APA? MINYAK NAIK HARGA?
aku pasti ramai yang berpusu - pusu semalam untuk mendapatkan minyak di stesen - stesen minyak berdekatan rumah masing - masing untuk mengisi sebanyak mungkin minyak untuk kegunaan harian mereka nanti..mungkin esok susah untuk mengisi minyak yang mahal pulak..maka keuntungan berlipat ganda bagi pengusaha minyak semalam amatlah membanggakan..
Sebahagian langkah penyusunan semula subsidi untuk kukuh kewangan negara
Putrajaya: Harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan. Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.
Langkah itu yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
Pada mesyuarat itu, FPC juga memutuskan supaya kerajaan menimbangkan secara lebih teliti pelaksanaan projek sektor awam dengan memberi keutamaan kepada projek dengan kandungan import rendah, tetapi mempunyai kesan penggandaan yang tinggi.
Pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya bertujuan menangani lebihan akaun semasa negara yang semakin berkurangan.
sumber:
aku bukan sokong sangat Pihak Kerajaan naikkan harga minyak..tapi aku tahu mesti ada sebabnya yang tersendiri..aku harap langkah yang drastik ini membolehkan wang subsidi yang ditarik ini dapat disalurkan kepada projek - projek lain yang lebih menguntungkan rakyat..jangan hanya untuk kepentingan diri sendiri..ingat - ingatlah 5 tahun bukannya lama..hanya sementara....pilihan masih di tangan rakyat bukan pada diri sendiri ~ pakcik nyamuk
No comments:
Post a Comment