Tuesday, 16 April 2013

artikel 88..ish..ish..

Kongres bakal mengubah Artikel 88, Ogos ini
Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cukup digeruni kerana Artikel 88, lulus untuk dipinda menjelang Kongres badan induk bola sepak negara itu pertengahan Ogos ini.
Kini terpulang kepada ahli gabungan untuk memberi sokongan kepada inisiatif jawatankuasa eksekutif (EXCO) FAM itu dalam memastikan tiada lagi pegawainya digantung akibat tersalah cakap.
“Artikel 88 tetap kekal, cuma kita bersetuju untuk memindanya dengan memberi ruang kepada pegawai lain juga untuk membuat sumbangan media,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat EXCO semalam. 
“Pindaan itu antara lain ialah selain Presiden dan Setiausaha Agung, pegawai-pegawai lain yang dibenarkan EXCO juga boleh memberi sumbangan kepada media tetapi dengan kawalan dan garis panduan tertentu. 
“Kami juga akan menghantar garis panduan kepada ahli gabungan berkenaan pindaan statut ini supaya pada masa depan tidak lagi terjadi kekeliruan terutama dalam memberi kenyataan kepada media.” 
Artikel 88 sedia ada mendapat kritikan banyak pihak selepas beberapa pegawai tinggi FAM dan ahli gabungannya, dikenakan hukuman gantung, denda dan dilarang terbabit dalam aktiviti bola sepak kerana didapati bersalah mengkritik badan induk itu.  

Saya tidak mahu terburu-buru: Presiden FAM 
Dalam perkembangan lain, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah menyatakan, baginda belum mendapat ilham untuk melantik Setiausaha Agung baru selepas Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan akan mengosongkan jawatan itu bulan depan. 
“Biarlah dia pergi, tidak ada siapa akan kekal,” titah baginda berkenaan Azzuddin yang bakal memikul tanggungjawab baru sebagai Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) 1 Jun ini. “Saya belum dapat ilham lagi, saya tidak suka terburu-buru membuat keputusan.” 
Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas ditinggalkan Azzuddin itu ialah Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ahmad Fuad Daud dan Saifudin Abu Bakar, juga pernah menjadi timbalan setiausaha agung FAM sebelum ini.

sumber: bharian.com


p/s: tak tahu seberapa luas 'kebebasan' yang diberikan selepas pindaan dibuat..harap semuanya akan berjalan lancar..supaya pasukan bola sepak kita lebih maju ke hadapan! FAM mampu mengubahnya! hahaha

No comments: