Saturday, 25 May 2013

BLACKOUT? BLACKOUT?



KUALA LUMPUR – Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu terpadam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan semata-mata.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

sumber:  kosmo


p/s: aduh..macam2 hal..aku ingatkan dah selesai benda ni..ada lagi..aish..aish..cuba la wat report polis kalau betul gambar ni sah..ye tak? x perlu lah sebar di internet..pape pun..ari ni aku tetap kerja..huahuahua

No comments: