Monday 30 September 2013

berkebun sambil bekerja!

duduk dalam keadaan yang selesa dikelilingi oleh meja - meja & kerusi..padat dengan kertas - kertas kerja..pasti membuatkan anda rasa kurang selesa..hanya bertumpu pada komputer dan bekerja sahaja..

semua itu pasti akan berubah jika anda berniat untuk bekerja di PASONA, TOKYO! hahahaha..kenapa aku kata begitu?

bila dunia manusia & zip bergabung..

pernah tak terpikir kalau kita ada zip ajaib yang kita perolehi daripada poket ajaib DORAEMON? kita pikir pasti kita boleh lihat apa rahsia di sebalik apa yang kita tak tahu..sebagai contoh..kita nak tahu apa ada dalam tasik tanpa kita menyelam..ada apa dalam kotak hadiah tanpa perlu kita membuka pembalutnya..

Sunday 29 September 2013

LAWAK VIDEO KESELAMATAN KAPAL TERBANG!

memang lawak..hahaha..anda perlu saksikan untuk pelajari tentang keselamatan ketika di atas kapal terbang! wohoo!


sumber: 

Saturday 28 September 2013

innovative & funny!

asal la aku x wat time camni time belajar dulu..pasti SPM aku cemerlang, gemilang & terbilang! hahahaha..pasti aku jadi pakar bedah ke hakim ke..hahahaha..

parodi terbaik..

aku x tau parodi ni terbaik ke x..tapi bagi aku memang best la Jep Sepahtu! hahahaha..terbaik!!



Yes! Sokong!

aku bukan nak menyalahkan sesiapa..tapi ia adalah isu yang sepatutnya untuk diketengahkan kepada pihak Kerajaan dan yang bertanggungjawab..Alhamdulillah setakat ni masih ada kaunter yang betul - betul buat kerja secara berhemah bila aku berurusan..aku salute!



Thursday 26 September 2013

adakah anda antara yang tergolong?

anda adalah seorang teman wanita @ teman lelaki yang kuat cemburu dengan pasangan masing - masing?

anda adalah seorang detektif amatur yang diupah untuk mengekori seseorang?

atau anda adalah seorang yang abnormal dengan suka mengintip @ mengendap seseorang 
atau dengan kata kasarnya KAKI SKODENG @ STALKER?

kalau anda tergolong dalam mana - mana kategori di atas..anda wajib melihat entri ni..atau kalau saja suka nak tengok pun bole je..silakanlah teruskan niat anda untuk meneruskan pembacaan anda dengan selesa..

HARI INI DALAM SEJARAH - 26/9

Pada hari ini 26.9.1913, DYMM Sultan Idris Morsidu-Al Adzam Shah, Perak telah berkenan melakukan upacara meletakkan batu asas Masjid Ubudiah di Bukit Chandan Kuala Kangsar. 



Turut hadir di upacara ini ialah DYMM Sultan Selangor, Raja Chulan, Dato' Sri Andika Raja, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Residen Perak. Pembinaan Masjid Ubudiah ini mengambil masa selama 2 tahun dan melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 300, 000 ringgit. Bahan-bahan binaan masjid ini kebanyakannya diimport dari Itali dan ia merupakan salah sebuah masjid yang termoden dan terindah yang mempunyai berbagai keistimewaan. Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. 


sumber foto:
sembangkuala

Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, A. B. Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk oktagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London. Walaupun pembinaan masjid ini menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan-bahan binaan dari luar negeri tetapi ia akhirnya siap dibina 2 tahun kemudian iaitu pada tahun 1915 dan dirasmikan pembukannya oleh Sultan Abdul Jalal. Sebagai mengenang jasa pengasasnya, Sultan Idris maka pada hari ini dalam tahun 1913, nama baginda telah diabadikan di majlis ini.
sumber:

Tuesday 24 September 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - 24/9

Pada hari ini dalam tahun 2007, Kedua-dua calon angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Kapten Dr Faiz Khaleed, diisytiharkan layak menyertai misi Soyuz 15-S ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007,  selepas mereka lulus kesemua ujian dengan cemerlang. 



Keputusan lembaga penetapan krew agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos, itu diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, di Putrajaya.  Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan, Tun Hanif Omar.  Dr Sheikh Muszaphar diletakkan dalam kumpulan krew  pertama bersama angkasawan Russia, Yuri Malechenko dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat (AS), manakala Dr Faiz dalam kumpulan krew kedua bersama Sharizan Sharipov (Russia) dan Michael Fincke (AS). 



Kedua-dua kumpulan itu akan menjalani latihan terakhir di Baikonur  Cosmodrome, Kazakhstan, mulai 28 September 2007 dan pemilihan muktamad  krew misi itu akan ditentukan oleh pihak Russia sebelum pelancaran Soyuz 15-S.   Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Kapten Dr Faiz Khaleed, dipilih daripada 11,275 calon yang memohon mengikuti program itu   pada  tahun 2003. Penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta itu adalah sebahagian daripada program timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.



sumber:


seni tika HUJAN..

aku bukan nak cite pasal kumpulan HUJAN yang ngetop tue..





















pasal Noh HUJAN pun bukan..

























pasal baju hujan lagilah jauh panggang dari api..


aku nak cerita pasal seni yang hanya akan timbul ketika hujan?? yes..hanya bila hujan mula turun barulah terserlah keseniannya..ala kiranya macam korang main pen ajaib tue..zaman kecik - kecik kan ada..kena suluh dengan lampu infra baru leh nampak tulisan..pernah x? tapi ni lain skit..


Monday 23 September 2013

anda seorang pemakan EKSOTIK?

kalau anda tergolong dalam golongan entomophagists..anda pasti akan cepat teruja apabila mendengar perkara ni..bagi sesiapa yang tak tahu apa itu entomophagists..

"ialah menjadikan serangga sebagai makanan. kebanyakan serangga dimakan oleh haiwan lain, tetapi istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada manusia yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka; tidak kiralah apa jenis serangga sekalipun"
 pakcik wikipedia            

Sunday 22 September 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - 22/9



Pada  hari ini dalam tahun 1970, Tun Abdul Razak Hussein telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang kedua bagi menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra yang bersara dari arena politik. Upacara pelantikan ini telah berlangsung di Istana Negara dalam satu majlis ringkas di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muazam Shah dan Tunku Abdul Rahman Putra. Semasa menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah memperkenalkan beberapa dasar, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu  satu strategi pembangunan ekonomi bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia dari segi pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Bagi memupuk perpaduan rakyat, Tun Abdul Razak telah memesatkan lagi pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan menambah bilangan sekolah dan institusi pengajian kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta menggubal Rukunegara. Bagi memantapkan politik Malaysia, beliau telah mengembangkan gagasan dan gabungan Parti Perikatan melalui gabungan dan kerjasama dengan lebih banyak parti politik sehingga tertubuhnya Barisan Nasional pada 1 Januari 1973. Di peringkat antarabangsa, beliau mengukuhkan lagi ASEAN dengan mengemukakan gagasan ‘Rantau Aman, Bebas dan Berkecuali’ (ZOPFAN) dalam persidangan ASEAN di Kuala Lumpur pada tahun 1971.


"This is our home and it is our determination to make this country a happy and prosperous country for all of us"~ Tun Abdul Razak



sumber: 

Saturday 21 September 2013

fakta binatang!


anda rasa anda serba tahu mengenai binatang? 
mari kita tambah ilmu dengan cara yang menarik!


sangat seswai!

anda suka tidur sesuka hati? 




jadi..aku rasa sangat bertuah bagi seorang pelajar kalau dapat benda ni..hehehe..sangat - sangat teruja! 

Thursday 19 September 2013

ROKOK BERTUKAR WAJAH!

anda rasa anda kaya dengan menghisap rokok DUNHILL? BENSON? CAMEL? MARLBORO? 


anda silap....anda silap..anda akan boleh jadi kaya kalau anda hisap rokok daun sahaja..kenapa aku berkata sedemikian rupa?

ALHAMDULILLAH..dah lama pakcik tunggu!


sapa rasa - rasa ada saman AES bolehlah start mengumpul duit..hahaha..la ni saman sudah dikurangkan dari RM300.00 ke RM150.00

Sunday 15 September 2013

CITIES MOST VISITED IN THE WORLD..2013

bangga aku sebagai orang Malaysia sebab Kuala Lumpur mendapat ranking ke 8 dalam dunia sebagai antara bandar yang selalu dikunjungi oleh rakyat seluruh dunia hasil kajian daripada Mastercard..kemajuan ini menunjukkan Malaysia sudah dikenali di seluruh dunia sebagai antara pusat pelancongan..majukan lagi industri pelancongan kita..WOOOHHHHHOOOOO!!!!!!!!!!


10 Most Visited Cities In The World- 2013













































































sumber:

TAHNIAH HARIMAU MUDA!


tahniah aku ucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 23tahun HARIMAU MUDA..kerana berjaya memenangi Piala Pesta Bola Merdeka semalam..corak permainan yang baik walaupun ada sedikit kepincangan tapi semangat juang anda amatlah dihargai..semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat di Sukan Sea nanti..jangan mudah mendabik dada..jalan masih jauh lagi..pape pun aku respek! 



Saturday 14 September 2013

atas bukit..sejuknya!

selepas sekian lama merancang..akhirnya dapat juga gi bercuti dengan sidekick aku..lama tertangguh..alhamdulillah aku dapat menjejakkan kaki ke CAMERON HIGHLANDS dengan menggunakan ikan spesis KELISA berkaki empat yang merupakan binatang peliharaan sidekick aku..walaupun hanya untuk 3 hari 2 malam tapi seronok la sebab dapat berjalan merehatkan badan dan minda selepas bertungkus lumus mengerjakan 'sawah' dan 'kebun' orang lain..


pelbagai tempat menarik aku lawati dari ladang teh sehinggalah aku dapat merentas masa silam..macam dalam kartun Adventure Time - Jack & Finn abis semua tempat aku dan sidekick kesayangan aku redah berguling, hiking, berjogging, shopping, running, jumping, swimming dan trekking..walaupun dalam kesejukan akibat cuaca yang tak menentu dan kehadiran serangga perosak serta manusia dari pelbagai spesis datang dari pelusuk Tanah Tumpahnya Darahku Malaysia aku dan sidekick tak luntur semangat jitu kami berdua..


Friday 13 September 2013

skit skit DISNEY..skit skit DISNEY!

memandangkan Disney adalah satu inspirasi yang tinggi buat para peminat di seluruh dunia..pasti ada yang terpikir - pikir untuk merealisasikan impian menjadi putera dan puteri..kalau dalam erti kata lain COSPLAY! tapi kalau pemahaman kita cosplay adalah sesuatu yang kiut miut..comel..dan menarik..aku tak tahu lah korang punye pemahaman..hehehe..




Wednesday 11 September 2013

manusia perlu lebih BERKOMUNIKASI..

semalam baru je melayan Warm Bodies..memang menarik! 


walaupun jalan cerita yang biasa namun penceritaan dari hidup seorang Zombie yang kesepian melilau mencari erti kehidupannya yang tersendiri..namun cinta datang bila dia keseorangan..dan akhirnya dia berubah..


bosan dalam TOILET?

anda bosan dalam toilet? kalau macam aku tangan aku [asti sibuk bermain samsung aku untuk menghilangkan rasa bosan berada dalam bilik termenung walaupun hanya 15 minit..

mungkin cara anda berlainan dengan cara aku..tapi aku ada cara lain untuk menghilangkan rasa bosan anda..

Tuesday 10 September 2013

tunang GEEK style!

kalau sesi photoshoot pertunangan pasti indah dengan adegan berpeluklah..berjalan pimpin tanganlah..bergolek atas tanah lah..buat muka kiut miut la..malangnya aku x kesampaian nak buat semua tue atas kekangan kewangan dan masa..huahuahua..

tapi ada satu pasangan Alexandra dan Chris yang dikatakan menarik perhatian sebab membuat photoshoot yang lain daripada lain..saksikanlah photoshoot berinspirasikan Komik!


Monday 9 September 2013

budak + dewasa = HASIL YANG MENARIK!!


kalau dibandingkan lukisan aku ngan budak kecik ni jauh panggang dari api..hehehe..tapi memandangkan lukisan ni menarik aku up la skit gambar ni..hehehe..


Sunday 8 September 2013

SENI MAKANAN..

berapa kali aku mak aku pesan..jangan main dengan makanan! jangan main dengan makanan! huahauhua..dieorang ni mesti x pernah kena sound ni..hehehe



orang kertas..

People Too adalah nama sebuah agensi Russian yang berasaskan kraf kertas dan dikendalikan oleh dua artis berbakat Lena Erlikh dan Aleksey Lyapunov. Mereka telah mewujudkan ukiran yang sangat terperinci yang dihasilkan daripada kertas yang menggambarkan suasana dari kehidupan seharian manusia. tengoklah betapa kreatifnya mereka mencipta hanya dengan menggunakan kertas..kita? jadi recycle paper je nanti..hehehe..


Saturday 7 September 2013

tegar INSTAGRAM!


adakah anda peminat INSTAGRAM yang tegar? setiap gambar yang diambil terus masuk instagram? anda mungkin calon terbaik untuk melawan mamat sorang ni..


Thursday 5 September 2013

produk terbaru SAMSUNG..


aku pasti waktu kecik - kecik mesti kita pernah bercakap melalui jam canggih macam POWER RANGERS..dengan hanya melukis di tangan atau membuat jam sendiri..'alat komunikasi' tu menjadi antara alat feveret apabila bermain lawan - lawan..tapi sekarang teknologi yang canggih tu akan dijadikan salah satu alat telekomunikasi masa hadapan walaupun sebelum ni dah banyak yang buat benda sama..



aiseh...up..up & away lagi..


baru nak pakai RON 97..tetiba pengumuman naik pulak..naik basikal jugak aku akhirnya..hahaha..



Wednesday 4 September 2013

pembinaan yang FAIL!


aku tahu banyak tempat - tempat di Malaysia ni dibuat sehabis baik mengikut pelan yang direka cantik..aku tak harap benda ni akan berlaku kat Malaysia satu hari nanti..hahahaha



Tuesday 3 September 2013

subsidi minyak dikurangkan..


sepertimana yang telah diterangkan oleh PM kita..pengurangan subsidi akan menjana ekonomi kita dari aspek yang lain..harap - haraplah..


up..up..and AWAY!

APA? MINYAK NAIK HARGA? 

aku pasti ramai yang berpusu - pusu semalam untuk mendapatkan minyak di stesen - stesen minyak berdekatan rumah masing - masing untuk mengisi sebanyak mungkin minyak untuk kegunaan harian mereka nanti..mungkin esok susah untuk mengisi minyak yang mahal pulak..maka keuntungan berlipat ganda bagi pengusaha minyak semalam amatlah membanggakan..