Sunday 27 April 2014

Adakah akan berakhir?

Pasukan berstatus juara bertahan yang tak bertahan mana dah season ni memulakan langkah kanan selepas diambil oleh legend MU sendiri Ryan Giggs..


dibantu pula oleh Nicky Butt, Phil Neville, Paul Scholes, Steve Darby & K Rajagopal..adakah line-up ni terbaik untuk MU season depan atau hanya sementara..dengan kemenangan 4-0 ke atas Norwich City..



kegemilangan akan terus menyinar atau terus pudar seperti biasa..hahaha...pasti atau tidak pasti malam ni Malaysia lwn Filipina..kemenangan mutlak dituntut penuh oleh Ong Kim Swee..Auummm!

Wednesday 23 April 2014

berdengkur secara normal..



jika anda seorang yang suka berdengkur ketika tidur..pastikan bila anda berada di luar negara anda berdengkur dengan cara yang betul..perhatikan..perhatikan..ia memang berbeza!


sumber: chapmangamo

kalau kat malaysia mudah je bunyinya..

kkrrrroooohhh...kkkrrrrooohhh...
sssssiiiuuuuu...kkkrrrroooohhhhh...
ssssiiiiiuuuuuu...kkkrrrroooohhh...

dan untuk 5 jam seterusnya..masih sama..

kkrrrroooohhh...kkkrrrrooohhh...
sssssiiiuuuuu...kkkrrrroooohhhhh...
ssssiiiiiuuuuuu...kkkrrrroooohhh...

mungkin berbeza pada nada sahaja..
selamat mencuba!!

Thank You Moyes!

Thank you Moyes! 


Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 software


untuk peringatan para isteri..kemungkinan software Husband 1.0 akan dimasuki virus lebih cepat sekiranya tiada Antivirus yang bagus kerana 'virus' lebih cepat bertindak sekiranya tiada protection yang bagus..beringat ye..beringat..hehehe..

Tuesday 22 April 2014

Saturday 19 April 2014

buku mewarna kanak - kanak

korang ada buku mewarna kanak - kanak yang dah tak pakai? aku tahu ramai kanak - kanak dah x main kaler - kaler buku mewarna ni..sume pakai IPAD, TAB dan sebagainya betul x? it's FACT! 


Thursday 17 April 2014

Tugas Guru?

teachers

setuju? 

hehehe..
terima kasih para GURU!

How It Should Ended!

korang pasti pernah menonton filem animasi muzikal terbaik 2013 FROZEN dengan kutipan sebnayak $1,112,545,248 seluruh dunia..banyak tue..kalah cite Toy Story 3 & Lion King!


Karpal Singh Maut Kemalangan


Foto

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dilaporkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori. 

Turut terbunuh pembantunya, Michael Cornandez, manakala dua lagi parah.


sumber: bharian

takziah diucapkan kepada keluarga mangsa

Thursday 10 April 2014

fungsi OTAK?


truth or false?
jeng..jeng..jeng..

pintu AJAIB!!

aku bukan nak cerita pasal pintu sukahati dalam komik fantasi DORAEMON..


walaupun aku betul - betul memerlukan pintu tersebut untuk aku travel seluruh dunia dengan PERCUMA tanpa menaiki AIR ASIA yang selalunya lewat..MALINDO AIR yang baru saja mengalami kebakaran pada kapal terbangnya dan juga FIREFLY yang panas ketika berada dalam kapal terbang disebabkan oleh kipas yang berada di luar kapal terbang..ataupun MAS yang sentiasa dirundung malang sejak kebelakangan ini..aku turut simpati pada setiap kejadian  yang berlaku..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..sabarlah hati..

Monday 7 April 2014

MIHAS 2014! WWOOOHHHOOOO!!!




akhirnya MIHAS sudah kembali di Kuala Lumpur! Acara Halal terbaik dari Malaysia yang akan diadakan di KLCC bermula 9 - 12 April 2014..


moh le kite beramai - ramai ye..
best woo! kalau anda rasa nak buat niaga leh gak kat situ..
biasalah bukak booth la maksudnya..hehehe

untuk maklumat lanjut
sila layari laman web rasmi 

best bro! best bro! best bro!

Jauhi Rasuah!

Corruption in Malaysia

Cosplay terBBBAAAIIKKKK!!

anda rasa anda hebat dalam berCOSPLAY? anda rasa anda cute ketika berCOSPLAY? atau ada diantara anda yang tidak tahu apa itu COSPLAY?
"singkatan bagi 'COSTUME PLAY', ia adalah satu seni persembahan atau hobi di mana peserta akan memakai pakaian dan aksesori untuk mewakili watak tertentu dalam game, anime, manga mahupun karakter filem."
apa yang terdapat dalam pemikiran anda semua?

begini?


atau begini?


Sunday 6 April 2014

KUNGFU BEAR! WAAACCHHHHAAA!!


mungkin ada diantara anda fikir ianya diedit..tapi ia sebenarnya adalah footage yang betul! tak caya? percayalah..binatang sudah mula berevolusi untuk memerangi manusia yang sering memburu mereka..hehehe

Fun of The Day!


dari FANTASY ke REALITI!

anda penggemar kartun? anda membesar dengan kartun?  Sylvain Sarrailh telah mengubah persepsi anda terhadap kartun yang comel kepada sesuatu yang FUIYO! seni yang digelar BADASS ini membuatkan anda pasti WOOHHOOO!!! WWWOOOHHHOOO!!!





Wednesday 2 April 2014

antara kesabaran dan kelaparan..

Ketika burung tidak berkicauan di waktu malam, kedengaran bunyi hon dan bau asap memenuhi ruang udara di bandar ku ini. Indah malam terasa selepas selesai sesi menghabiskan duit di mesin atm berdekatan..Alhamdulillah! Perut pula mula berbunyi menandakan waktu makan sudah tiba. Aku mula mengorak langkah ke kedai berdekatan. Aduh! menarik sungguh persekitaran kedai dengan susun atur yang menarik, bersih pula keadaannya, terpegun seketika dibuatnya.

Pasti sedap. Getus hati kecilku.

aku melangkah selesa ke meja dan duduk bersebelahan isteri tersayang.Episod duka bermula sebaik sahaja pelayan mula menyedari kehadiran kami. Tanpa segan silu, menu dicampak ke meja bagaikan kami ini singa kelaparan, namun kami hadapi dengan senyuman dengan harapan tiada apa yang berlaku nanti. Ah! banyak sungguh menu yang ada walaupun biasa sahaja.Ku lihat satu persatu.

Chicken Chop Black Pepper
Lamb Chop Black Pepper
Nasi Ulam Ayam Goreng
Nasi Ulam Ikan Goreng

Keliru sebentar. Namun aku tetap memesan makanan dan minuman yang aku hajati. Nasi Ulam Ayam Goreng dan Mango Blended untuk diriku dan Chicken Chop Black Pepper serta Teh Panas untuk isteriku. 15 minit kemudian minuman yang dipesan pun dihantar oleh pelayan dengan senyuman yang kelat. 


"Terima kasih" ujar ku kepada pelayan itu.
"Emm, sedap betul air ni, pior!" puji aku sambil menyedut Mango Blended.

Sambil mengetik papan kekunci telefon bimbit aku, aku masih menunggu dengan penuh harapan. Tanpaku sedari, masa berlalu begitu pantas. Aku masih menanti. Masih menanti. Masih menanti.



Oh tidak. Aku menggeleng kepala apabila memikirkan makanan aku masih belum tiba walaupun aku sabar menunggu. Namun kesabaran ada tahapnya. Aku tidak mampu untuk menahan kesabaran ini. Perasaan marah semakin meluap - luap sambil kedengaran bunyi kelaparan dari perutku. 


Aku masih mengharapkan makanan akan tiba, namun itu semunya palsu. Cahaya harapan masih belum lagi muncul membuatkan aku keletihan menunggu dalam kelaparan. Aku melangkah longlai keluar dari kedai dengan perasaan yang bercampur baur. Aduh! Aku memegang perutku yang kelaparan memasuki keretaku dan akhirnya meluncur laju ke kedai makan berhampiran. 

Tidak ku sangka, makanan angan ku musnah. Luluh hati memikirkan kembali peristiwa itu. Jika ini takdirku, aku terima seadanya. Namun, aku berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi dalam kehidupanku.

Aku pasrah. Pasrah.


Warkah sedih dari,

Pakcik Lipas Kudung