Sunday, 7 April 2013

Manifesto BN!







Perdana Menteri minta rakyat buat pilihan antara beliau, Anwar, Hadi 
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak malam tadi dengan rendah diri meminta rakyat membuat pertimbangan sewajarnya dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memberi sokongan kepadanya untuk memimpin negara dan Barisan Nasional (BN) menerajui negara.

Perdana Menteri berkata, kebolehpercayaan rakyat terhadap siapa yang menerajui negara adalah penting dalam PRU-13, sama ada mempercayai dirinya atau pimpinan pembangkang.
“Inti pati PRU-13 adalah sama ada kebolehpercayaan rakyat memberi kepercayaan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Hadi (Awang) atau saya sebagai Perdana Menteri.

Harapan pembangunan
“Siapa yang kita yakin jadi PM. Jika jawapannya ialah Najib, pilihlah BN. Saya perlukan pasukan yang kuat untuk memerintah. Pasukan saya yang akan bertanding,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Manifesto BN2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.

Kata-kata Najib itu disambut laungan lebih 50,000 penyokong BN berdiri sebagai tanda hormat dan ikrar memberi undi kepadanya dan BN.

Najib juga berkata, mengundi BN bermakna memberi harapan kepada pembangunan ekonomi serta penyatuan rakyat dan negara.
Justeru, Najib mengingatkan rakyat jika memilih pakatan pembangkang, ia menjurus kepada masa depan yang gelap kerana manifesto mereka berasaskan khayalan dan fantasi.

Selar tindakan Anwar
 
Dengan rendah diri beliau mewakili Kerajaan BN juga memohon maaf kepada rakyat jika masih ada kelemahan sepanjang memerintah sejak empat tahun lalu.

“Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada kesilapan tetapi kami berjanji akan terus berusaha memberikan yang terbaik. Kita berusaha kotakan apa yang kita janji. Bukan seperti mereka (pembangkang) yang hanya tahu berjanji,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Anwar yang menjaja pengalamannya bersama kerajaan dan UMNO untuk menarik sokongan.

Tak tikam belakang
 
“Saya juga sudah lama bersama parti dan kerajaan. Sudah 37 tahun, tetapi saya sabar, langkah demi langkah hinggalah ke kedudukan sekarang. Saya tak tikam sesiapa dari belakang,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Beliau berkata, pembangkang khususnya PKR mengalami krisis kepercayaan apabila 30 daripada 32 pengasas parti itu keluar parti, termasuk yang terbaru rakan karibnya, Prof Datuk Dr Sidek Baba.

“Kini tinggal dua orang saja. Isteri dia (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) dan seorang lagi yang tak berapa betul... Tian Chua (Naib Presiden PKR),” katanya.

sumber: bharian.com

No comments: