mulai musim 2015 Liga M yang merangkumi Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM akan diuruskan oleh entiti yang berlainan daripada FAM sendiri..seperti apa yang dikhabarkan ianya akan diswastakan..
Dikendali badan berasingan babitkan semua pemegang amanah dalam liga
Kelana Jaya: Liga Malaysia (Liga-M) yang akan diswastakan mulai 2015 bakal diuruskan satu badan berasingan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kata Pengerusi Jawatankuasa Penswastaan Liga-M FAM, Datuk Afandi Hamzah.
Beliau berkata, hasil mesyuarat pertama dijalankan semalam, pihaknya mendapat gambaran secara asas liga itu akan diuruskan satu badan berasingan yang dibentuk membabitkan semua pemegang amanah dalam liga seperti kelab yang bertanding, FAM, penaja dan sebagainya.
sumber:
seperti yang aku mahukan..tapi adakah betul ianya satu entiti yang berlainan akan menguruskannya? atau hanya boneka yang masih dikawal oleh orang lain..aku harap tak la..aku mahukan benda yang terbaik terjadi kepada bola sepak negara kita..bila sudah terjadi macam ni mungkin tahap liga kita makin meningkat dan mungkin sama taraf dengan liga - liga Asia besar yang lain..malaysia boleh!
No comments:
Post a Comment