisytiharan ini perlu dilakukan  lebih  awal  kerana persetujuan  yang  dicapai  di London  pada  9  Julai  1963 antara kerajaan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan British menetapkan bahawa  penubuhan  Malaysia  adalah  pada  31 Ogos 1963, sedangkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat menyiapkan laporannya sebelum 31 Ogos 1963.  Oleh itu, penubuhan Malaysia perlu ditangguhkan sehingga laporan tersebut  siap, yang dijangkakan  pada  14  September 1963.

Berikutan  daripada  ini  Malaysia  berjaya ditubuhkan  pada 16 September 1963, ini  kerana  majoriti penduduk di Borneo Utara dan Sarawak bersetuju dengan penubuhannya. Sesungguhnya,  Kemahuan rakyat mengenai  penubuhan  Malaysia telah ditunjukkan menerusi laporan Suruhanjaya Cobbold dan disahkan oleh perwakilan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.




Tuesday, 27 August 2013

merelease tension atas bukit..pantai..udara..

Lepas - lepas raya ni otak tepu skit walaupun dah masuk kerja..banyak kerja yang tertangguh sebelum raya hampir aku selesaikan..walaupun begitu aku memerlukan rehat yang betul - betul selesa tanpa perlu memikirkan apa - apa pasal kerja yang semakin hari semakin serabut aku tengok..perlu membetulkan mana - mana wayar yang dah terputus..kasi elok skit..servis cantik balik..lepas ni mintak - mintak lebih bersemangat skit nak bekerja..


Friday, 23 August 2013

Khutbah Jumaat 23/08/2013

Kunjungan pada awal pagi, tengah hari dan tengah malam tak sesuai kerana ia masa beristirahat
 
Pada bulan Syawal yang mulia ini, umat Islam masih dengan kehangatan menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Dalam keghairahan menyambut Syawal, pelbagai aktiviti disusun untuk memeriahkan sambutan seperti amalan berziarah, mengadakan kenduri, rumah terbuka dan sebagainya.
 
Amalan berziarah amat dituntut dalam Islam, apatah lagi dalam bulan Syawal sempena sambutan hari raya ini. Bahkan, Aidilfitri memberi peluang dan ruang yang luas untuk kita mempraktikkan ajaran Islam melalui konsep berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama Muslim.
Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Oleh yang demikian, amalan ziarah bukan saja untuk mengeratkan hubungan sesama Muslim, tetapi ke arah pembentukan semangat perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri.

Satu-satu kaum itu tidak dapat bersatu padu sekiranya tiada semangat perpaduan dan tidak wujud perasaan hormat-menghormati sesama Muslim atau bukan Muslim.

Nabi SAW menggambarkan bagaimana rapatnya hubungan antara individu Muslim dengan orang lain. Keimanan seorang Muslim itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan kasih sayang antara mereka.
Jika tidak wujud kasih sayang antara anggota masyarakat, sudah pasti sukar untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Malah, perasaan kasih sayang sesama Muslim akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama mereka.

Amalan ziarah dapat merapatkan hubungan yang renggang, mendekatkan yang jauh, mendamaikan antara individu yang bersengketa, mempertautkan kasih-sayang, mengikis perasaan benci dan menghilangkan segala hasad dengki.

Walaupun demikian, sudah menjadi lumrah anak dibiarkan oleh ibu bapa untuk menonton televisyen di rumah berbanding diajak bersama untuk menziarahi sanak saudara.

Sedangkan tindakan itu, bukan saja menjauhkan anak kita daripada mengamalkan sunnah Nabi SAW, malah secara tidak langsung merenggangkan hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain.

Kurang ambil berat renggang hubungan
 
Bahkan menyebabkan anak-anak juga tidak memandang berat mengenai hubungan kekeluargaan serta menyisihkan diri daripada bergaul dengan orang lain.

Oleh itu, peranan ibu bapa amatlah penting bagi mendidik anak-anak supaya memandang berat soal hubungan silaturahim sesama ahli keluarga dan sanak-saudara.

Jika orang sihat pun disuruh untuk menziarahi apatah lagi orang yang sakit. Apabila amalan ini dipraktikkan, sudah pasti individu yang sakit itu akan merasakan bahawa dirinya diingati dan dihargai.

Dengan lahirnya perasaan gembira di dalam hati pesakit sudah pasti boleh membawa kepada ketenangan jiwa dan cenderung kepada kesembuhan daripada penyakit yang dialami.

Bukankah banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan mengenai galakkan untuk menziarahi orang yang sakit?

Bukankah dengan berziarah kita sebenarnya menyempurnakan hak yang patut diperoleh oleh saudara kita?
Hayatilah hadis ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah ra, bermaksud: “Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima iaitu: menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan atau jemputan dan mendoakan orang yang bersin”.
 
Adab dalam memenuhi tuntutan ziarah
Dalam memenuhi tuntutan menziarahi, kita perlulah memelihara adabnya supaya pelaksanaan tuntutan itu sejajar dengan kehendak syariat. Antaranya, pertama: Meletakkan niat ziarah kerana Allah SWT untuk mengeratkan lagi hubungan, silaturahim tidak kira antara orang kaya ataupun miskin.
Menghubungkan silaturahim itu adalah satu tuntutan dan mempunyai banyak kelebihannya.  Dalam hadis riwayat al-Bukhari daripada Anas bin Malik ra berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim”.
Kedua, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah sama ada menziarahi orang sakit, jiran tetangga, adik-beradik atau sahabat handai. Elak daripada mengunjungi pada awal pagi, tengah hari dan tengah malam.

Hal ini kerana pada kebiasaan waktu tersebut adalah waktu beristirahat atau persiapan untuk keperluan ahli keluarga. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 58:
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isya’, itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya) dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Ketiga, apabila bertemu dengan tuan rumah, digalakkan untuk mendahului dengan mengucapkan salam dan seterusnya berjabat tangan dengan tuan rumah, dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada al-Barra’ ra, Rasulullah bersabda:
“Tidaklah dari kalangan dua orang Islam yang bertemu, lalu berjabat tangan bersalaman kecuali kedua-dua mereka diampunkan dosa sehingga sebelum mereka berpisah”.
Keempat, bertanya khabar dan tidak bercakap perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga menimbulkan rasa tidak senang orang yang dikunjungi.

Kelima, memelihara diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu atau tidak disenangi oleh tuan rumah.

Keenam, elakkan daripada bersikap sombong, riya’, takabbur dan bongkak. Sewajarnya perasaan bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk kesenangan yang ada. 

Khutbah dipetik dari laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
 
 
sumber: bharian 

Monday, 19 August 2013

menangani STRESS!!!!!

 
 stress! stress! 
tangani stress dengan cara yang terbaik..



NIHILISM..

anda tahu apa itu nihilism?bagi yang tidak tahu mari kita tambah info skit k..

menurut WIKIPEDIA
Nihilism (/ˈn.ɨlɪzəm/ or /ˈn.ɨlɪzəm/; from the Latin nihil, nothing) is the philosophical doctrine suggesting the negation of one or more putatively meaningful aspects of life. Most commonly, nihilism is presented in the form of existential nihilism, which argues that life is without objective meaning, purpose, or intrinsic value.Moral nihilists assert that morality does not inherently exist, and that any established moral values are abstractly contrived. Nihilism can also take epistemological or ontological/metaphysical forms, meaning respectively that, in some aspect, knowledge is not possible, or that reality does not actually exist.The term is sometimes used in association with anomie to explain the general mood of despair at a perceived pointlessness of existence that one may develop upon realising there are no necessary norms, rules, or laws.Movements such as Futurism and deconstruction,among others, have been identified by commentators as "nihilistic" at various times in various contexts.
(adalah doktrin falsafah yang mencadangkan penafian satu atau lebih aspek kewujudan makna kehidupan. Nihilisme dibentangkan dalam bentuk kewujudan, yang berhujah bahawa hidup tanpa erti objektif, tujuan, atau nilai. Moral intrinsik menegaskan moral yang memang tidak wujud, dan bahawa mana-mana nilai moral yang ditubuhkan adalah abstrak tersusun. Nihilisme juga boleh mengambil bentuk ontologi epistemologi atau metafizik, bermakna setiap yang ada dalam beberapa aspek, pengetahuan tidak mungkin, atau realiti yang sebenarnya tidak wujud. Kadang-kadang ia digunakan dalam persatuan dengan Anomie untuk menjelaskan perasaan putus asa yang dilihat wujud pada seseorang boleh dibangunkan apabila menyedari tidak ada norma yang diperlukan, peraturan, atau undang - undang.)

senang cerita..NIHILISM adalah seorang yang hidup tanpa ada objektif diri..motivasi..panduan mahupun cita - cita..bagi mereka hidup ini adalah sesuatu yang abstrak tanpa perlu memikirkan apa - apa..mungkin orang sebegini adalah seorang yang depressed atau mudah putus asa..




Sunday, 18 August 2013

akhirnya..pelancaran untuk Proton Suprima S..



sebelum ni aku post mengenai desas desus untuk keluaran terbaru Proton..semalam adalah pelancaran untuk produk terbaru daripada syarikat tempatan itu sendiri...diberi nama sebagai PROTON SUPRIMA S..yang kalau diikutkan selepas direview oleh otai - otai kereta bagi aku ok la..cume nanti aku nak try on the road plak..mana tau ter'sangkut' boleh mohon loan terus..hahaha..tapi kena tunggu respon dari para pengguna lain..kalau review nampak menarik dan mengancam akan dipertimbangkan..kalau so - so aku kena pilih alternatif lain..hahaha..

Saturday, 17 August 2013

BALIK TANPA SESAT?


anda pasti tertanya - tanya pasal kasut yang berlampu - lampu ni..yang pasti ini bukan kasut seperti yang biasa kita lihat pada kedai - kedai kasut yang menjual kasut LIP LAP kanak - kanak 2..hahaha..ini lagi spesel!

Wednesday, 14 August 2013

aiseh..suami pukul isteri?

sekarang ni tersebar sudah video SEORANG SUAMI MEMUKUL ISTERINYA DI DALAM LIF DI DEPAN ANAK - ANAK..uuuuuuuuuuuuiiiiiiiissssssshhhhhhhh..panjangnya tajuk! hahaha..aku buat sendiri tajuknya..sebagai seorang manusia aku turut bersimpati atas kejadian yang menimpa diri wanita tue..



walaupun aku bukan nak pasal aku baik sangat tapi alhamdulillah semarah - marah aku..masih lagi rasional dalam perhubungan aku dengan isteri aku..tapi kalau salah macamane pun banyak - banyaklah mengucapkan..isteri pun manusia biasa yang masih melakukan kesalahan..paling kurang pun aku merajuk sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap sambil dipujuk oleh isteriku dengan seketul ayam KFC SPICY di sebelah tangan kanannya dan BURGER SAMURAI EDISI TERBARU MCDONALDS di tangan kirinya..walaupun dia tahu aku takkan termakan pujuk rayu dia..huahuahuahua..

Monday, 12 August 2013

mudahnya membasuh baju!

memandangkan sekarang ni musim cuti paling peak! aku pasti isteri - isteri akan pening kepala bila mula membasuh baju bila selepas bercuti tamat tempoh bersukaria nanti..hehehe..jangan rungsing..Scrubba telah menyelesaikannya untuk anda..huahuahua..

Sunday, 4 August 2013

Saturday, 3 August 2013

the chinese dilemma~~

korang ada baca artikel dalam NST yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir? ianya adalah berkenaan konsep "KONGSI" yang diterap dari zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock..


bagaimana sesuatu perkara yang perlu difikirkan bersama untuk lebih menghargai orang sekeliling tanpa mengira bangsa..aku tahu ramai yang akan tertanya - tanya adakah artikel ini satu artikel yang menyinggung perasaan kaum Cina di Malaysia sampaikan ianya dikeluarkan artikel ini dari Facebook? Tepuk dada tanya selera..

baca dahulu dan fahami apa yang Tun Mahathir cuba sampaikan..

untuk artikel penuh dari Tun M sila layari link di bawah




sumber:


Wednesday, 31 July 2013

Liga M 2015..




mulai musim 2015 Liga M yang merangkumi Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM akan diuruskan oleh entiti yang berlainan daripada FAM sendiri..seperti apa yang dikhabarkan ianya akan diswastakan..

Dikendali badan berasingan babitkan semua pemegang amanah dalam liga

Kelana Jaya: Liga Malaysia (Liga-M) yang akan diswastakan mulai 2015 bakal diuruskan satu badan berasingan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kata Pengerusi Jawatankuasa Penswastaan Liga-M FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Beliau berkata, hasil mesyuarat pertama dijalankan semalam, pihaknya mendapat gambaran secara asas liga itu akan diuruskan satu badan berasingan yang dibentuk membabitkan semua pemegang amanah dalam liga seperti kelab yang bertanding, FAM, penaja dan sebagainya.

sumber: 


seperti yang aku mahukan..tapi adakah betul ianya satu entiti yang berlainan akan menguruskannya? atau hanya boneka yang masih dikawal oleh orang lain..aku harap tak la..aku mahukan benda yang terbaik terjadi kepada bola sepak negara kita..bila sudah terjadi macam ni mungkin tahap liga kita makin meningkat dan mungkin sama taraf dengan liga - liga Asia besar yang lain..malaysia boleh!