Thursday 22 December 2016

Raksaksa Bawah Laut Dalam! Menakutkan! Menggelikan!

baru - baru ni kecoh pasal seorang nelayan laut dalam bernama Roman Fedortsov telah menangkap beberapa spesis ikan laut dalam yang buat pertama kali aku tengok..unik..menakutkan..menggelikan adalah expresi pertama aku bila tengok benda alah ni..memang respek la mamt ni yang dapat tangkap semua spesis ni..macam tangkap pokemon je aku tengok..hahaha...












Perak 2017! Mengancam!

memang sangat mengancam team Perak season 2017..kalau tengok pada barisan yang sudah disenaraikan untuk tahun depan memang boleh tahan..mungkin ada peluang untuk Perak menjulang mana - mana piala kalau takde apa - apa halangan..


ni hanya sebahagian sahaja..ada lagi abdul hadi yahya..kenny palraj..idris ahmad..kira boleh fight la tahun depan..hahaha..insyaAllah ada rezeki adala tu untuk Karl Heinz Weigang..siapa yang tak kenal coach ni memang bukan peminat bola sepak la namanya..hahaha..nak tahu kenapa? sebab dalam filem ola bola memang watak dia la yang bawak Malaysia ke Olimpik Games 1980..amacam x percaya? hahaha..macam biasa la..aku kena cari pualk jersey baru Perak untuk next season walaupun corak biasa - biasa..lantaklah janji logo Perak ada! hahaha..

Kejor Yob Kejor!



sumber: Perak the YOB

Raksaksa duit yang menelan duit orang lain!

tajuk yang sangat - sangat menakutkan..aku bukan nak cerita pasal duit bertukar jadi raksaksa atau kerakusan orang ramai terhadap duit tapi aku nak story sikit pasal satu filem bertajuk Money Monster..aku baru layan online dengan bini aku..aku bagi thumbs up bagi cerita ni!


lakonan mantap daripada George Clooney & Julia Roberts yang memang merupakan pelakon feveret aku lepas aku tengok cerita Ocean Eleven, Ocean Twelve & Ocean Thirteen...jalan penceritaan yang simple pasal saham dan konspirasi sebuah organisasi dalam memanipulasi kelemahan dalam pasaran saham..walaupun aku memang tak main saham (memang tak tahu satu benda pun) tapi aku faham bila semuanya adalah melibatkan ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan walaupun akhirnya menindas orang lain..macam MLM dan pelaburan yang memang tiada untung dan hanya seketika je..

apa akan jadi kalau sistem kewangan di Malaysia turut melakukan benda sama? mungkin huru hara aku rasa...walaupun ada desas desus mengatakan sebaliknya..tapi aku percaya keseluruhan organisasi dalam Malaysia telah memainkan peranan mereka seperti Bank Negara Malaysia yang mengawal struktur perjalanan kewangan di Malaysia dan macam - macam pelaburan yang tak sah telah dikenalpasti macam Suisse Coins Sdn Bhd,  Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (ni memang popular), Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (banyak minta sedekah)..ni adalah antara syarikat yang telah dikenalpasti oleh Bank Negara sebagai menipu para pelabur mereka..so aku harap korang berhati - hati dalam memilih pelaburan..selidik dulu..mana ada duit datang bergolek tanpa usaha!

sila tonton filem ni untuk hiburan korang hujung minggu yang panjang sempena Krismas! hahaha..