Tuesday 19 November 2013

apa itu gangguan seksual..

anda tahu tak apa itu gangguan seksual? 


ia boleh berlaku tidak kira kepada lelaki ataupun perempuan..kalau dah namanya gatal..semua balun..semua bahan..menurut statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja ia menunjukkan kes yang kecil bilangannya tapi bagi aku impak pada si mangsa lebih BESAR kesannya..aku pasti ramai mangsa yang trauma untuk mendekati orang lain..

TahunBilangan
199929
200061
200146
200221
200316
200419
200512
200623
20079
200819
200922
201020
Jumlah297


tapi kalau dikupas lebih lanjut..gangguan seksual ini boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu:

i. Gangguan secara lisan
Contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalansoalan yang berbentukancaman atau cadangan seksual.

ii. Gangguan secara isyarat / bukan lisan
Contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

iii. Gangguan visual
Contohnya : menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

iv. Gangguan psikologi
Contohnya : mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

v. Gangguan fizikal
Contohnya : sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

adakah anda tergolong dalam mana - mana jenis? jika anda tergolong dalam mana - mana bolehlah sebarang aduan dilakukan kepada pihak yang berkuasa..keadilan perlu diambil agar perkara sedemikian rupa tidak akan berulang lagi kepada sesiapa  sahaja..ingat! 

No comments: