Tuesday 26 February 2013

Samsung bakal lancar Galaxy S IV

Seoul: Samsung Electronics Co Ltd akan melancarkan model telefon pintar terbarunya, Galaxy S IV, pada 14 Mac ini di New York.

Ia berikutan laporan peningkatan permintaan bagi peranti mudah alih di AS sekali gus bakal memberi saingan kepada Apple Inc.

Model Galaxy S IV akan merancakkan persaingan di pasaran telefon pintar AS di mana Apple berjaya mengatasi Samsung Electronics sebagai peneraju jualan buat kali pertama pada suku keempat 2012.

Ia adalah pelancaran pertama model utama Samsung dalam tempoh tiga tahun di AS dan hadir di tengah-tengah lonjakan pengiklanan di AS, kata jurucakap Samsung Electronics, Chenny Kim.

“Kami memperkenalkan Galaxy S III di London tahun lalu dan tahun ini bagi Galaxy S IV, lokasinya berubah ke New York sejajar dengan lonjakan permintaan di AS,” kata ketua bahagian mudah alih Samsung Electronics, JK Shin dipetik dalam laman web berita, Edaily.

Menurut laporan media, model Galaxy S terbaru itu dijangka mengandungi paparan dan kamera resolusi tinggi berbanding model sebelumnya termasuk prosesor quad-core.

Samsung Electronics memperkenalkan Galaxy S pertamanya ketika pameran mudah alih CTIA di AS pada 2010 , disusuli dengan Galaxy S II di pameran MWC di Sepanyol (2011) dan Galaxy S II di London (2012).
Samsung Electronics kehilangan takhta peneraju di pasaran telefon bimbit AS, namun secara global, gergasi dari Korea Selatan bernilai AS$210 bilion (RM651.7 bilion) dijangka meluaskan manfaat pasaran telefon pintar mengatasi pesaingnya yang berpangkalan di California, Cupertino tahun ini, dibantu oleh peluasan rangkaian produknya.

Pelabur Apple melahirkan kebimbangan berhubung prospek syarikat di tengah-tengah persaingan sengit daripada model lebih murah, telefon dikuasakan Android dan model lebih mewah Samsung di pasaran telefon pintar yang hampir tepu di pasaran membangun.

Saham Apple merosot 15 peratus tahun ini dan syarikat dilaporkan menurunkan tempahan kepada skrin dan komponen lain daripada pembekal di Asia ekoran kekurangan permintaan bagi model iPhone terbarunya.

maaf..gambar x dapat lagi..hehehe..unofficial phone specification je ada..hehehe..tapi tengok pada specification macam ok..hehehe..but depends pada korang la..
 


Kejutan Fakri!


Kuala Lumpur: 'Permainan' apakah yang sebenarnya sedang berlaku?
Persoalan itu harus mengusik minda peminat bola sepak negara apabila dikejutkan dengan berita kepulangan semula Ahmad Fakri Sharani (gambar) dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC.

Ahmad Fakri yang menandatangani kontrak enam bulan dan beraksi bersama Atletico sejak bulan lalu disahkan sudah menandatangani kontrak dua musim dengan Kelantan - sekali gus akan beraksi bersama The Red Warriors (TRW) sebaik pendaftaran kedua pemain dibuka, April ini.

Faktor ejen Guimaraes?
Jika sebelum ini Ahmad Fakri bertegas terus kekal bersama Atletico SC, yang pasti kepulangannya untuk kembali beraksi dalam Liga-M akan menimbulkan banyak persoalan dan mencipta polemik baru - pemain tempatan yang beraksi di luar negara sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'.

Ini kerana dia bukan pemain pertama yang pulang dalam tempoh singkat kerana sebelum ini peminat dikejutkan dengan kepulangan bintang muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor dari kelab Portugal, SC Biera Mar selepas hanya enam bulan bersama kelab divisyen satu itu.

Menariknya, pemergian Ahmad Fakri dan Mohd Nazmi beraksi dengan kedua-dua kelab Portugal itu diuruskan oleh ejen Marco Guimaraes.
          sumber: beritaharian


p/s: ai..hangat - hangat taik lembu ni! hahaha..jangan la 2 Wan nanti jadi macam ni..jaga diri di Jepun..huahuahua
 

Sunday 24 February 2013

Kanser untuk lelaki..emm..


Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.

Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.

Tanda-tanda kanser usus

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

* Najis bercampur dengan darah.

* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

* Perut rasa memulas.

* Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

* Muntah.

* Hilang selera makan.

* Berat badan turun tanpa sebab.

* Kerap penat.

* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Faktor risiko kanser usus

Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

* Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.

* Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

* Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

* Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

* Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.

* Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

* Kurang bersenam.

Saringan dan pengesanan

Diagnosis kanser boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya dianggap 'pembawa maut', ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala disahkan menghidap penyakit ini.

Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser.

Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, iaitu antara 85 hingga 95 peratus, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua.

Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat).

Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat.

Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda antara 26 hingga 29 bulan.

Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan. Itu pendapat orang sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

Menyedari ramai pesakit tidak mampu membayar kos rawatan kanser yang mahal, Dr Christina memulakan program saringan sejak dua tahun lalu dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

"Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.

"Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya. Apa yang penting ialah datang ke hospital menjalani ujian saringan atau menyertai program Empowered! bagi yang berkelayakan," kata perunding onkologi itu.

Apa yang pasukan sukarelawan Empowered! lakukan? Mereka akan mengagihkan risalah ke setiap rumah untuk memberitahu mengenai kanser usus. Selain itu di kawasan terpilih, sukarelawan ini akan menampal poster dan kain rentang mengajak penduduk menyertai program saringan berkenaan.

Sasaran Empowered! ialah golongan berpendapatan rendah yang kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai kanser usus, serta tidak mempunyai masa menjalani saringan kesihatan mahu pun menyertai ceramah kesihatan. Ini kerana setiap kes kanser usus menunjukkan peningkatan dengan purata 3,500 kes setahun dan program ini menjadi lebih penting kerana Malaysia kini menuju ke arah masyarakat berumur-yang bermakna setiap orang berisiko mendapat kanser usus.

"Program ini sangat berkesan dan bermanfaat. Tahun lalu, kami mendapat 600 penyertaan, lebih tinggi berbanding tahun pertama program ini diperkenalkan. Setiap peserta akan diberikan penerangan mengenai kanser usus dan kit untuk mengambil sampel najis masing-masing. Peserta akan diajar bagaimana cara mengambil sampel najis mereka dan kit ini akan dipungut oleh sukarelawan yang datang ke rumah peserta sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"Empowered! bukan saja menyediakan buku panduan malah ada perkhidmatan bas untuk membawa penduduk mendengar ceramah dan penerangan mengenai kanser usus. Saya rasa susah payah sukarelawan yang bersengkang mata melaksanakan program kemasyarakatan ini termasuk bermesyuarat, mengorbankan cuti hujung minggu dan mengetuk 20,000 pintu rumah penduduk adalah sangat berbaloi, apatah lagi apabila melihat penduduk mula sedar dan faham mengenai penyakit," katanya. Penduduk yang menyertai program ini bukan saja mendapat saringan awal kanser usus percuma tetapi turut diberikan sekampit beras!

Namun cabaran sebenar dihadapi 240 sukarelawan yang terdiri daripada pakar pemakanan, pakar fisioterapi, kaunselor, pelajar perubatan dan rakan yang menemani peserta ke hospital ialah apabila peserta disahkan menghidap kanser. Dalam keadaan ini mereka (peserta) sangat memerlukan sokongan daripada keluarga, rakan dan anggota kesihatan supaya mereka tabah serta segera menjalani rawatan. Inilah sebabnya ada sukarelawan yang dikhususkan bertugas menemani pesakit ke hospital.

Biasanya apabila ada acara kesihatan, rata-rata pesertanya adalah wanita tetapi berbeza dengan Empowered! kerana 60 peratus peserta terdiri daripada lelaki. Ini dianggap satu perkembangan yang memberangsangkan kerana semakin ramai ketua keluarga mulai sedar kepentingan menjaga kesihatan. Bahkan pasukan sukarelawan menggalakkan seisi keluarga untuk menyertai program yang diadakan di tempat mereka.

Berdasarkan pemeriksaan makmal untuk saringan tahun pertama didapati dua peratus peserta mempunyai keputusan tidak normal iaitu najis mereka mengandungi darah. Peserta ini kemudiannya dihubungi untuk menjalani ujian susulan bagi memastikan sama ada kandungan darah dalam najis mereka disebabkan kanser atau masalah kesihatan lain dan diberikan rawatan sewajarnya.

Pakar kesihatan menganggarkan 70 peratus kes kanser usus boleh dicegah melalui perubahan tabiat pemakanan dan bersenam. Malah, melakukan aktiviti yang kurang menggunakan tenaga selama dua jam seperti membersihkan rumah juga didapati boleh memberi banyak perubahan kepada kesihatan seseorang.

Melalui program yang sama, penduduk diajar cara untuk mengurangkan risiko mendapat kanser iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti:

* Mengambil pemakanan seimbang

* Mengekalkan berat badan normal

* Meningkatkan aktiviti fizikal

* Melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

sumber:anizyn


p/s: aku rasa takut bila terbaca pasal kanser ni..emm..mintak jauh la..

Saturday 23 February 2013

Must have!

LEGO adalah permainan feveret aku dari dulu lagi..walaupun LEGOLAND masih belum aku jejaki..namun aku akan pergi gak nanti...hehehe..lupakan itu dulu..la ni aku nak cari gak benda ni..ada x jual online..kalau ada aku nak sambar satu! hahaha..nice! really nice! 





Berjalan Kaki Itu Bagus!

YA! berjalan kaki itu bagus untuk kesihatan diri..dimana kita boleh mengelakkan 9 penyakit dengan hanya berjalan kaki sahaja..aku dapat info dari satu laman web ni..Indonesia punya rasanye..bacalah..elok untuk semua..


1. Serangan Jantung.  (paling aku takut)
2. Stroke. (takut gak)
3. Berat badan stabil. (stabil kot)
          4. Menurunkan berat badan. (x turun - turun lagi pun)

5. Mencegah kencing manis. (mintak - mintak x la ye)
          6. Mencegah osteoporosis. (Kena minum anlene ni)
7. Meredakan encok lutut. (sakit dah lutut ni)
          8. Tekanan. (setiap hari!)
9. Kanser.  (mintak jauh la)

sumber: tamoranews

p/s: aku rase eloklah aku start exercise sebegini..hehehe..

Rahsia terbongkar!

aku tak tahu kesahihan benda ni..yang aku tahu lepas ni kena lebih berhati - hati la pada produk - produk yang macam ni..especially pada produk perempuan..

produk aku dalam keadaan yang selamat..hehehehe..

macamana dengan produk korang? ada ok? berhati - hati ok..

Kasut Beraircond?

rasa macam nak je satu kan..hehehe..dalam cuaca Malaysia yang panas terik ni..kasut macam ni amat - amat diperlukan..hahaha..direka oleh orang Jepun (memang terkenal dengan barang pelik mereka) harga US78 = RM241 lebih kurang la...hehehe..rasa - rasa sapa yang nak leh la order online kat CHIYODA




Tulisan Lucah? hehehe..

hanya untuk review sahaja..hehehe


telah direka oleh Alex Merto's dari New York..Effing Typeface namanya..
korang jangan cube - cube nak tulis surat rasmi guna font ni..bahaya tue..
surat cinta pun tak boleh tau..hahaha

source : designtaxi

Nak buat resume? meh try cara ni..hahaha

anda masih mencari kerja? masih lagi termangu - mangu bagaimana untuk membuat resume? 

tiru cara ini pasti akan berjaya..hahaha..

* mamat yang cipta resume ni telah berjaya mendapatkan kerjanya dengan menggunakan cara sebegini..oleh itu, moral of the story ialah ~ cari cara yang berlainan untuk menampakkan kesungguhan..hahaha

