Wednesday, 15 May 2013

Spekulasi..Spekulasi..

ha..hari ni mohon beli surat khabar na..hehehe..ada berita panas tentang kerusi - kerusi menteri..hehehe


Ramai menteri bertukar portfolio
Kuala Lumpur: Barisan Kabinet 2013 yang akan diumumkan Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka mengekalkan sebahagian besar menteri yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri juga dikatakan tidak akan melantik calon yang kalah sebagai senator dan menggugurkan beberapa menteri daripada senarai Kabinet kali ini. Namun, ramai menteri bertukar portfolio mengikut kesesuaian dan untuk mengisi kekosongan berikutan penyandang yang tidak bertanding atau kalah dalam pilihan raya lalu.


Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah tengah hari ini untuk menyembah warkah memohon perkenan selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan untuk pelantikan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.


Angkat sumpah esok
Beliau kemudian akan membuat pengumuman di Dewan Persidangan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 4 petang. Mereka yang dilantik dijadual mengangkat sumpah jawatan, setia dan sumpah rahsia, esok.

Antara yang disebut bakal dilantik sebagai menteri ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Datuk Halimah Sadique (Tenggara), Datuk Azizah Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahman Dahalan (Kota Belud), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Datuk Fadilah Yusof (Petra Jaya), Datuk Tajuddin Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Rompin), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Ahmad Maslan (Pontian) dan beberapa wakil dari Sabah dan Sarawak.  
Khairy dikatakan bakal menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Halimah (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Jamaluddin (Kementerian Kewangan), manakala Tengku Adnan sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Dilantik semula
Selain itu, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dijangka dilantik semula sebagai menteri berstatus senator.

Barisan Kabinet kali ini juga bakal menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertukar ke Kementerian Pelancongan, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Jamil Khir masing-masing kekal di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi timbalan menteri pula, kebanyakan nama yang akan mengisi senarai itu majoritinya di kalangan muka baru yang menang PRU-13 seperti Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor), Datuk Ab Aziz Kaprawi (Sri Gading), Datuk P Kamalanathan (Hulu Selangor), Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid (Kota Tinggi), Anuar Abd Manaf (Sekijang), Datuk Hasbullah Osman (Temengor) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Balik Pulau) juga bakal memikul tanggungjawab sebagai timbalan menteri.

Rombak kementerian
Perdana Menteri juga dijangka melantik Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata sebagai timbalan menteri berstatus senator dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap).

Sementara itu, berdasarkan aku janji BN dalam manifestonya dan seiring anjakan demografi bandar serta menangani cabaran sosial ekonomi bandar, Najib dikatakan akan merombak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Perdana Menteri juga dijangka mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang dimansuhkan sebelum ini, selain mengekalkan Kabinet tanpa Setiausaha Parlimen bagi memastikan BN mempunyai ramai Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.
sumber: bharian.com


p/s: aku harap sesiapa sahaja yang terpilih..dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira sesiapa pun yang mahukan pertolongan korang..jadikan ianya satu pemangkin dalam menjalankan tugas dengan lebih baik.

No comments: