Saturday, 14 September 2013

atas bukit..sejuknya!

selepas sekian lama merancang..akhirnya dapat juga gi bercuti dengan sidekick aku..lama tertangguh..alhamdulillah aku dapat menjejakkan kaki ke CAMERON HIGHLANDS dengan menggunakan ikan spesis KELISA berkaki empat yang merupakan binatang peliharaan sidekick aku..walaupun hanya untuk 3 hari 2 malam tapi seronok la sebab dapat berjalan merehatkan badan dan minda selepas bertungkus lumus mengerjakan 'sawah' dan 'kebun' orang lain..


pelbagai tempat menarik aku lawati dari ladang teh sehinggalah aku dapat merentas masa silam..macam dalam kartun Adventure Time - Jack & Finn abis semua tempat aku dan sidekick kesayangan aku redah berguling, hiking, berjogging, shopping, running, jumping, swimming dan trekking..walaupun dalam kesejukan akibat cuaca yang tak menentu dan kehadiran serangga perosak serta manusia dari pelbagai spesis datang dari pelusuk Tanah Tumpahnya Darahku Malaysia aku dan sidekick tak luntur semangat jitu kami berdua..



kami memulakan langkah sepertimana orang lain..perjalanan yang memakan masa agak lama dari membersihkan rumah kami mulai dengan doa perjalanan dan sedikit kudapan..roti canai menjadi pilihan kami berdua..hampir di Gua Musang kami berhenti untuk berehat selama beberapa saat dan meneruskan perjalanan kemudian..


tepat pukul 1.30 tengahari kami tiba di tempat untuk beristirehat..COUNTRY LODGE RESORT..


berehat..berehat..berehat..makan malam..jalan - jalan PASAR MALAM BRINCHANG..lepak - lepak..tengok tv sambil makan kacang dan kuaci..tidur..itulah aktiviti kami untuk setengah hari..hahahaha..proceed untuk hari seterusnya..

bangun je pagi - pagi alarm perut dan berbunyi..tanpa melengahkan masa kami terbang menuju ke Tanah Rata untuk mencari makanan namun hampa sebab tutup..jadi terpaksalah pergi menjamah sedikit makanan di kedai Mamak yang berdekatan..



walaupun hanya mengisi 1/4 perut kami..kami teruskan ke destinasi seterusnya..iaitu SUNGAI PALAS TEA BOH CENTRE..dari Tanah Rata ke Sungai Palas hanya memakan masa beberapa minit sahaja..kalau berjalan kaki parah la skit..hahaha..








tak tahu macamane..tenaga makin berkurang..oksigen pun susah nak sedut..setelah bertafakur sebentar..barulah kami sedari..perut kami lapar rupanya..pe lagi..melantak plak kat atas tue..hehehehe





1 jam berlalu menikmati angin - angin sepoi bahasa sambil menghirup teh dan hot chocolate serta kek strawberry yang dihiasi potongan kecil strawberry..ahhh..feel like orang kaya for a while..puas menjamah mata dan mulut kami bertolak keluar dari ladang tersebut..menuju ke time tunnl yang dibina di lereng bukit..pada aslanya untuk memetik strawberry namun dibatalkan hasrat kami  kerana macam x best je adventure tue..jadi aku dan sidekicks aku terus menuju ke mesin masa untuk mengimbau kembali masa silam Malaysia satu ketika dahulu..




dengan bayaran yang murah..kami terus meluru pergi untuk merentas masa..walaupun Time Tunnel ni bukan macam kereta canggih Back To The Future lakonan Micheal J. Fox..aku dan sidekick terima adanya..dengan hanya menaiki beca yang disediakan kami tiba di destinasi yang dituju...hahaha..



dengan muka tak bersalah..sidekick aku berposing untuk mengambil gambar bersama kenderaan merentas masa..bagilah can skit..seterusnya kami melilau selama sejam lebih..






















kononnya sidekick aku nak masak tengahari la tue..tapi bahan takde nak buat masakan..aiseh..minyak pun mahal lo ni..guna dapur arang la nampak gayanya..hahahaha


kedai jahit aku dan sidekick..dia menjahit aku menggosok..dia menjahit aku menggosok..dia menjahit aku menggosok..ada sape - sape nak tempah baju raya tahun depan?





aku sebelum masuk ke panggung wayang..cite P Ramlee SESUDAH SUBOH..popcorn x jual time ni..ada kacang putih je..hahaha











sempena Hari Kemerdekaan yang ke 56..aku menjulang nama tanah tumpahnya darahku..


sidekick aku sempat ke Salon Rambut..nak mem'blow'kan rambutnya sama seperti idolanya sejak kecil..aku teruja melihat hasilnya nanti..hahahaha..












tamatlah sudah perjalanan kami di terowong masa ni..sambil sidekick aku menutup pintu yang menghubungkan kami dengan dunia luar..BYE..BYE..BYE..



selesai 2 hari kami menjelajah dunia sejuk di CAMERON HIGHLANDS dengan seronoknya..malam cam biasa la..berehat..berehat..berehat..makan malam..jalan - jalan PASAR MALAM BRINCHANG..lepak - lepak..tengok tv sambil makan kacang dan kuaci..tidur..

esok perjalanan pulang kami dahului dengan menjamah roti canai di Tanah Rata..memang sedap! berbaloi berebut dan bertumbuk dengan pelancong luar sebab nak kerusi dan meja..selesai makan kami terus mengemas bilik..kemas katil..tengok balik apa yang tertinggal..mana tau terlupa nak flush plak ke..naya plak cleaner lepas kami checkout nanti..muntah berdarah sat gi..dalam perjalanan kami berhenti sebentar di CAMERON LAVENDER..dengan harga yang berpatutan aku melangkah ke taman yang dipenuhi oleh lavender - lavender yang cantik..emm..terasa macam di luar negara plak yang penuh dengan mat bangla dan minah indonesia di sekeliling menjadi abang kawasan dan kaklong kawasan..









bila kaki kanan melangkah masuk ke dalam ternampak la plak kedai jual keypad lock..untuk apa itu yang aku dan sidekick aku cuba untuk menyiasat..bagaikan pasangan detektif mencari punca misteri barulah kami faham..rupanya ianya adalah seperti yang dilakukan macam kat korea mahupun perancis memandangkan nak pergi ke sana mungkin seribu tahun takkan mungkin macam kata penyanyi BPR..hahaha..nak tahu? nak tahu?







untuk menamatkan perjalanan kami..sidekick aku membeli 6 batang pokok bunga matahari untuk menghias rumah katanya..tapi mampu bertahan 4 hari je..hahahaha..





selesai sudah adventure time kami berdua..masa untuk pulang ke sangkar kami berdua..moga berjumpa di adventure lain kali..chow!


p/s: terima kasih kepada para sponsor perjalanan kami..Minyak Angin Cap Kuda..Kain Pelekat Cap Gajah Terbaring dan juga Pasaraya Tok Aji..

No comments: