Tuesday, 23 July 2013

kuih raya oh kuih raya!

x lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita..tapi muncul pulak Syawal..persiapan yang sederhana atau ter'over' skit?


anyway..kuih raya tahun ni macam mane? dah jumpe resepi? atau main tunjuk -tunjuk gak tahun ni? mana - mana pun sama..janji ada kuih..sapa yang banyak sangat masa lapang boleh lah buat sendiri..mana yang sibuk memanjang..(biasalah time puasa masa bekerja pendek..malam nak tarawikh pulak!)





aku pulak kalau ada masa nak gak tolong bini aku buat kuih raya tahun ni..hehehe..oleh itu mari mencari resipi untuk kita buat sama - sama nanti..huahuahua..semua resepi ni aku dapat di laman web resepibiskut tapi aku cume amik yang aku minat je..hehehe..kalau nak yang lain bolehlah try masuk laman web ni k..


Biskut Chocolate Marble

Bahan-bahan 

  • ( 1 loyang bercutter 10" x 10" ) 


    Bahan (utk base biskut)
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
  • Bahan (utk hiasan)
  • 200g coklat masakan
  • 1 camb shortening
  • 75g coklat putih

Cara-cara

  1. Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
  4. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
  5. Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
  6. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
  7. Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
  8. Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali .

Tart Nenas


Bahan-bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau nak buat sendiri..
1 biji nenas     ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air  ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara-cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Aiskrim



Bahan-bahan
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20gm serbuk badam

Cara-cara
Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn pengelek gerigi dan terap dgn acuan ais krim. Sudah masak celup dgn coklat hujung nya dan tabus manik berwarna.

Topping
cairkan coklat dlm oven dan letak minyak masak kemudian gaul dengan rata.
 
 
 
 
amacam? terliur dah? bahaya ni..waktu asar pun tak sampai lagi..hehehe..sabar na..
 

No comments: