Thursday 30 May 2013

HOT & SPICY are BACK!




jangan BUANG televisyen lama anda..

seorang artis Zhang Xiangxi (tiada kaitan dengan actress Zhang Zi Yi) telah mengubah TV yang rosak kepada satu seni MINI DIORAMA..apa itu DIORAMA?


Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. Diorama juga sering dibina oleh penggemar model skala sebagai sebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti pemodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur.

beliau menggambarkan suasana tempat tinggal dirinya sendiri,keluarganya sendiri dan juga keadaan rumah idaman beliau..


punah..BUBBLE TEA BERBAHAYA?


 
aku tahu dalam Malaysia ni memang banyak 
kedai yang menggunakan Bubble Tea ni..aish..aish..
semalam Kementerian Kesihatan telah menggantung 
11 produk keluaran Taiwan dari masuk ke Malaysia 
atas dasar keselamatan selepas dikhabarkan 
bahawa produk itu bermasalah.


Wednesday 29 May 2013

anda PELUPA?

anda rasa anda seorang yang pelupa? sering lupa pada tarikh - tarikh penting? kini mungkin x perlu risau lagi!

dengan adanya cincin ini..pasti anda akan mengingati tarikh penting anda - tarikh ulang tahun perkahwinan anda..hehehe


pe? TAMAN TEMA SIMPSON? adus!!



2 KES MUATAN PENUH!

aiseh! nampak gayanya 2 kejadian 
'muatan penuh' berlaku semalam



Tuesday 28 May 2013

trend photo part IV!

pernah tengok anime ATTACK ON TITAN?
anime yang menjadi popular sekarang ni..




TREND photo part III



trend photo terbaru dari jepun!
 selepas pelbagai ragam dan aksi..


messy cord! aku rimas..kau rimas?


x nak serabutkan wayar anda seperti gambar di atas? aku nak!
mari kita praktikkan step - step di bawah..



awesome AVENGERS business card!



i want one!



langkah - langkah terbaik selepas mengalami EKSIDEN!

aku baca paper la ni banyak mengenai kemalangan..paling aku kesian bilamana orang yang x bersalah terlibat sekali..ye la nak wat camne..sudah ditakdirkan sebegitu rupa..terimalah Qada & Qadar yang ditentukan oleh Allah swt.



ada BUKTI?



Monday 27 May 2013

terasa x? hahaha


HAIR info for women...


  •     Kira-kira 70% wanita akan menderita masalah keguguran rambut bila mereka mencapai umur 50 tahun.
  •     99%wanita memerlukan penjagaan kulit kepala yang betul untuk pertumbuhan rambut yang sihat.


sketch online!

serius best! hahaha..walaupun aku x reti melukis sangat..
tapi benda ni best untuk menghilangkan kebosanan anda di dalam pejabat..hehehe







ni lah hasil lukisan sketch aku..hahaha..
comel tak kak tun? hahaha

Kim Jong Kook? Malaysia Showcase? What?

apa? Kim Jong Kook datang Malaysia? kenapa? mengapa?
nak ajak artis kita berlakon dalam runningman ke?
ke nak ajak berduet ngan artis Malaysia?
aku rase tak mungkin nak ajak aku wat 
cameo dalam runningman..



runningman di TV2?



anda kenal dengan logo ni?
pasti anda tahu..
ya! aku pasti! 
HUAHUAHUAHUA


Berita Neymar lagi..

Sao Paulo: Bintang Brazil, Neymar menerusi akaun Instagram miliknya semalam menyatakan yang dia bakal menyertai Barcelona, musim depan sekali gus memberi tamparan hebat buat Real Madrid yang turut berminat mendapatkan khidmat penyerang muda itu.
“Pada Isnin (hari ini), saya akan menandatangani kontrak dengan Barcelona. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Santos untuk sembilan tahun yang cukup hebat ini,” kata pemain berusia 21 tahun itu.
Lima musim
Santos menerima tawaran daripada Barcelona dan Real yang mahu membeli Neymar daripada kelab Brazil itu tetapi selepas pendedahan Neymar, Barcelona akhirnya mengesahkan perpindahan itu.
“Barcelona dan Santos sudah bersetuju dengan terma-terma untuk mendapatkan Neymar. Penyerang Brazil itu akan menyarung jersi Barcelona untuk lima musim akan datang,” demikian kenyataan dalam laman web rasmi kelab Sepanyol itu, semalam.
Biarpun usianya masih dianggap muda, Neymar sudah beraksi bersama skuad utama Santos sepanjang tempoh empat musim dengan menjaringkan 156 gol dan 77 hantaran menghasilkan gol dalam 256 perlawanan.
Sedih dan gembira
Pada 2011, Neymar membantu Santos merangkul kejuaraan Copa Libertadores buat kali pertama sejak Pele mewakili kelab berkenaan pada era 1960-an dan di peringkat antarabangsa pula, Neymar sudah menjaringkan 20 gol sepanjang 32 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil.

“Ia detik berbeza buat saya, sedih (kerana perlu mengucapkan selamat tinggal) dan gembira (untuk cabaran baru),” kata Neymar yang bakal beraksi kali terakhir bersama Santos bertemu Flamengo, pagi ini untuk aksi sulung Liga Brazil. 

 sumber: bharian.com


p/s: tahniah buat Barcelona..pasukan lain kena kuatkan pasukan masing - masing la lepas ni..makin mantap dah pasukan lawan ni..mencabar..mencabar..

terjawab sudah..Neymar akhirnya membuat keputusan..


"FC Barcelona and Santos have agreed terms for Neymar. 
The 21-year old is one of the most promising footballers on the planet." 
 sumber:fcbarcelona.com




akhirnya..Barcelona dapat memiliki pemain muda 
berbakat berumur 21 tahun dari Brazil ni..
melepas la yang lain..tapi aku pasti bulan 8 ni pelbagai perubahan dalam dunia bolasepak akan bermula..perpindahan yang tak diduga pasti akan berlaku...

sumber: bbc.co.uk
 

Sunday 26 May 2013

social SHORTCUT!

Social Media Shortcuts 



 aku x tau lak ada shortcut shortcut ni..hahaha
kena hafal ni..hahaha..malas nak guna mouse tul..

DATING info..gud..gud..

sebelum ni aku post mengenai cara ber'DATING' yang betul bagi seorang lelaki..hehehe

la ni aku nak kongsikan info - info menarik bagi mana - mana lelaki @ perempuan yang tengah hangat bercinta..


Top Tips To Ensure First Date Success 

 sumber:  visual.ly




p/s: berdating cara terbaik adalah dengan menjadi diri sendiri....
 


INFO VISUAL - KOWLOON CITY!

pasti korang pernah bace post aku mengenai Kowloon Walled City..

kalau x paham gak boleh tengok info visual ni untuk keterangan secara ringkas mengenai kawasan 'terkenal' ni..




sumber:visual.ly

Bayern Champions!


LONDON: Jaringan minit terakhir pemain sayap lincah Bayern Munich, Arjen Robben membantu pasukannya menewaskan Borussia Dortmund 2-1 pada perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013, awal pagi tadi.
Perlawanan akhir antara dua kelab Jerman yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan masing-masing saling berbalas serangan sebaik saja wisel perlawanan dibunyikan.
Pada minit ke-60, Mario Mandzukic meletakkan Bayern Munich di hadapan sebelum Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti Dortmund pada minit ke-67.

Bagaimanapun, pada minit ke-89, barisan pertahanan Dortmund gagal menghalang kemaraan Robben apabila dengan tenang menjaringkan gol kemenangan Bayern Munich seterusnya membantu gergasi bola sepak Bundesliga itu menutup tirai musim ini dengan menjulang piala berprestij eropah itu.



sumber: bharian.com


p/s: tahniah aku ucapkan..aku harap MU season depan jadi lebih mantap dari sebelumnya!

tamat sudah sesi BOLA..2012/2013

habis sudah perlawanan bola..semua juara sudah termaktub..
EPL..Serie A..Spanish League..Bundesliga..
UEFA Champions League..UEFA Europa League..







lepas ni nak tengok pe ek? hahaha..tengok Liga Super & Piala Malaysia la plak..hahaha






KENA TUNGGU TAHUN DEPAN PLAK LA UNTUK WORLD CUP 2014! WOHOO!



 p/s: aku harap Piala Malaysia kali ni Perak dapat masuk gakla suku akhir ke..separuh akhir ke..hehehe

Saturday 25 May 2013

CUTI SEKOLAH! BANANANA!



amboi..cuti sekolah! seronok la nampak gayanya ye..hehehe..
berseronok sakan 2 minggu ni..
bercuti? berehat? tuisyen? 

pening bagi mak bapak nak pikir mana nak pergi..
pening bagi budak nak buat mana satu dulu perancangan..
pening guru - guru sekolah nak merangka pelajaran lepas cuti..
pening tukang cuci sekolah xtau nak cuci apa sebab bersih..
pening tokey kantin nak cari income lain waktu ni..




apa - apa pun..
diharap jagalah keselamatan semua..
di jalanraya..
di lebuhraya..
di pasaraya..
di balai raya..
di puduraya..



bila sekolah dibuka semula nanti
janganlah jadi seperti di bawah ni plak ye..



SELAMAT BERCUTI!

BLACKOUT? BLACKOUT?



KUALA LUMPUR – Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu terpadam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan semata-mata.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

sumber:  kosmo


p/s: aduh..macam2 hal..aku ingatkan dah selesai benda ni..ada lagi..aish..aish..cuba la wat report polis kalau betul gambar ni sah..ye tak? x perlu lah sebar di internet..pape pun..ari ni aku tetap kerja..huahuahua

AF 10 kembali lebih gempak! kata kau!


sebelum ni aku post pasal berita AF akan kembali di kaca televisyen anda..so ada yang berminat? masih mahu bernyanyi? kalau rasa mahu mengembangkan bakat bolehlah join Akademi Fantasia ni..kalau boleh la..KALAUboleh..anyway nasib mungkin menyebelahi anda mana tahukan..bolehlah jadi seperti abg Mawi? Vince? Zahid? Faizal? Mila? Stacy? Hafiz? Shahir? FUAD? eh? tue juara Kilauan Emas 2...hahaha..Hazama last sekali..kalau berkeyakinan bolehlah pergi ke tempat - tempat berikut ye..


Lokasi ujibakat 

Johor Bahru – Hotel The Zon
1 & 2 Jun 
Penang – Hotel Vistana 
8 & 9 Jun
Sarawak – Hotel Merdeka Palace
15 & 16 Jun
Sabah – Hotel Promenade
22 & 23 Jun 
KL – Shah Alam Convention Centre (SACC)
29 & 30 Jun

Kelantan - Econjaya Kok Lanas
1 & 2 Julai
*just kidding guys!
~~huahuahuahua~~


Syarat-Syarat Ujibakat:
  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. Bawa Salinan IC dan 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang)
  5. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  6. Penyertaan juga boleh dihantar secara online seperti berikut: Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
  7. Borang penyertaan boleh di muat turun melalui laman web akademifantasia
Kalau rase segan nak menyanyi depan orang lain..bolehlah hantarkan video nyanyian anda ke Astro k..caranya adalah seperti berikut..


  1. Pilih lagu yang terbaik untuk dinyanyikan
  2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif
  3. Muat naik video anda di youtube sendiri
  4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu
  5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
  6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2
  7. Video Setiap penyertaan adalah hak milik Measat Broadcast Network System (MBNS)
  8. Tempoh uji bakat secara ONLINE, 23 Mei 2013 sehingga 29 Mei 2013


aku dapat rasakan kali ni mungkin lebih banyak adegan - adegan menarik..yela..dengan format yangberbeza..ditambah pula dengan para peserta boleh berinteraksi dengan dunia luar dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram...PPPEERRRGGGHHH!!!!! makin banyak la 'drama - drama' yang boleh anda ketahui..so..come on guys! be prepared to be the next Akademi Fantasia Winner!



p/s: aku harap takde la drama air mata ni..kalau dah keluar tue..keluar je la..ni nak tarik beg pelan - pelan..turun tangga..hahaha..buat macam The Apprentice Asia..kalah your fired! out from the meeting room now! huahuahua..

Thursday 23 May 2013

aiskrim..aiskrim..aiskrim..

bilamana keadaan cuaca di Kota Bharu, Kelantan menurut Jabatan Metreologi Malaysia suhu di sini adalah 26 darjah celcius dengan taburan hujan 0.00, aiskrim adalah sesuatu yang perlu untuk dimakan..selain daripada meneguk sebotol Air Mineral Spritzer @ Air Kotak Laici Yeo's..hahaha



tapi korang tahu pasal aiskrim?

What


korang tahu pasal maksud di sebalik 
aiskrim kegemaran korang?

What Your Favorite Ice-Cream Says About You 



atau korang mahu lakukan sendiri aiskrim di rumah tanpa keluar rumah di tengah - tengah cuaca panas semata - mata untuk membeli sebatang aiskrim Traffic Light Walls RM1.00?


How to Make Ice Cream In 5 Minutes

apa pun alasan korang..jagalah kesihatan bila mana cuaca di Malaysia menjadi semakin panas akibat daripada 
Monsun Barat Daya,,jangan sampai kena Heat Stroke sudah..


&
 

patah HATI??

anda rasa anda patah hati? kecewa dengan pakwe/makwe anda?

jangan hanya duduk termenung mengenang nasib diri sendiri..
menangis..dengar lagu Liza Hanim - Merawat Luka Yang Terpendam..





atau bersedih bila mendengar lagu Fransisca Peter - Siapa Dia Sebelum Daku



aku rase lagi sedih kalau dengar lagu Erra - Pasrah



 PASTIKAN ALAT INI BERADA DI SISI ANDA BILA ANDA RASA KESEDIHAN..
PASTI! PASTI! PASTI!


direka khas oleh Melanie Chernock..di dalamnya terdapat tisu, CD, Dark Chocholate, Gula - gula & Vodka (haram bagi orang Islam minum k!), mancis & lilin..hahaha..

sumber: incrediblethings.com



p/s: kembali pada Allah kalau bersedih..Dia lagi Maha Mengetahui segala - galanya..

Wednesday 22 May 2013

apa? AF? apa tue? apa? kembali?



Ubah format ikut faktor semasa, pengumuman rasmi esok
Walaupun pernah mengumumkan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) sebagai musim terakhir, program yang hampir dua tahun dihentikan itu bakal kembali mewarnai kaca televisyen, tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh kepada HIP. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dengan terperinci mengenai AF musim terbaru berikutan pengumuman rasmi akan dibuat, esok.

"Ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF." Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu ASTRO
Kemunculan semula program realiti penuh drama yang diperkenalkan pada 2003 itu mula diperkatakan peminat, sejak akhir-akhir ini. Namun, rata-rata berpendapat kehadiran semula AF sebagai tidak relevan. Ini kerana melihat kerjaya sesetengah peserta termasuk juara bagai tidak ke mana.

Namun, Khairul Anwar menyangkal dakwaan itu. Dia memberi contoh beberapa nama yang cemerlang dalam industri yang lahir daripada AF seperti Hafiz, Adira, Stacy dan Hazama.

“Saya kurang bersetuju apabila ada yang mengatakan kehadiran semula AF tidak relevan. Bagi saya, ia perkara biasa apabila sesetengah peserta ‘menjadi’ dan ada juga tidak mencapai matlamat.

“Ini lumrah dunia seni. Ada peserta yang diangkat sebagai pemenang tetapi tidak berjaya mencipta nama sebagai penyanyi. Sebaliknya, mereka yang tidak menang pula berjaya melakar nama. Semua ini bergantung kepada disiplin dan sikap artis itu sendiri,” katanya.  
Khairul Anwar berkata, Astro yakin musim baru AF akan mencetus fenomena sekali lagi.
“Selama AF dihentikan, kami melakukan pelbagai kajian dan mencari formula melonjakkan kembali program ini. AF menjadi tulang belakang yang penting kepada Astro dan kebetulan pula sudah agak lama kami tidak mempunyai program mencari bakat baru kecuali Raja Lawak.

“Jadi kami fikir ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF” katanya.
Manfaat laman sosial tarik peminat
Bukan setakat itu, Astro mengambil inisiatif bertemu dengan pemilik program terbabit dua kali ketika menyertai pasaran televisyen di Singapura dan Perancis.
Perbincangan dibuat bagi meminta kebenaran menukar sedikit format AF musim terbaru supaya disesuaikan dengan keadaan semasa.

Khairul Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada konsep ‘mengurung’ peserta di sebuah banglo seperti dilakukan pada musim pertama hingga kesembilan, akan diteruskan.

“Apa yang akan diperkenalkan untuk musim terbaru hanya didedahkan pada sidang media nanti. Setakat ini apa yang boleh saya beritahu, kita akan mengubah sedikit format program itu bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang.

“Kita akan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengetengahkan kembali program ini. Sebelum ini, kami tidak dibenar menukar langsung format program itu. Ia menjadi salah satu sebab kenapa AF diberhentikan seketika.

“Tetapi selepas dua pertemuan dengan pemilik program itu, akhirnya kami diberi kebenaran untuk mengubah sedikit format AF,” katanya.
Info
* Akademi Fantasia musim pertama diperkenalkan pada 2003 hingga muncul program yang mendapat tontonan tertinggi di Astro Ria.

Senarai Pemenang AF
* AF1- Vince Chong
* AF2 - Zahid
* AF3 - Mawi
* AF4 - Faizal
* AF5 - Mila
* AF6 - Stacy
* AF7 - Hafiz
* AF8 - Shahir
* AF9 - Hazama
 sumber: bharian.com


p/s: AF? pe 2? hahaha..aku ingat dah terkubur..ada balik..aish..aish..lepas ni kosong lagi la poket peminat - peminat AF..hahaha..aku? maaf..x minat..hehehe

larangan untuk kakitangan AWAM!



Kuala Lumpur: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan tiga langkah memerangi rasuah, termasuk larangan anggota pentadbiran kerajaan serta anggota keluarga terdekat mereka terbabit dalam permohonan atau membida kontrak kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Johan Jaaffar, berkata cadangan itu bertujuan mengelakkan berlaku konflik kepentingan dan dapat menutup ruang serta peluang berlaku rasuah.

“Amalan sebelum ini, apabila menteri atau menteri besar dan ketua menteri ‘meninggalkan mesyuarat’ dan tidak mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan apabila agenda mengenai syarikat yang mempunyai milik keluarga dibincangkan, tidak lagi boleh diterima pakai. 
“Cadangan ini juga bagi mengelakkan pandangan serong rakyat terhadap mereka yang berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa dalam mempengaruhi keputusan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Pengisytiharan harta
Cadangan lain ialah pengisytiharan harta sekali bagi setiap tiga tahun oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut dicadangkan penetapan tempoh bertenang selama setahun sebelum penjawat awam yang bersara dibenar memegang jawatan korporat atau menyertai amalan profesional. PPPR mencadangkan larangan dikuatkuasakan serta - merta pada peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan agensi kerajaan.

Johan berkata, cadangan pengisytiharan harta bertujuan memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen terhadap perjuangan menentang rasuah.

“Dengan berbuat demikian, rasa sangsi mengenai aset wakil rakyat sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan ADUN boleh diatasi. Langkah itu menunjukkan ketelusan kerajaan ke atas aset menteri dan ahli keluarga terdekat,” katanya.
Johan berkata, ketiadaan tempoh bertenang membawa kepada konflik kepentingan kerana pihak terbabit boleh mengambil kesempatan daripada pengetahuan, pengaruh dan kedudukan ketika berkhidmat untuk kepentingan peribadi selepas pencen.

Malah, ia juga bertindak sebagai ‘insurans’ atau jaminan untuk mereka selepas bersara. Risiko berlaku rasuah boleh timbul apabila pegawai yang akan bersara menggunakan kedudukan awam untuk melobi bagi jawatan dan kepentingan peribadi.

Pandangan semua pihak
Panel itu juga berpendapat rasuah antara isu utama dibangkitkan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan penting bagi kerajaan mengambil kira semua pandangan, kritikan dan tuduhan pelbagai pihak.

Katanya, walaupun sebahagian pandangan, kritikan dan tuduhan tidak mempunyai asas kukuh atau hanya persepsi, ia digunakan sebagai alasan untuk mendakwa kerajaan tidak telus, bersih dan tiada integriti.

Di samping itu, panel mengalu-alukan pelantikan Presiden Transparency International (Malaysia), Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengendalikan isu rasuah

sumber: bharian.com


p/s: harap lepas ni lebih 'bersih' walaupun susah untuk dikikiskan..namun jalan dah ada..mahu tak mahu je..bagus atas keprihatinan perkara ni..SYABAS!

Tuesday 21 May 2013

ini betul - betul..bukan main - main..

korang peminat kartun? pasti korang kenal dengan watak - watak ni..ada diantaranya adalah realiti..


 Alfredo Linguini dari filem Ratatouille - sebijik kan? huahuahua

Peter Griffin dari Family Guy

 sapa la yang tak kenal dengan pasangan adik - beradik 
Super Mario Bros - Mario & Luigi!

 Eric Cartman dari South Park...hahaha..

 Popeye

 Dora The Explorer

 Carl Fredricksen dari movie Up

Baeavis dari Beavis & Butthead..

 Meg from Family Guy

 
 Ned Flanders from The Simpsons


LASTLY adalah sesuatu fakta sebenar..iaitu watak SHREK..yang dimodelkan daripada orang sebenar..mamat yang bernama Maurice Tillet adalah sama seperti watak terkenal tue..




sumber: oddee.com