21 Lagi Berjaya Diselamatkan

GEORGE TOWN - Kesungguhan polis untuk terus menggempur kegiatan haram sindiket memperdagangkan bayi yang pernah dibongkar bulan lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa itu menemui 21 lagi bayi termasuk seorang kanak-kanak lelaki.
Polis turut memberkas 43 individu yang merupakan keluarga angkat bayi dan kanak-kanak tersebut selepas membuat serbuan serentak di tujuh negeri kelmarin.
Daripada jumlah itu, 19 adalah lelaki dan dua wanita asing dari Singapura dan Indonesia. Selain bayi, polis turut merampas MyKid, sijil lahir dan kad rawatan kesihatan bayi serta kanak-kanak daripada keluarga angkat masing-masing.
Mereka yang diberkas berusia 27 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai pensyarah, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai bank. Kesemua mereka terdesak untuk memiliki anak kerana tidak dikurniakan sebarang cahaya mata sejak berkahwin selama beberapa tahun. Difahamkan, tiga lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual telah dibawa oleh keluarga angkat masing-masing untuk menetap di Singapura, Indonesia dan Kanada.
Polis sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang menunggu kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan untuk membawa pulang mangsa. Mangsa-mangsa yang berusia sebulan hingga sembilan tahun itu ditemui di Pulau Pinang (2), Selangor (7), Johor (3), Perak (3), Kuala Lumpur (4), Pahang (1) dan Negeri Sembilan (1).
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak tersebut diselamatkan dalam Ops Pintas Sayang Dua yang merupakan kesinambungan daripada Ops Pintas Sayang Satu yang dijalankan bulan lalu.

p/s: Alhamdulillah..mintak - mintak benda macam ni x berulang lagi..syabas pihak polis!

Ayam? Kambing? Lembu?


aku baru je terbaca kat suratkhabar pasal benda ni..maaf la lambat skit..sibuk dengan kerja si isteri..hehehe..baru aku tau aku ni dalam golongan 'tersebut'..aiseh..camne ni..aku nak gi ladang - ladang rumput @ ke pejabat? hahaha..apa - apa  pun aku bersyukur dengan apa yang aku terima..biar lah orang nak kata apa..aku berhak dapat balik apa yang aku bayar pada kerajaan selama ini..tengah godek - godek dalam GOOGLE terjumpe plak la laman web ni..memang pedas la gak! klik la untuk tengok camne rupenye penyokong - penyokong tegar ni menerima BR1M..sama la kite semua tengok antaranya ye..the rest korang klik la laman web di bawah ni k..enjoy!




Thursday 21 February 2013

BR1M..BR1M..BR1M..mekasih..mekasih..


terima kasih kepada pucuk pimpinan kerajaan persekutuan kerana membantu kami para pemuda yang hidup dalam kesempitan..walaupun dunia sekarang mengalami naik turun ekonomi..pihak kerajaan masih mampu memberi sedikit sebanyak hasil negara kepada rakyatnya..walaupun aku x layak untuk membayar cukai LHDN..hehehe..tapi GST tetap aku bayar..hehehe..so aku layak dapat balik apa yang aku bayar selama ni..TQ atas keprihatinan anda semua..kalau ada lebih lagi lagi bagus kot..hehehe..tapi lepas ni naik lebih la kot..sebab aku dah bekeluarga dah..hehehe..

Tuesday 19 February 2013

Hantu Kak Limah Balik Rumah : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit


aku melepaskan geram pada panggung wayang dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit..walaupun dikhabarkan bahawa filem ni mendapat kutipan RM4.28 juta..tapi bagi aku  cerita ni kurang sedikit humornya berbanding edisi pertama..namun aku tetap terhibur dengan keletah Husin, Usop, Pak Jabit, Pak Abu dan wujud juga watak - watak baru yang menghiburkan..Mamat Khalid memang memberikan yang terbaik kepada penonton..aku still bagi 2 'thumbs up' untuk cerita ni..


sinopsis
Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....

Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...?

Puchong Banjir!

mungkin sebab construction kot..x tempat air nak mengalir..hehehe..punah la..jangan rosakkan Seoul Garden sudah la..xde tempat aku nak makan nanti bila gi Kuala Lumpur..hehehe..





sebelum


selepas

 


Monday 18 February 2013

Thailand bijak? hehehe

aku rasa dah lama dah gambar ni tersebar dalam dunia internet ni..tapi ianya memang efektif bilamana sekarang terlalu banyak event BR1M yang diadakan di selurh Malaysia..hehehe..cara beratur yang mana amat - amat berguna bila kita terpaksa beratur panjang..hehehe..

takkan kita nak jadi macam ni..





 atau..ehem..ehem..macam ni..


binatang pun beratur..




tapi thailand memang hebat..


seriously! memang dieorang berfikir guna otak kiri..hahaha
 

Alhamdulillah!



SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar enam peratus yang dibayar pada 2011, mencatatkan rekod baru berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “walaupun persekitaran pelaburan yang semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan yang paling kukuh sejak awal milenium, disokong oleh keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.”

Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
  
Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.
  
Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.
  
Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.
  
"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.
  
"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.

p/s :  alhamdulillah..nak check la berapa simpanan aku skang..hahaha..mana tau leh jadi jutawan plak..hahaha

Sunday 17 February 2013

Our first 'actual' dinner!


alhamdulillah! dapat gak masak kat
 rumah sewa ku ni..hahaha..
nice one..daging rendang, ikan kering & kerabu..
hahaha..air kosong je..

Saturday 16 February 2013

i WANT one!!!


memang menarik! memang menawan! memang cantik! malangnya..hanya ada 3500 unit je yang akan dijual di serata dunia! macam pisang goreng panas la aku rasa nanti..hahaha

dengan kelajuan 0 - 100km/h dalam 18 saat
direka mengikut rekaan Beetle 1303s 1973
kereta ini memang akan menjadi rebutan para koleksi kereta..
boleh mula ditempah pada bulan May 2013 dan
penghantaran mula diedar pada bulan September tahun yang sama..






 

Meteor! lari! lari!


Tahi bintang selaju 54,000 kilometer sejam meletup di udara

Moscow: Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera selepas tahi bintang seberat 11 tan melalui kawasan pergunungan Ural, Russia, awal semalam.

Tahi bintang itu mempunyai kelajuan 54,000 kilometer sejam dan meletup pada ketinggian 30 hingga 50 kilometer di udara, kata Akademi Sains Russia.

Letupan itu menyebabkan kaca pecah di banyak tempat, kata Kementerian Kecemasan Russia yang mengesahkan 34 orang terus dirawat di hospital, tiga daripada mereka parah.

“Penduduk panik. Mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Semua orang mengunjungi jiran terdekat untuk memastikan sama ada mereka selamat,” kata Sergey Hametov, penduduk daerah Chelyabinsk, 1500 kilometer ke timur Moscow, bandar terbesar di kawasan kejadian.

Letusan besar

“Kami nampak satu letusan besar cahaya dan keluar rumah untuk menentukan apa sebenarnya berlaku dan dengar bunyi dentuman kuat,” katanya lagi.
Seorang lagi penduduk Chelyabinsk, Valya Kazakov, berkata ada juga beberapa wanita tua dekat rumahnya mula menangis kerana percaya dunia kiamat.

Ada juga beberapa serpihan tahi bintang itu jatuh di sebuah empangan di luar bandar Cherbakul, kata pejabat gabenor wilayah yang dipetik agensi berita ITAR-Tass. Tidak diketahui sama ada penduduk terkena serpihan tahi bintang itu.

Agensi berita itu juga memetik jurucakap tentera, Yarslavl Roshupkin sebagai berkata, pihaknya menemui sebuah lubang besar enam meter lebar di tempat beberapa serpihan mengenai bumi.

Bunyi sonik

Tahi bintang biasanya akan mengeluarkan bunyi sonik ketika masuk ke atmosfera kerana bergerak melebihi kelajuan bunyi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vodim Kolesnikov berkata, bumbung sebuah kilang juga roboh.

Beberapa laporan juga bercanggah dengan apa yang berrlaku. Jurucakap Kementerian Kecemasan Irina Rossius, berkata ada beberapa tahi bintang jatuh ke bumi manakala seorang lagi jurucakap, Elena Smirnikh, dipetik agensi berita Interfax sebagai berkata bahawa hanya satu tahi bintang dilihat. - AP

sumber: Berita Harian

p/s: begitu takut pada dunia sekarang kerana macam - macam jatuh dari langit..bintang pun boleh buang tahi dia merata - rata..inikan pula manusia..hahaha..jangan buang merata - rata tau..bahaya pada orang sekeliling..

Wednesday 13 February 2013

melaka tour! pre honeymoon!

memandangkan cuti aku x banyak..so aku gi la ikut family aku ke Melaka - Bandar Bersejarah..mula - mula ke rumah mertua adik aku..Hazreema Haziany sebab ada kenduri cukur untuk Maysa..jap je kat situ..






lepas tue yang seronok sangat tue..g jalan - jalan ke Bandar Hilir..setelah sekian lama tak gi sana..sampai gak..ngan bini aku..family aku..





berjalan saja la..dengan naik becanya..hahaha..xpela..dah lama x naik..nak - nak ada orang belanja..sapa lagi kalau bukan Tuan Haji Sarani Bin Haji Dollah..:) honeymoon sekali! hahaha