Friday 18 December 2015

Peperangan Bintang!

memandangkan sekarang ni tengah demam Star Wars..maka aku nak tunjuk kat korang yang Malaysia pun ada benda sama..PEPERANGAN BINTANG namanya..pernah dengar? aku kalau bepeluang memang nak gak tengok hasil seni rakyat Malaysia ni..warisan berkurun lamanya dijadikan satu konsep moden..memang sangat menarik! 

Star Wars! wooohhooo!!!

akhirnya hari yang dinanti - nanti tiba..Star Wars The Force Awakens dah keluar kat wayang! sapa rasa lucky bole lah gi tengok..pasti sangat menarik..aku x tahu jalan ceritanye..dengar komen macam bagus..skor muzik terbaik..jalan cerita terbaik..boleh dikatakan sama macam dulu! pergh! ni yang macam aku tak sabar nak tengok! hahaha..



Wednesday 16 December 2015

Travel dengan "kesayangan" anda? hahahaha..

dah lama tak corat coret dalam ni.memandangkan bini aku nak beranak hujung bulan ni.. maka secara tak langsung aku menjadi surirumah sepenuh masa..hahaha..menjaga anak, memasak, membasuh baju menjadi kebiasaan diri aku sejak dua tiga bulan ni..hahaha..aku sebenarnya tengah mencari baby carrier dalam internet..tup..tup..terkeluar plak benda alah ni..aku ingat benda alah apa ni..lama aku peratikan..nak baca description x pandai mana bahasa inggeris ni..so..google la jap..rupenya benda alah ni carrier untuk pet korang..secara spesifiknya untuk KUCING! 


Tuesday 3 November 2015

Kat Malaysia pun boleh guna tau!


musim hujan sekarang kat Pantai Timur..so pe lagi..berselimut.. berpeluk la gayanya waktu tido..kalau ada benda alah ni konfirm duk dalam ni je la ngan anak bini..x gi pejabat la gamaknya..nampak comfy dan yang penting.panas! hahahaha..


nama saya SAYA..


amacam? comel x gadis ni?

Sunday 1 November 2015

Masjid Beijing..sempurna..tapi..


Alhamdulillah..sampai gak aku kat Masjid Beijing, Rantau Panjang ni walaupun duk kat Kelantan..la ni baru sampai..itu pun sebab ada kenduri kahwin member sepejabat dulu..aku singgah untuk solat Zuhur..ingatkan sempat nak berjemaah..tapi berhuha huha kat kenduri kahwin sampai lupa plak nak solat Zuhur..dalam keadaan lepas hujan, perkarangan depan masjid dibanjiri air yang bertakung dan licin. Maka sukar untuk aku bergerak bebas..sukar..sukar..

Dengan kekurangan air dan bilik air yang kurang bersih merencatkan kualiti terbaik sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan orang ramai...biasalah bila ramai orang guna sekaligus, tekanan air kurang, tandas jadi kotor sikit..janji tempat sembahyang selesa..hehehe..



aku terpaksa selfie kat luar masjid sebab dalam masjid banyak lantai basah so bahaya sikit..dari jauh je la nampak masjid..tiang pun nampak sikit je..hehehe..anyway..next time je la aku selfie dalam..

Friday 30 October 2015

Kitty..kitty...Glove!!

bukan setakat peminat je kot yang nak..musim - musim hujan macam ni rasa sejuk beku plak duk dalam rumah je..sangat sesuai la.kalau setakat nak guna lepaskan bosan atau hanya untuk nak bazirkan duit korang di zaman ekonomi yang kurang stabil ni..hahaha..papehal pun kalau korang nak silakan..silakan..order sepasang untuk korang guna..




gloves yang hanya bertujuan untuk digunakan pada telefon pintar..cuma yang menariknya ekor kucing tu.ekor kucing! hahaha!


Thursday 24 September 2015

What? Ni baru perfect GIF!


itu bukan salah eja.memang aku maksudkna G.I.F..kebiasaan kita buat picture dalam format .gif hanya dalam komputer je..so Alessandro Scali dan Marco Calabrese telah jadikan benda ni satu realiti dan dikenali sebagai Giphoscope..perhatian buat bini aku..please beli benda ni satu untuk saya! hahahaha...




sumber: giphoscope

serlahkan kuasa dalaman anda!

sejak dua menjak ni..superhero superhero banyak keluar movie masing - masing..yang paling terbaru Antman dan Fantastic Four..ada kuasa terpendam sebenarnya dalam diri masing - masing..itu yang cuba ditonjolkan oleh Jody Steel ..kira macam Yoda cuba keluarkan kuasa dalaman Luke Skywalker untuk jadi Jedi tehebat sepanjang zaman..hahahahaha..





rasa - rasa dalam diri aku ni ada pe ye? adakah Bubibinman? hahahaha..




sumber: boredpanda

Wednesday 23 September 2015

omelet mudah!

kalau lapar sangat..malas nak masak berat berat..try 4 kaedah simple ni untuk mengenyangkan perut korang di kala kelaparan pada bila bila masa..

