Tuesday, 26 February 2013

Samsung bakal lancar Galaxy S IV

Seoul: Samsung Electronics Co Ltd akan melancarkan model telefon pintar terbarunya, Galaxy S IV, pada 14 Mac ini di New York.

Ia berikutan laporan peningkatan permintaan bagi peranti mudah alih di AS sekali gus bakal memberi saingan kepada Apple Inc.

Model Galaxy S IV akan merancakkan persaingan di pasaran telefon pintar AS di mana Apple berjaya mengatasi Samsung Electronics sebagai peneraju jualan buat kali pertama pada suku keempat 2012.

Ia adalah pelancaran pertama model utama Samsung dalam tempoh tiga tahun di AS dan hadir di tengah-tengah lonjakan pengiklanan di AS, kata jurucakap Samsung Electronics, Chenny Kim.

“Kami memperkenalkan Galaxy S III di London tahun lalu dan tahun ini bagi Galaxy S IV, lokasinya berubah ke New York sejajar dengan lonjakan permintaan di AS,” kata ketua bahagian mudah alih Samsung Electronics, JK Shin dipetik dalam laman web berita, Edaily.

Menurut laporan media, model Galaxy S terbaru itu dijangka mengandungi paparan dan kamera resolusi tinggi berbanding model sebelumnya termasuk prosesor quad-core.

Samsung Electronics memperkenalkan Galaxy S pertamanya ketika pameran mudah alih CTIA di AS pada 2010 , disusuli dengan Galaxy S II di pameran MWC di Sepanyol (2011) dan Galaxy S II di London (2012).
Samsung Electronics kehilangan takhta peneraju di pasaran telefon bimbit AS, namun secara global, gergasi dari Korea Selatan bernilai AS$210 bilion (RM651.7 bilion) dijangka meluaskan manfaat pasaran telefon pintar mengatasi pesaingnya yang berpangkalan di California, Cupertino tahun ini, dibantu oleh peluasan rangkaian produknya.

Pelabur Apple melahirkan kebimbangan berhubung prospek syarikat di tengah-tengah persaingan sengit daripada model lebih murah, telefon dikuasakan Android dan model lebih mewah Samsung di pasaran telefon pintar yang hampir tepu di pasaran membangun.

Saham Apple merosot 15 peratus tahun ini dan syarikat dilaporkan menurunkan tempahan kepada skrin dan komponen lain daripada pembekal di Asia ekoran kekurangan permintaan bagi model iPhone terbarunya.

maaf..gambar x dapat lagi..hehehe..unofficial phone specification je ada..hehehe..tapi tengok pada specification macam ok..hehehe..but depends pada korang la..
 


No comments: