Thursday 31 October 2013

halloween! wooooo! wwwooooo!!!!

seperti perayaan - perayaan yang lain..GOOGLE telah membuat perubahan kepada muka depan laman web Google sempena perayaan HALLOWEEN di seluruh dunia ..takut tak? takut tak? hehehehe



anda tahu apa itu sambutan Halloween? ia bukan cerita seram..tapi perayaan yang disambut oleh manusia hampir seluruh dunia..Malaysia? takde pun..kalau ada pun filem Malaysia yang seram - seram kuku jela..sebab banyak lawak dari seram..hahaha..
























ianya berasal daripada 2000 tahun yang lalu oleh orang Kelt dimana mereka percaya apabila tiba satu hari di mana orang mati dan roh akan berjalan - jalan di antara orang yang hidup..(The World Book Encyclopedia)
tapi kat Malaysia jangankan orang mati..pocong.. pontianak..langsuir banyak berkeliaran waktu malam..toyol xsah cerita la..bila masa getah dan sawit naik berkeliaran la gamaknya mereka - mereka ni..hahahaha..tak payah tunggu malam Halloween pun xpe..




















mereka menyambut dengan meriah sekali pada tanggal 31/10 setiap tahun..labu - labu mereka diukir dengan cantik dan dihias dengan lilin di sekelilingnya..tapi maaf labu sayung tidak boleh digunakan sama sekali ye..maaf..maaf..





















pelbagai acara diadakan namun yang paling menarik perhatian adalah Trick or Treat dimana kanak - kanak akan di beri pelbagai jenis manisan yang membolehkan mereka mendapat diabetes apabila dewasa kelak..aish..aish..kecik - kecik dah ajar benda - benda gini..























nasib baik Malaysia tak sambut benda alah ni..kalau tak pasti kos akan meningkat bilamana harga gula di pasaran naik..hahahaha..jadi moral of the story kurangkanlah pengambilan gula seharian anda..belilah gula yang sihat seperti Equal, Stevia, Tropicana Slim dan sewaktu dengannya..bukan nak promote tapi cubalah untuk kesihatan anda..hahahaha..

Wednesday 30 October 2013

besday wishes from Google..

terima kasih la google sbb wish besday aku hari ni..

30/10/2013























mekasih lah pakcik GOOGLE 
susah - susah je wish kat aku..hahahaha

Sunday 27 October 2013

macam cantik je! macam comel je..emm..emm..

diciptakan sebuah video cantik x? comel x? yang akhirnya
tersebar di laman Keeks..lepas tu TiubKau..
lepas tu MukaBuku..aishh..
jauh perjalanan video yang menarik ni..



Saturday 26 October 2013

Instagram Hairi Othman? eh silap..Harry Potter..Harry Potter..


masih ingat pada filem yang menjadi kegilaan ramai satu ketika dulu? masih ada yang berminat padanya? 


masih lagi berminat menonton filem - filemnya? mempunyai minat untuk mengetahui kisah hidupnya lagi? kalau korang ada instagram bolehlah add Mr. Harry Potter! hahahaha..x caya? meh aku buktikan Harry Potter ada instagram..meh..meh..








kalau ada jumpa akaun instagram dia bgtau aku ek..aku cari x jumpe - jumpe..hahahahaha..


sumber:

Jom ramai - ramaikan majlis!

Tanggal baju dan seluar..eh silap..silap..tanggal 24/10/2013 - 29/10/2013 Balai Islam Lundang telah mengadakan Pesta Buku & Komputer Pantai Timur 2013..siapa yang duduk kat area Kota Bharu dan sewaktu dengannya molekla datang sini..hehehe..memeriahkan majlis dan beli apa yang patut..makan - makan tak dapek nak bagi free..sendirian berhad la..hehehe..tapi dewan yang menarik! berhawa dingin lagi! hahahaha..



pesanan tersembunyi!

anda rasa anda mahu jadi seperti Sherlock Holmes? Detective Conan? Kindaichi? atau Dimana Joe Jambul?

mahu menghantar mesej secara rahsia? mahu? mahu?

from hero to zero!

anda pasti superhero akan sentiasa 'fit' tubuh badan sampai bila - bila? hahaha..kalau anda seorang kipassusahmati (dipetik dari ayat majalah Gempak) kepada superhero - superhero terkemuka dunia termasuklah superman..batman dan thor..hahaha..check it out!
























direka oleh Carlos Datolli untuk para peminat adiwira - adiwira dunia...jadi abaikanlah superhero - superhero ni semua..hahaha..badan tough x semestinya kekal sampai ke tua..hahaha..

moral of the story kuatkanlah iman anda daripada kuatkan badan anda..hehehehe..

sumber: 

angle itu penting! ingat! ingat!

kepada mana - mana ladies atau girls yang suka bergambar atau buat vlog pastikan ANGLE anda penting ketika buat shooting! ingat! ANGLE itu penting kalau anda tidak mahu menjadi seperti ini..hahahaha


Thursday 24 October 2013

AL FATIHAH

AL FATIHAH


AMIN

sekalung takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa Pegawai Bank Ambank yang telah mati dibunuh dengan senapang 'pump gun' petang semalam..aku xnak upload gambar - gambar yang menyayat hati tue..kalau korang nk tengok boleh lah layari laman web ni k..aku harap suspek yang tak berhati perut ni dapat ditangkap secepat mungkin..


tapi kita boleh lihat kesasn kepada isu ini yang mana beberapa perkara negatif pasti akan menjadi isu hangat diinternet..apa apa hal mohon tindakan segera dari semua pihak agar perkara ini tidak akan berulang lagi..insyaallah..


Wednesday 23 October 2013

berlapis lapis..x nampak yang original..

jangan hanya pandang luaran..anda pasti akan___________ hahahaha.. kadang - kadang yang asli lebih menonjol daripada palsu..

maaf kalau ayat aku ni agak kasar tapi bagi aku ianya hanyalah sementara..memanglah bagus kalau ianya memberi keyakinan pada si pemakai tapi yelah..sekarang pun banyak memandang kepada luaran dan dalaman..

aku respek pada mana - mana perempuan yang sangup tidak melakukan sebegini rupa untuk menonjolkan diri sendiri..dan aku respek pada mana - mana lelaki yang tak pernah pandang rendah kepada orang lain..kita sendiri pun bukannya sempurna..hehehe..

ketika blackout!

kalau kita dalam suasana yang tidak dapat dijangkakan seperti blackout tetiba..pasti naya kan? korang pasti dah bosan bile tengok lilin sama je kalau beli kat kedai kan? hehehehe..


Monday 21 October 2013

penuh dengan bulu!

anda rasa binatang peliharaan anda sudah cukup fluffy? lupakanlah..hehehe..sebelum ni aku ada post pasal lembu yang sangat - sangat fluffy kan? sekarang ada lagi binatang dalam dunia ni yang begitu - gitu fluffy..korang nak tengok pe dia?





memperkenalkan Agora..baka terbaik dari ladang! aku pasti peminat - peminat setia arnab pasti menyukainya..walaupun aku x berapa minat bela arnab tapi aku pasti ianya memang menjadi pujaan wanita - wanita bagi benda - benda fluffy ni..hahaha




sumber:


Sunday 20 October 2013

Insidious : Chapter 2

aku dapat review dari member - member mengatakan cerita nie memang menarik! kesinambungan daripada filem Insidious hasil arahan James Wan tidak mengecewakan peminat - peminat genre horror nie..


selepas kejayaan membawakan The Conjuring tak beberapa lama sebelum ini menggambarkan kefahaman dan kepakaran pengarah muda yang lahir di Kuching, Sarawak ini untuk menjelajah sisi seram peminat - peminat cerita seram..


aku mungkin tak berkesempatan untuk melihat bagaimana menariknya filem ni sebab sini hanya ada wayang kulit sahaja..hehehe..papehal aku terpaksa tunggu DVD la nampak gayanya..itu pun kalau ada la kat sini..


menurut rating filem ni adalah 7.0 hasil undian 14,386 di laman web IMDB  tapi di laman web Rotten Tomatoes hanyalah 35% sahaja..pasti anda pelikkan? jangan runsing..ia hanyalah perbezaan pendapat mengenai keseraman filem ini..ada pandangan penonton mengatakan..
"jalan cerita yang menarik tapi kurang seramnya dan hanya bermain dengan perasaan sahaja"
ada juga yang memberikan pandangan yang positif..
"jalan cerita dikupas dari filem pertama dan ianya berkembang menjadikan ianya sebuah sequel yang menarik untuk ditonton"



apa - apa sekalipun anda perlu menontonnya tanpa perlu ada rasa bersalah..hahaha..aku pasti cerita ni takkan mengecewakan anda semua yang menonton di pawagam - pawagam yang berdekatan dengan anda..sudah ditayangkan pada 17 Oktober yang lalu kalau tak silap aku lah..hehehe..


selamat menonton!

update..update..motivasi diri anda!

aku rasa lama dah x update blog aku..biasalah cuti sempena Hari Raya Haji..betul - betul seminggu gak la aku bercuti..tapi bila sambung balik kerja jadi makin malas..


hahaha..gejala normal bagi seorang manusia yang menyambung kembali kerja setelah lama merehatkan badan..nak pickup balik kerja - kerja yang tertangguh pasti makan masa yang lama..


perkara yang patut selesai jadi lambat..jadi muhasabah diri perlu ada dalam diri anda semua..macamana tue? 

  • Berehat selama 10 minit setiap bekerja 50 minit
Setiap mesin pun memerlukan rehat sesekali. Setelah beberapa waktu berada di depan komputer atau tugas apapun yang anda lakukan di tempat kerja, anda akan merasa penat atau lelah. Saat itu, anda perlu mengambil istirehat kecil selama 10 minit.
  • Gunakan 10 minit tersebut dengan bijak
Bagaimana cara kita memanfaatkan 10 minit rehat yang singkat itu? Ada berbagai perkara yang dapat anda lakukan untuk lebih bermotivasi di tempat kerja, seperti mengeksplorasi, bereksperimen, dan mengubah diri. Kuncinya adalah tetap disiplin dengan waktu 10 minit itu serta manfaatkan dengan semaksima mungkin. Jika tidak, anda hanya membuang waktu saja.
  • Lihat kembali apa yang sudah anda selesaikan
Salah satu cara cepat untuk rasa bermotivasi di tempat kerja adalah dengan melihat apa yang telah diselesaikan setelah bekerja cukup lama. Buatlah to-do list untuk menilai berapa banyak pencapaian anda untuk hari itu.
  • Membaca sesuatu yang menarik
Cobalah membaca beberapa artikel menarik yang dapat memotivasikan diri anda. Mungkin masih ada orang-orang yang merasa malu apabila didapati sedang membaca buku motivasi. Padahal tidak ada yang salah membaca artikel yang berkaitan dengan motivasi untuk memastikan semangat kita dalam bekerja tetap ceria dan bersemangat.
  • Jalan-jalan ke pantry
Berjalanlah ke dapur (pantry) untuk membuat secawan kopi. Dengan berjalan, anda dapat meregangkan badan serta dapat melakukan senaman singkat sebagai pengalihan dari beberapa tugas pekerjaan yang membosankan setelah seharian melakukan tugas berat.
  • Bersihkan meja anda
Mungkin ianya kedengaran seperti tidak masuk akal. Namun, meja yang tersusun rapi akan membuatkan Anda lebih bermotivasi untuk bekerja. Bersihkan meja anda dan lihat bagaimana hal itu dapat menjernihkan fikiran anda setidak - tidaknya pada saat itu.

sumber: kampus.okezone.com 



selamat bermotivasikan diri anda untuk hari - hari seterusnya! tapi kalau rasa masih belum bermotivasi lagi..anda ada masalah besar la tu..ringan - ringankan fikiran anda dengan melayari laman web nota serangga kecil..pasti anda akan lebih teruja dan kurang stress! hahaha..

