Sunday 26 April 2015

Hantu Bungkus Ikat Tepi..huhuhu

baru semalam layan filem terbaru seram komedi dari MIG Hantu Bungkus Ikat Tepi kat astro..



nama tajuk lawak dah..tapi sedey! ending kurang menarik! sangat sangat kurang! teringat time tengok cerita Mistik dalam panggung..menjerit bila ending sangat membosankan..hahaha.. aku bukan nak pertikaikan tapi ending belum cukup ummpphhh! jalan cerita yang santai dan kadangkala berterabur..skrip kelaut..hahaha..still having a nice laugh with my wife bila ada certain - certain scene yang lawak dari kumpulan Jambu dan Abam..next time kena tengok komen dari orang ramai dulu baru decide nak layan filem - filem Melayu..hehehe..nice try!


TRAILER


SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang penakut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan. Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu. Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti. Fuad, Fadli dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

No comments: