Thursday, 18 April 2013

Tahniah! Tahniah!


Cardiff: Cardiff City yang dimiliki usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berjaya menamatkan penantian 51 tahun untuk layak ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas seri 0-0 dengan Charlton di laman sendiri, awal pagi semalam sekali gus menjamin kedudukan dua teratas Liga Kejuaraan. 
Selepas tiga musim berturut-turut kandas pada perlawanan playoff, Cardiff akhirnya berjaya meraih slot automatik selepas kali terakhir tampil di liga tertinggi itu pada 1962.
“Kelihatan semua di sini tersenyum gembira dan ia pasti menjadi satu malam yang panjang di Cardiff untuk kami meraikan kejayaan ini. Saya gembira dengan semua pemain kerana berusaha cukup keras dan inilah masa untuk mereka meraikannya,” kata pengurus Cardiff, Malky Mackay.
Dengan kejayaan itu, Wales kini mempunyai dua wakil dalam saingan EPL selain Swansea City yang turut cemerlang menjuarai Piala Liga musim ini.
Tiga kali kecewa 
Biarpun masih berbaki tiga perlawanan, Cardiff kini selesa di tangga teratas Liga Kejuaraan dengan 84 mata daripada 43 perlawanan untuk tujuh mata meninggalkan pasukan tangga kedua, Hull City. 
Selepas gagal naik ke EPL sepanjang tiga musim lalu apabila tewas pada perlawanan playoff, Cardiff turut kecewa apabila mereka sekadar muncul naib juara Piala FA 2008 dan tewas kepada Liverpool pada final Piala Liga musim lalu menerusi penentuan sepakan penalti.  
Ternyata penukaran logo kelab yang baru dengan menampilkan naga merah serta warna jersi kelab daripada biru sepanjang lebih 100 tahun yang lalu kepada warna merah membawa tuah buat Cardiff musim ini.


p/s: turut berbangga bila terpalit nama Malaysia di mata dunia..hehehe..Tan Sri Tony Fernandes? QPR dah makin jatuh ni..macamane? hehehe

No comments: