Monday 29 April 2013

peringatan buat MAJIKAN..

What Keeps Employees Motivated?



sapa x mahukan gaji yang besar..tapi hanyalah sedikit recognition dari majikan yang seseorang pekerja mahukan..

cuba bayangkan..kerja bagai nak rak..tapi still orang yang 'pasang aircond' pada bos gak yang dapat nama..amacam? sakit hati x dengar? anyway..nak cari kerja yang bagus bukan senang..penerimaan dan penilaian dari orang lain 2 yang paling penting..kalau gaji besar tapi kerja tak berapa seronok tarak guna gak kan? 

majikan harus memainkan peranan..


aku masih bahagia di sini walaupun takde apa yang perlu dibanggakan..bukan pekerja cemerlang pun..hahahaha..


are you a doctor?

sebelum ni kita dikejutkan dengan penyamaran seorang lelaki menjadi seorang doktor perempuan di  Melaka..


tapi aku bukan nak cerita pasal topik tue tapi masih berkaitan la gak..aku nak tunjukkan sesuatu yang berguna pada anda semua..hehehe..

klik untuk perbesarkan


75 years..and still..




aku adalah peminat setia kopi..terutamanya Kopi Ais! FUHH! the best!

Anda minat pada Nescafe? aku masih lagi meminati jenama ni walaupun sekarang kat rumah aku minum Super Power! hahahaha....rupenye dah 75 tahun dah kopi ni..




terciptanya benda ni adalah ketika zaman kejatuhan Wall Street dan lambakan stok kopi yang terlampau banyak di dalam gudang di Brazil..jadi dengan dana yang ada..mereka menjalankan research dan terjadilah kopi + susu + gula ditukar menjadi tepung..menjadikan ianya lebih tahan lama..dari tahun ke tahun Nescafe menjadi terkemuka dan kini menjadi antara minuman yang digemari ramai..aku pun sama!

kepada Nescafe! terima kasih menjadi peneman daku ketika dalam keadaan mengantuk selama ini..hahaha!


HOT & SPICY vacation..huhuhu

 aiseh..ingatkan ada Hot & Spicy..masih ber'cuti' lagi menu ni kat KFC..huhuhu

Fenomena gile Korea membuatkan KFC menukar sementara menu terbaik Hot & Spicy 

dengan 
-
-
-
-
Spicy Korean Crunch



aku dah rasa..biasa je..
mungkin dari segi kepedasan & kesedapan masih lagi 
Hot & Spicy the BEST!
tapi it's a nice try from KFC..hehehe
mengekalkan kerangupan yang sama 
cuma pertambahan sos Korea?..hehehe
lepas ni anyounghaseyo! la kawe.. 
HAHAHA! 


klik untuk mengetahui nutrisi pemakanan dari KFC!



p/s: puas dah..hujung minggu ni baru nak rancang makan ayam grill bersalut cheese! huhuhu..ada PRU13 plak..tangguh lagi..

history of CAMERA..

aku tengah mencari - cari kamera baru..emm..any ideas?

nak beli DSLR aku x berapa nak pandai..berlagak je lebih..hahaha..so tengah cari - cari terjumpa plak poster kamera ni..aiseh..dah lama rupenya kisah hidup kamera ni..sejak tahun 1888 dah ada..dari jenama KADOK hinggalah NOKIN, NONAC, YNOS, PANASONIC? hahaha..percayalah..PANASONIC pun ada kuar gak..hahaha


klik untuk imej lebih besar


gambar pertama yang diambil melalui kamera



gambar terkini menggunkan kamera tercanggih


bagaimana? terdapat perbezaan yang begitu ketara kan? dari segi focus gambar..pentaan cahaya..semuanya berbeza sama sekali..tetapi walaupun berbeza hasilnya..namun fungsi kamera itu tetap sama..iaitu mengambil gambar..dan sekarang pun sudah diupgrade dengan membolehkan para jurugambar mengambil video menggunakan kamera yang sama..menarik kan?

yes! memang menarik! fakta yang memang x perlu dinafikan..jadi x perlulah kita memeningkan kepala memikirkan bagaimana mahu mengubah 'kamera' anda..mungkin anda mahukan 'pemandangan' yang berbeza tapi hasil 'pemandangan' tue masih x tahu..benda dah ada dari dulu..'fungsi' tetap sama dari dulu..kini cuma perlu ubah sedikit cara ber'fungsi' tanpa memerlukan menukar kameranya..mungkin dari segi lens? mungkin perlu belajar 'teknik' dan 'cara' terbaru? mungkin perlu mendapat nasihat 'pakar'? dan mungkin juga perlu kembali pada 'asas' yang SATU..
tanpa berselindung..aku masih mahukan kamera aku yang 'dulu'..aku bersyukur..alhamdulillah!


p/s: kembali pada Allah Yang Maha Esa!

Sunday 28 April 2013

inspirasi BUKU

buku adalah antara media yang masih digemari oleh manusia..dari novel ke majalah..dari buku teks ke buku ilmiah..semuanya melibatkan buku..so anda minat pada buku? pasti anda minat semua ni..

receptionist desk


 kerusi


 meja kopi


 kerusi roda


 katil

book shelf


book shelf + kerusi


 bathtub?

sumber: oddee.com


p/s: aku memang ulat buku..tapi itu dulu..dulu..dulu..

LIQUcakes!

aku kalau bab makan ni memang minat aku..



kek yang terbaru! LIQUCAKE!



kek di luar..cecair di dalam..emm yummy! yummy!
less sugar! low calorie!
ala macam kek Volcano Secret Recipe la..lebih kurang..hehehe




p/s: x daya aku melihatnya..kek ini sungguh sedap!

one week left! are you ready?

hanya tinggal seminggu..macamane dengan persiapan mental dan fizikal anda?

tarikh mengundi semakin dekat..pilihan di tangan..









macam - macam lagu dah dibuat..dari old skool ke baru..hanya tinggal memilih..

UNDIAN ANDA AMATLAH DIHARGAI!





p/s: kalau aku..kalau aku..kalau aku..emm..balik Putrajaya dulu baru pikir..hehehe

Saturday 27 April 2013

napkin for lunch!

Nina Levy  adalah seorang photographer..setiap kali anaknye ke sekolah..dia pasti membuat bekalan makanan untuk anaknya..dan setiap kali itu jugalah dia akan menyelit napkin untuk anaknya..setiap napkin yang diberi pasti menarik sebab..sebab..sebab..tengok la sendiri..hehehe





p/s: aku x tau la anak dia guna untuk apa..aku rase pakai lap dan buang terus aku rase..hahahaha..nice work MOM!

kes gigit lagi..

Liverpool: Brendan Rodgers menuduh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) sebagai hipokrit kerana cuba menyingkirkan Luis Suarez dengan hukuman tidak munasabah.

Penyerang Liverpool itu digantung 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Memang kelakuannya kurang menepati prinsip kelab, tetapi tidak bermakna kami sedia menyingkirkannya. Apa yang berlaku ialah dia dihukum dengan tiada niat untuk membantunya menjadi lebih baik. Itu yang amat mengecewakan.

Pada 2006, Jermain Defoe dari Spurs terlepas hukuman dengan hanya menerima kad kuning selepas menggigit pemain West Ham, Javier Mascherano, manakala Sean Hessey dari Chester digantung lima perlawanan atas kesalahan sama ke atas Liam Dickinson (Stockport).

Perdana Menteri turut komen
Seorang pemain digantung lima perlawanan dan seorang lagi tidak dibuang padang atau dikenakan tindakan lain. Dia kemudian menjaringkan 18 gol musim itu, 17 selepas insiden berkenaan dan kemudian dipanggil mewakili England, kata Rodgers. Rodgers turut yakin Suruhanjaya Bebas yang dibarisi tiga individu dalam menangani kes berkenaan pasti dipengaruhi mana-mana pihak untuk mengenakan hukuman berat ke atas Suarez.

FA sebelum ini menyatakan hukumannya lebih daripada tiga perlawanan, jadi ia sudah mempengaruhi keputusan yang belum dibuat. Kemudian bekas pemain, malah Perdana Menteri menyatakan pendapat mereka.

Jika tokoh berprofil tinggi mengeluarkan kenyataan sebegitu, tidak ragu-ragu lagi pasti berat sebelah. Itu sifat semula jadi manusia.

 sumber: bharian.com




p/s: memang hangat la berita gigit menggigit ni..walaupun aku bukan peminat setia THE REDS tapi bagi aku keputusan sebegitu amat mengecewakan aku..

Al Fatihah

Putrajaya: Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Pekastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharudin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di sini, jam 8.15 pagi semalam. 
Mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa menghala ke Lebuh Wawasan di sini.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa yang dibawa pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. Mangsa yang cedera parah di leher dan kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya (HPJ) jam 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik melihat mangsa cedera parah ditembak, pemandunya membawanya terus ke Unit Kecemasan HPJ tetapi disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian. Chin Wah berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumah anaknya di Dengkil menuju ke pejabat beliau di Putrajaya.

Beliau berkata, siasatan mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik dan polis masih menyiasat punca dan motif sebenar kejadian selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasat.
 
Sementara itu, sumber memberitahu BH, pembunuhan Shaharuddin dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes rampasan dadah oleh KDRM sejak awal tahun ini antaranya 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India pada 15 Mac lalu.

Katanya, mangsa yang disifatkan pegawai yang jujur, amanah dan beretika dianggap ancaman besar oleh sindiket penyeludupan bahan larangan ke negara ini. Menurutnya, sebaik mengetuai Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) import/eksport dalam Perkhidmatan Teknik (PERTEK), Shaharuddin menerima pelbagai ancaman termasuk ugutan bunuh.

“Berikutan penguatkuasaan undang-undang yang begitu ketat, kumpulan atau sindiket tempatan dan antarabangsa yang menyeludup dadah, rokok, mercun, minuman keras dan senjata api mulai berasa terancam.

“Bukan hanya ancaman daripada sindiket, kumpulan yang cuba menyeludup masuk barang yang tidak diisytiharkan atau lari dari cukai turut mengancam nyawa setiap kakitangan KDRM,” katanya semalam.


Sebelum dilantik Timbalan Ketua Pengarah KDRM pada 18 Ogos 2011, Allahyarham yang juga anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan adalah Pengarah KDRM Kelantan.
sumber: bharian.com



p/s: Al Fatihah kepada keluarga mangsa..bila berlaku jujur, amanah & adil..beginilah jadinya..tapi kalau x berlaku jujur, adil & amanah..lagi teruk rasanya..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Thursday 25 April 2013

ada x kat KL?


CARL's Jr. Hand Scopped Strawberry Pop-Tart!


rase - rase ada x kat KL? 
aku x biasa makan kat tempat - tempat segera ni..hahahaha..
food court rajin la..hahahaha


LONELY? KESEORANGAN? BOSAN?

jika anda seorang wanita yang tergolong dalam kumpulan berkenaan..
ada jalan penyelesaiannya..hehehehe..



anda tahu apa ini?
ini dipanggil KNITTED BOYFRIEND! hahaha..
yes! ianya direka oleh Sarena Huizinga untuk menemani dirinya ketika bersedih..hahaha
dijahit sendiri oleh beliau dan boleh digunapakai oleh manusia sendiri 
atau disumbat dengan kapas @ barang - barang lain..


  kenapa ianya berbaloi? 






betul x? hehehe




ni cume konsep je..tapi takut gak 
nanti makin banyak plak yang xnak kawin..
hahahaha.....



sumber: buzzfeed.com