1. bubuh dua butir telur dalam beg kedap udara

 2. masukkan segala bahan tambahan macam bawang..daging..sayur..

3. rebus dalam air yang mendidih selama 13 minit

4. siap! 


sumber: pixable

baseball? tarian? apa kisah!

menarik tul mamat ni! hahaha..enjoy penonton bila tengok player macam ni..walaupun x perform dalam game tapi konfirm popular dalam internet! hahahaha..


sumber: youtube

takde elektrik? tiada masalah!

aku pernah alami satu pengalaman yang mengerikan..rumah aku hampir terbakar akibat daripada kesilapan aku sendiri..tengah takde letrik tu la nak pasang lilin..tertido punya pasal..habis terbakar langsir..perggh! memang bahaya betul kalau lilin dibiarkan begitu sahaja...mujur bini aku sedar..Allah masih sayangkan keluarga aku..AMIN! 

untuk memastikan keselamatan keluarga anda bila memasang lilin di kala letrik tiada gunakanlah Moment yang dicipta oleh Lars Beller Fjetland..memang sangat sesuai! 


konfirm korang takkan terlupa untuk padam api lilin walaupun tertido atau leka..kalau ada memang aku nak sambar dah ni! hehehehe..


Wednesday 16 September 2015

dulu kini dan selamanya...

cop..cop..cop..ni bukan update cerita pasal perhimpunan merah yang berlaku pagi tadi..ni cerita pasal Fulvio Obregon yang telah mengkreatifkan para selebriti Holywood dulu..kini dan selamanya...jangan tersasul plak! 


Monday 14 September 2015

melintas dengan berGAYA!

kebanyakan rakyat Malaysia kurang etika bila melintas jalan..kalau lihat sekeliling ada jejantas yang dibina ataupun zebra crossing.. tapi masih lagi ada yang degil lintas sesuka hati..bak kata Harith Iskander "Malaysian believe in the power of hand" hahaha..so apa kate kalau ambil ikhtiar macam Alfredo Adan..pasti dapat membentuk komuniti yang bertanggungjawab terutama kanak - kanak untuk leboh memahami cara melintas dengan betul..wooohoooo!!


Friday 4 September 2015

Tok Mat Western Grill..


satu lagi kedai baru aku jelajah tadi ngan bini aku..western grill tue! hahaha..terletak kat Jalan Pasir Puteh - Kota  Bharu..kalau dari Pasir Puteh nak ke Kota Bharu memang nampak tepi jalan la..dari rumah aku Bechah Keranji memang dekat la..6 minit je naik keta..20 minit naik moto..48 minit jalan kaki..hahaha..ni apa yang pakcik google maps tunjuk la..hahaha..pe aku makan? gambar bawah ni aku makan ha..

Monday 31 August 2015

selamat berMERDEKA!


bersihkan jiwa dengan rasa kemerdekaan dalam diriku
bangga dengan pencapaian negara yang satu
walaupun kini celaru dan keliru
hatiku tetap pada NEGARAku

MALAYSIA
 TEMPAT LAHIRKU!
TANAH AIRKU!
TUMPAH DARAHKU!

selamatkanlah negara MALAYSIAku
untuk generasi selepas aku
agar mereka dapat mewarisi sesuatu
untuk diceritakan pada anak cucu

bukan hanya melatah
bukan hanya mengada
bimbang nanti tergadai maruah
baru terngadah mencari punca

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!


Sunday 23 August 2015

zaman futuristik sudah tiba!

memandangkan penyakit GOUT boleh memudaratkan pesakit untuk berjalan jauh..elok sangat benda ni digunapakai..hahaha..tapi sebenarnya benda alah ni sesuai untuk orang yang berusia..sangat sangat sesuai..aku memang setuju kalau benda ni ada kat Malaysia..kalau lebih murah dari Segway memang aku sambar satu dah..hahaha..





Wednesday 19 August 2015

sangat EFEKTIF!


bagi pemalas macam aku..kerusi ni memang sangat berguna time aku nak bermalas malasan..tengah tengah kerja hujan plak tu..dapat baring pun sedap gak! pergh! mantap! rileks skit palo otak ni dari masalah masalah dunia sekarang ni..


bayangkan aku tengah baring sambil bos lalu..mau tumpang sekaki ni..hahahaha..parah..parah..bankrup kompeni kalau gini kejenya..



sumber: ohgizmo

Tuesday 14 July 2015

working while eating!

sudah tentu barang yang aku nak promote ni barang keperluan yang penting bagi aku yang suka buat kerja tengah malam sambil mengunyah sesuatu..hahaha..penting bila kita buat kerja dan lapar..tapi malas nak berhenti buat kerja dan makan dulu..so pe lagi gunakanlah DINE INK..

Thursday 9 July 2015

just nice!


cara terbaik untuk menggunakan selimut 
di musim panas..hahahaha..

epik!

Tuesday 7 July 2015

tadika idaman....


bangunan yang menarik di Jepun yang aku rasa sangat sesuai untuk kanak - kanak menjadi lebih aktif..dengan keadaan penuh gajet dan IT..kanak - kanak sekarang kurang aktif skit..risau aku..bangunan hasil tangan Taku Hibino ini adalah sebuah tadika yang bagi aku sangat - sangat menarik!

nasi tomato online!


nampak menyelerakan betul dalam bulan - bulan puasa ni...hahaha..hasil godek - godek resipi dalam talian jadilah nasi tomato..tapi sedih..semua bahan kena adjust sendiri...nasib ada orang leh rasakan..kalau tak konfirm nasi tomato jadi nasi ayam masak merah! hahahaha..



senang kata..jangan ikut sangat resipi..sekadar tahu asas bahan - bahan dan improvise sendiri..baru sedap rasanya! hahaha..selamat berpuasa!

ulang tahun Eiji Tsuburaya..

sempena ulang tahun Eiji Tsuburaya yang ke 114..google doodle menyambutnya dengan unik..sangat sangat unik..hahahaha...korang kenal x? kalau tak kenal korang mesti bukan peminat setia Ultraman waktu kecik..


Thursday 25 June 2015

barang perlu ada tahun ini!

wooohhooo!!!

takde apa yang aku gambarkan kegembiraan dalam hati kalau dapat menatang ni..memang menarik perhatian tul..aku memang minat nak guna menatang ni kalau ada la..setakat ni lihat dalam diam je la...huhuhu..


Kymera Magic Wand memang sangat menarik lepas aku tengok review dan videonya..kalau nak berangan jadi Harry Potter silalah membelanjakan keriangan anda dengan bonus kerajaan RM500 tue..hahahaha..yang ni xde GST..hahaha..

Benda ni sebenarnya adalah remote control yang sangat universal yang mampu digunakan menggunakan gerakan tangan anda..ala macam Harry Potter nk lawan Voldemort la lebih kurang..hahaha..



selamat bershopping!


sumber: thewandcompany

Saturday 30 May 2015

Kakashi?

dah sekian lama aku tunggu sejak zaman sekolah menengah lagi..ternanti nanti wajah sebenar ninja pujaan ramai Kakashi..mesti pelik kan sebab sepanjang komik ni x pernah ada tunjuk wajah sebenar Kakashi..hahahaha..benda ni jadi misteri bukan sahaja pada Naruto, Sasuke & Sakura malah pada semua pembaca setia manga Naruto..sampai habis komik pun x tau lagi..hahaha..


akhirnya! selepas 700 episod..satu episod khas dikeluarkan oleh masashi kishimoto..wajah sebenar kakashi sudah didedahkan! hahaha..


so? puas hati? hahahahaha..


Friday 29 May 2015

gurau bersama kucing!

Hai pencinta kucing! ada berita baik! eh? macam pernah dengar!



nak bentuk badan menarik?

nak bentuk badan yang menarik? tapi malas dan takde motivasi? meh cuba senaman yang pasti buat anda teruja untuk follow..aku pun macam nak try...hahahaha..ada motivasi skit ni..moh le kite!







hahaha..dengan berinspirasikan adiwira barat..senaman ni dicipta dengan cara yang betul untuk orang menjadi superhero! hahaha..x minat hero bertopeng dan memakai spender di luar? cuba senaman ni plak..hehehe..


Friday 22 May 2015

SEDAP! tapi jangan suka sangat..


best plak kalau pagi - pagi dapat makan donut selang seli dengan tegukan kopi yang segar! peeerrrggghhh!!! nikmat! nikmat! kalau tengok gambar atas ni emsti nampak best kan..tapi ni semua poyo! cube perhatikan betul - betul..ni hanya gambar yang dilukis secara realism! menarik kan? 



Thursday 7 May 2015

lampu AJAIB!

ini bukan sebarang magik! magik datang dari luar negara! untuk kegunaan kita semua! memang cool dan bergaya! woohhhooo! terpikat aku tengok projek dari Kickstarter ni..sangat - sangat inovatif dan kreatif..hanya menggunakan konsep apungan magnetik dalam fizik tersergam indah ciptaan dari Simon Morris ni..

memperkenalkan FLYTE..lampu ajaib! woohhhooo!