Tuesday 15 October 2013

Selamat Berkorban!

hehehe..sempena Hari Raya Korban ni aku sempat gak membantu mengorbankan seekor kambing yang bukan kepunyaan aku dan juga bukan kepunyaan bini aku..jiran aku pun x kaitan dalam ini korban punya cerita..dengan penuh rasa syukur..terputus la urat merih kambing yang diberi nama manja itu..


**Mohon maaf! imej penyembelihan ini tidak dapat disiarkan 
kerana masalah teknikal oleh Lembaga Tapis Air Malaysia.


Monday 14 October 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



sempena hari raya korban tahun ni..Nota Serangga Kecil ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini..raya tue jagalah diri dan keselamatan ketika memandu pulang ke kampung halaman! chiow!

Sunday 13 October 2013

lukisan besar untuk anda nikmati

hasil lukisan Ben Heine artis dari Belgium yang sememangnya terkenal dengan lukisan realistiknya..pelbagai projek telah dilakukannya dan ini adalah diantaranya..




sibuk..sibuk..

maaf sebab lama x update Blog..biasalah sibuk dengan perwakilan UMNO la katakan..aku? x kaitan pun..hahaha.. hanya seoarng pemerhati bebas sahaja..tapi tahniah pada yang berjaya mengekalkan jawatan masing - masing setelah mencapai kemenangan yang agak besar sama seperti besarnya jawatan yang dipegang..huahuahuahua.. diharap kali ini akan menjadikan UMNO sebuah parti yang bukan sama seperti dulu, kini dan selamanya..tapi mampu memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat Malaysia untuk menghadapi masa - masa yang akan datang..


Friday 11 October 2013

Hobi Baru..

aku dah terjebak dengan hobi baru..walaupun dah lama aku nak benda ni..baru sekarang aku dapat buat..makan masa gakla..yela kerja la plak kan pagi..malam plak aku kena berehat dan buat part time akaun aku..hahaha








hasil yang dah siap! walaupun memakan masa hampir seminggu walaupun aku tahu benda ni hanya sehari dua patut dah siap..hahaha..biasalah orang tua..slow skit..hahahaha

Thursday 10 October 2013

Prank terbaik!


sempena filem Carrie yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 7 November 2013 ni..aku nak tunjuk satu video yang menarik..hehehe



Tuesday 8 October 2013

TANGGA bergerak SENDIRI?

memang menakutkan bila tengok benda yang tak bernyawa bergerak sendiri..pasti korang kata ianya paranormal atau dalam bahasa ganasnya HANTU! tapi tangga ni mesti kena rasuk ni..dia nak kuar gi tempat lain tersangkut kat tangga ni..so dia seret sekali tangga ni..hahaha..lihatlah sendiri untuk mendapatkan kepastiannya..hahaha


HARI INI DALAM SEJARAH - 8/10


Pada  hari  ini  dalam  tahun 1997,  Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir  telah melancarkan bandaraya baru Putrajaya bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.  

Ketika berucap pada majlis pelancaran itu juga Perdana Menteri menyatakan Putrajaya akan mencerminkan ciri – cirri dan semangat Malaysia di samping menjadi satu lagi mercu tanda yang memperlihatkan keupayaan Malaysia dalam pembangunan Bandar, khususnya dalam membina bandaraya untuk kerajaan dan rakyat.


Bahagian Keselamatan Negara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri merupakan pejabat kerajaan yang pertama memulakan operasi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri. Sesungguhnya, hasil daripada perancangan teliti menggabungkan reka bentuk moden, tradisional dan campuran serta mengekalkan konsep kehijauan telah menjadikan Putrajaya sebuah perbandaran yang paling moden di rantau ini.

Sehingga kini, Putrajaya ditadbirurus oleh Perbadanan Putrajaya. Kini pelbagai kemudahan dan tempat rekreasi dibina untuk keselesaan penduduk Putrajaya.











sumber: