Monday, 26 November 2012

HARIMAU MALAYA = KUCING MALAYA


Harimau lembik!

Kuala Lumpur: Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi sasaran kemarahan Datuk K Rajagobal selepas skuad kendaliannya tumbang kepada Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pengendali Harimau Malaya itu menegaskan kesilapan Apek yang gagal menumbuk keluar bola dengan kemas hingga menyebabkan kapten Singapura Shahril Ishak menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama, menyebabkan moral pasukan merudum tetapi memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.
“Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak sangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (malam tadi).

“Saya cuma jangkakan kita kalah 1-0 atau seri dengan Singapura,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
SUMBER: BERITA HARIAN


aku dah agak dah!!

jangan cepat teruja walaupun bertanding sebagai DEFENDING CHAMPION! tgk pe dah jadi? kita sebagai penyokong ada hak nak kritik..kepada Datuk K. Rajagopal..pesanan ikhlas dari saya..

please pilih pemain yang betul - betul boleh perform..bukan hanya tangkap muat sahaja..begitu ramai pemain yang boleh bermain untuk negara..jangan ambil pemain yang jarang perform untuk negeri..please consider pemain yang banyak menjulang piala untuk negeri mcm kelantan..negeri sembilan.. Felda United ke..ATM ke..please jgn pandang sebelah mata je..pandangan orang lain adalah penting untuk kemajuan bola sepak yang kami sayangi..bukan hanya membabi buta kami menegur..semuanya berasas dan amat berharap pemain dan pihak pengurusan membalas jasa para penyokong yang bertungkus lumus memberi sokongan..jangan sampai penyokong lari tinggalkan pasukan bola sepak akibat corak permainan yang bosan dan kurang bermutu..please be rational..saya ikhlas untuk memberi pesanan..saya sayang pasukan bola sepak saya..terima kasih..
~anonymous~

No comments: