Thursday, 16 May 2013

Terjawab sudah barisan terbaru!

Kabinet teruskan transformasi nasional
Putrajaya: Datuk Seri Najib yang mendapat mandat pada pilihan raya baru-baru ini mengumumkan senarai anggota Kabinet yang beliau sifatkan sebagai barisan berimbang merangkumi mereka yang berpengalaman, ahli teknokrat dan generasi muda.

Datuk Seri Najib Razak yakin barisan itu mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Beliau menegaskan, Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik bukan saja harus menumpukan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, tetapi perlu memberi tumpuan kepada isu berkaitan integriti dan rasuah.

Kongsi pengalaman

“Saya percaya, mereka yang berpengalaman akan menyumbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka, sama ada sebagai Menteri atau Timbalan Menteri sebelum ini.

“Mereka daripada golongan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran dan ini penting bagi menyumbang idea yang kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan.
 
“Bagi yang muda, selain kebolehan, mereka juga dapat membawa cita rasa generasi muda kepada pertimbangan kerajaan,” katanya pada sidang media di Kompleks Perdana Putra di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata, senarai Kabinet berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selepas dipersembahkan ketika menghadap baginda di Istana Negara, tengah hari semalam.

Kelainan Kabinet 2013
Dalam Kabinet 2013, ada 24 kementerian membabitkan 33 jawatan Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri berbanding, 26 jawatan Timbalan Menteri, termasuk seorang Senator sedia ada dan lima lagi Senator (dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri) akan dilantik.

Bagaimanapun, Kabinet sebelum ini mempunyai 32 Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan 37 Timbalan Menteri kerana beberapa kementerian mempunyai dua Timbalan Menteri berbanding sekarang hanya Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran masing-masing mempunyai dua Timbalan Menteri.

Jumlah Senator pula berkurangan kepada lima dalam Kabinet baru berbanding 11 orang dilantik Senator dalam Kabinet 2009. Jumlah kementerian kali ini berkurangan kepada 24 berbanding 25 dalam Kabinet 2009 berikutan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Bidang tugas kementerian
Sementara itu, bidang tugas Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dikurangkan dengan mengeluarkan portfolio kesejahteraan bandar yang digabungkan menjadi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beberapa kementerian turut menyaksikan pertukaran nama, umpamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertukar kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia manakala portfolio kebudayaan digabungkan menjadi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
 sumber: bharian.com



SENARAI PENUH KABINET 2013

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: P.Waythamoorthy


Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
sumber: bharian.com



p/s: jangan x buat kerja tau..janji mesti ditepati! kalau kata nak letak jawatan.letak je la..jangan nak mengendeng - ngendeng nak jawatan plak..hahahah

No comments: