Monday 26 May 2014

"MAAFKAN SAYA MALAYSIA" kata Daren Liew

"MAAFKAN SAYA MALAYSIA" kata Kapten Badminton Malaysia, Daren Liew kepada wartawan kami selepas tewas di tangan pemain Matahari Terbit.


sedih tak ayat penyata di atas? selepas 22 tahun kemarau, kering, kontang dan gersang tanpa Piala kegilaan para pemain badminton sedunia Piala Thomas..Malaysia tewas lagi di tangan Jepun 3-2..

mengikut ramalan kaji cuaca..Malaysia mampu memenangi Final tersebut..namun apakan daya..masalah kasut haus, bola tangkis yang menggunakan bulu itik, lampu kalimantang yang terang dan juga pembancuh air minuman yang kurang memberi tenaga membuatkan segalanya hilang di depan mata..

rakyat Malaysia terpaksa menunggu selama 22 tahun sebelum mempunyai peluang sebesar alam..perasaan kecewa mendalam ini pernah berlaku sebelum ini di mana Liverpool tewas dalam perebutan takhta EPL 2013/2014 selepas sekian lama menanti.... sedih kan? nampak mudah tapi susah..ia bukanlah konspirasi tapi hanyalah ilusi..kesabaran itu penting..

tahniah diucapkan kepada Pasukan Negara Ultraman..mungkin ada rezeki next time dengan kemasukan Upin dan Ipin dalam skuad utama..tolong beri perhatian ye pengurus pasukan pada pasangan beregu ni..ada kemampuan yang tinggi ditunjukkan..



tahniah juga buat pasukan Malaysia yang masih mampu memberikan yang terbaik dalam mengejar kejayaan walaupun perjalanan berliku amat panjang..tahniah..tahniah..tahniah..
SEMOGA BERJAYA DI MASA HADAPAN BUAT PEMAIN - PEMAIN MUDA KITA!


No comments: