Wednesday, 17 July 2013

kawal rasa lapar anda dengan berhemah..

dah masuk 8 hari kita berpuasa..hehehe..
dah siap dengan barangan hari raya? hahaha..

tapi sebelum tue..
abiskan dulu puasa baru boleh raya dengan seronok..
bagi perempuan anda dimaafkan..
bagi pesakit gastrik kronik anda juga dimaafkan..
bagi kanak - kanak kecil anda juga dimaafkan..
bagi orang uzur anda juga dimaafkan..

yang lain..tanpa sebab musabab yang kukuh..
mintak maaf banyak - banyaklah ye..
kalau ponteng puasa jawab dengan Allah swt la ye..




aku ada terbaca satu artikel menarik dari internet..
so..mari kita kongsi bersama..

1) Alihkan perhatian
Sibukkan diri anda dengan pelbagai kerja untuk mengelakkan rasa lapar. Buatlah sesuatu yang anda suka seperti menelefon kawan dan sebagainya. Jika anda fokus terhadap sesuatu kerja, kelaparan yang dirasai pasti akan berkurang.

2) Latihan kardiovaskular
Luangkan masa anda melakukan aktiviti kardiovaskular. Senaman yang ringan juga membantu mengurangkan rasa lapar.

3) Rehat
Jika tidak berkesan, dapatkan rehat pada waktu petang. Rehat sekejap akan membuatkan fikiran anda cepat menerawang dan sedar tak sedar, sudah hampir masuk waktu untuk berbuka. Dapatkan tidur yang cukup juga boleh menurunkan paras ghrelin dalam badan.

4) Kawal pengambilan makanan
Ketika waktu sahur, jangan terus menelan makanan anda, makan terlalu cepat menyebabkan anda makan berlebihan dan berpotensi untuk cepat lapar. Sebenarnya, otak mengambil lebih masa yang lama daripada perut untuk menerima mesej anda sudah kenyang. Jadi, telan dan kunyah makanan anda perlahan-lahan. Sebelum makan, amalkan meminum air.

5) Abaikan kepedihan
Bagi mereka yang baru sahaja belajar berpuasa, mereka pasti mengalami pedih akibat lapar. Cuba biarkan sakit itu dan anda pasti akan terbiasa. Bacalah buku atau apa sahaja yang dapat memotivasikan kamu.

6) Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
Serat adalah senjata utama bagi pengamal diet untuk menahan nafsu makan mereka. Bijirin penuh berkhasiat, rendah lemak dan kaya dengan serat. Bijirin penuh juga bagus untuk menurunkan kalori. Sesetengah sayuran seperti brokoli dan cendawan mengandungi banyak serat, amalkannya untuk membuatkan anda lebih bertenaga walaupun tanpa makanan.

sumber: entertainment.yahoo

No comments: