Thursday, 16 May 2013

PERJALANAN PENDIDIKAN TULANG RUSUK!

Bermulanya kisah persekolahan aku di Tadika Kemas Seksyen 17, Shah Alam namun x berkesempatan untuk menamatkannya (kes lari dari tadika ~~ huhuhu)..RUGINYA!


aku menyambung cerita ke Sekolah Rendah Seksyen 17, Shah Alam (daftar je tapi x masuk sebab pindah rumah ~~~huhuhu)..ADUHLAH!


akhirnya aku memulakan persekolahan Darjah 1 aku di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam..bermula dari darjah satu sehingga Darjah 3 setengah (setengah lagi berpindah ke tempat lain plak..)..pelajar nomad betul aku ni..TAK BESTNYA!



namun ianya hanya bertahan beberapa tahun sahaja di situ, aku di'transfer'kan ke Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah bermula pada Darjah 3 hingga ke Darjah 5...dengan berbekalkan RM1.00 sehari..aku mampu makan nasi lemak + air + roti + gula2..baki aku buat beli pemadam! hahahaha..NIKMATNYA!


aku sekali di'transfer'kan semula ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam..Darjah 5 hingga 6..bermain galah panjang di sekolah..menjadi Ketua Darjah 6 & melukis mural yang ntah pape ntah..huahuahua..SERONOKNYA!


Selepas UPSR selesai..aku menjejakkan kaki ke Sekolah Alam Shah, Cheras..duduk asrama plak la..SEDIHNYA!


(zaman dulu ni..huhuhu)
Dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5 aku membesar mengenal erti dunia..buli! pumping! crocodile! starlite! commando! jambu! rokok! fly! adik angkat! abang angkat! terangkat! lesen! seluar pendek! so-dorm! (solat dalam dorm da!!) PMR..SPM..semuanya aku rasai..5 tahun berfoya - foya membuat aku 'gagal' untuk menjadi yang terbaik..huahuahuahua..FAIL I!



UITM mencelah pula dalam perjalanan hidup aku..dengan mengambil jurusan sains komputer..aku berhenti separuh jalan..ada 'roadblock' waktu 2..so aku memberhentikan perjalanan aku setakat 2 je..FAIL II!



aku meneruskan perjuangan dengan memasuki POLISAS Kuantan jurusan Perakaunan..awek? putus cinta? berjoli? awek? putus cinta lagi? awek? putus cinta lagi lagi? aku lalui lagi di sini..namun aku berjaya grade..huahuahuahua..ALHAMDULILLAH!




KUSZA? UDM? UNISZA?
aduh pening aku..aku mohon dengan KUSZA..belajar UDM..tapi aku grade UNISZA! aduh..aduh! tapi di sini aku mengenal erti cinta sebenar..aku berjumpa 'tulang rusuk' aku di sini..SO SWEET!


credit gambar dari : hamiasraff

betapa panjang & berliku sistem pembelajaran Muhammad Fakhrurrazi Bin Sarani..dari tak habis belajar..dibuang..sehinggalah digelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian! alhamdulillah! terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung @ tidak lansung! ADVENTUROUS


nak di pendekkan cerita..aku nak ucap SELAMAT HARI GURU!..hehehehe..



semoga anda terhibur dengan celoteh aku pada hari ini! 


 

No comments: