baru - baru ni kecoh pasal seorang nelayan laut dalam bernama Roman Fedortsov telah menangkap beberapa spesis ikan laut dalam yang buat pertama kali aku tengok..unik..menakutkan..menggelikan adalah expresi pertama aku bila tengok benda alah ni..memang respek la mamt ni yang dapat tangkap semua spesis ni..macam tangkap pokemon je aku tengok..hahaha...
memang sangat mengancam team Perak season 2017..kalau tengok pada barisan yang sudah disenaraikan untuk tahun depan memang boleh tahan..mungkin ada peluang untuk Perak menjulang mana - mana piala kalau takde apa - apa halangan..
ni hanya sebahagian sahaja..ada lagi abdul hadi yahya..kenny palraj..idris ahmad..kira boleh fight la tahun depan..hahaha..insyaAllah ada rezeki adala tu untuk Karl Heinz Weigang..siapa yang tak kenal coach ni memang bukan peminat bola sepak la namanya..hahaha..nak tahu kenapa? sebab dalam filem ola bola memang watak dia la yang bawak Malaysia ke Olimpik Games 1980..amacam x percaya? hahaha..macam biasa la..aku kena cari pualk jersey baru Perak untuk next season walaupun corak biasa - biasa..lantaklah janji logo Perak ada! hahaha..
tajuk yang sangat - sangat menakutkan..aku bukan nak cerita pasal duit bertukar jadi raksaksa atau kerakusan orang ramai terhadap duit tapi aku nak story sikit pasal satu filem bertajuk Money Monster..aku baru layan online dengan bini aku..aku bagi thumbs up bagi cerita ni!
lakonan mantap daripada George Clooney & Julia Roberts yang memang merupakan pelakon feveret aku lepas aku tengok cerita Ocean Eleven, Ocean Twelve & Ocean Thirteen...jalan penceritaan yang simple pasal saham dan konspirasi sebuah organisasi dalam memanipulasi kelemahan dalam pasaran saham..walaupun aku memang tak main saham (memang tak tahu satu benda pun) tapi aku faham bila semuanya adalah melibatkan ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan walaupun akhirnya menindas orang lain..macam MLM dan pelaburan yang memang tiada untung dan hanya seketika je..
apa akan jadi kalau sistem kewangan di Malaysia turut melakukan benda sama? mungkin huru hara aku rasa...walaupun ada desas desus mengatakan sebaliknya..tapi aku percaya keseluruhan organisasi dalam Malaysia telah memainkan peranan mereka seperti Bank Negara Malaysia yang mengawal struktur perjalanan kewangan di Malaysia dan macam - macam pelaburan yang tak sah telah dikenalpasti macam Suisse Coins Sdn Bhd, Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (ni memang popular), Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (banyak minta sedekah)..ni adalah antara syarikat yang telah dikenalpasti oleh Bank Negara sebagai menipu para pelabur mereka..so aku harap korang berhati - hati dalam memilih pelaburan..selidik dulu..mana ada duit datang bergolek tanpa usaha!
sila tonton filem ni untuk hiburan korang hujung minggu yang panjang sempena Krismas! hahaha..
mengikut google translate.itulah yang ditulis...hahahaha..tapi akubukan nak cerita pasal google translate..aku nak cerita pasal manga yang aku minat dah jadi live action! yes LIVE ACTION! waaahhhhhaaa!!!
yes!! adaptasi daripada manga Hiromu Arakawa berkisarkan tentang dua orang adik beradik Edward & Alphonse Elric yang kehilangan ibunya ketika kecil dan cuba menghidupkan semula ibu mereka dengan ilmu kimia yang dipelajari mereka sendiri, namun malang menimpa mereka apabila ilmu terlarang itu memakan diri mereka sendiri dan bermulalah perjalanan hidup mereka mencari 'kebenaran'.
Manga ni memang seronok! aku layan anime dia dari mula sampai habis memang seronok dan ada pelbagai twist dalam penceritaan..watak antagonis yang tidak disangka - sangka..memang sangat menari untuk ditonton! kalau nak tengok filem ni pastikan anda layan dulu anime dan manga dia dulu..takut dalam filem ni x merangkumi semua jalan cerita manga ni..so takut korang x paham..hahaha..papehal layan trailer dulu!
aku memang suka gila kalau dapat benda ni! aku memang x mampu nak beli dari dulu lagi walaupun sememangnya ada yang tengah sales..sebab - sebab tertentu membuatkan aku hanya mampu pakai kasut Pallas x pun North Star buat jalan - jalan..merenung ke luar jendela la aku kalau nak pakai kasut Vans ni walaupun aku memang minat gila kasut ni! huhuhu..sekarang ni Vans buat kolaborasi dengan Toy Story dan design nya memang sangat menarik! Dah keluar bulan 10 hari tu! Woooohhhooo!!!
aku harap harganya still affordable la! hahaha..kena simpan duit ni! kalau ada stok lagi la...
ok..kebanyakkan cafe nak hangout banyak jadi macam hipster..so kadang - kadang cawan atau pinggan dia lain daripada yang lain..dalam tabung uji ada..pinggan plastik ada..kalau yang pakai pampers pun ada! hahahaha..tapi aku rasa cawan yang macam ni adalah sesuatu yang unik! Cawan yang diperbuat daripada kertas kadbod!
tajuk filem ni memang sesuai dengan aku sekarang..seornag akauntan..mula - mula aku ingatkan filem ni kisah seoarng akauntan yang penat lelah bekerja di bawah satu syarikat kecil untuk menampung keluarga kecilnya menghadapi suka duka dalam kehidupan yang serba sederhana..hahaha..sangkaan aku meleset sama sekali!
ini bukan barang yang tak senonoh ye walaupun tajuk sedemikian rupa..hahaha..yang sebenarnya aku memang suka main JENGA tapi tak sangka plak ada yang jenis besar ni..kalau ada boleh gak aku main dengan anak - anak aku hujung minggu..asyik dengan gajet je..biar berpeluh skit main benda alah ni dengan anak - anak..sekurang - kurangnya terbakar skit lemak - lemak yang ada di sekeliling tayar lebihan ni..
aku ingat sekarang ni Malaysia memang diambang dugaan dan cabaran dari Allah swt dengan virus ZIKA yang kini menyerang masuk ke dalam Malaysia dengan 3 kes yang dilaporkan telah dijangkiti virus ZIKA..tu belum lagi yang pekerja Malaysia bekerja di Singapura..memang scary!! so korang kena lebih berhati hati dalam menguruskan kebersihan kawasan rumah..sekarang ni nyamuk bukan saja dengan denggi..ZIKA pun terlibat sekali..
next week dah start cuti sekolah dah..mana - mana yang berniat nak travel tu selamat bercuti dan selamat merehatkan badan anda yang sudah letih melayan karenah masyarakat sekeliling.. mana tau nak layan bangsa lain plak ke...hahaha..tapi setiap kali nak bercuti pasti terfikir apa lagi barang yang perlu dibawa...kalau dalam Malaysia je no hal lah..hahaha..ni bagi mana - mana yang nak travel jauh skit sampai nak kena naik plane..korang mesti..wajib..perlu..ikut idea aku ni..hahahaha..
pasti seronok bila berehat kat tepi pantai atau kat tepi sungai sambil minum teh atau kopi..Hammaka Trailer Hitch Stand ni memang sesuai untuk semua orang yang mahukan waktu yang santai-santai..kalau aku memang seronok lepak lepas seharian penat bekerja..malangnya kalau sangkut kat kereta aku memang terbalik la jawabnya! so sapa nak beli bolehlah survey survey..
semua orang memerlukan survival dalam kehidupan..bangun je pagi first thing adalah memikirkan kehidupan apa yang kita akan lalui hari ini..
sempurna? bagus? teruk? penuh dengan cabaran? kita asyik memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk kita menghadapi hari - hari mendatang..sentiasa berpandangan jauh...menghadapi cabaran dengan penuh keyakinan..berfikir di luar kotak..yang penting tidak berputus asa dalam menghadapi hari - hari seterusnya..
akhirnya hari yang dinanti - nanti tiba..Star Wars The Force Awakens dah keluar kat wayang! sapa rasa lucky bole lah gi tengok..pasti sangat menarik..aku x tahu jalan ceritanye..dengar komen macam bagus..skor muzik terbaik..jalan cerita terbaik..boleh dikatakan sama macam dulu! pergh! ni yang macam aku tak sabar nak tengok! hahaha..
dah lama tak corat coret dalam ni.memandangkan bini aku nak beranak hujung bulan ni.. maka secara tak langsung aku menjadi surirumah sepenuh masa..hahaha..menjaga anak, memasak, membasuh baju menjadi kebiasaan diri aku sejak dua tiga bulan ni..hahaha..aku sebenarnya tengah mencari baby carrier dalam internet..tup..tup..terkeluar plak benda alah ni..aku ingat benda alah apa ni..lama aku peratikan..nak baca description x pandai mana bahasa inggeris ni..so..google la jap..rupenya benda alah ni carrier untuk pet korang..secara spesifiknya untuk KUCING!
musim hujan sekarang kat Pantai Timur..so pe lagi..berselimut.. berpeluk la gayanya waktu tido..kalau ada benda alah ni konfirm duk dalam ni je la ngan anak bini..x gi pejabat la gamaknya..nampak comfy dan yang penting.panas! hahahaha..
Alhamdulillah..sampai gak aku kat Masjid Beijing, Rantau Panjang ni walaupun duk kat Kelantan..la ni baru sampai..itu pun sebab ada kenduri kahwin member sepejabat dulu..aku singgah untuk solat Zuhur..ingatkan sempat nak berjemaah..tapi berhuha huha kat kenduri kahwin sampai lupa plak nak solat Zuhur..dalam keadaan lepas hujan, perkarangan depan masjid dibanjiri air yang bertakung dan licin. Maka sukar untuk aku bergerak bebas..sukar..sukar.. Dengan kekurangan air dan bilik air yang kurang bersih merencatkan kualiti terbaik sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan orang ramai...biasalah bila ramai orang guna sekaligus, tekanan air kurang, tandas jadi kotor sikit..janji tempat sembahyang selesa..hehehe..
aku terpaksa selfie kat luar masjid sebab dalam masjid banyak lantai basah so bahaya sikit..dari jauh je la nampak masjid..tiang pun nampak sikit je..hehehe..anyway..next time je la aku selfie dalam..
bukan setakat peminat je kot yang nak..musim - musim hujan macam ni rasa sejuk beku plak duk dalam rumah je..sangat sesuai la.kalau setakat nak guna lepaskan bosan atau hanya untuk nak bazirkan duit korang di zaman ekonomi yang kurang stabil ni..hahaha..papehal pun kalau korang nak silakan..silakan..order sepasang untuk korang guna..
gloves yang hanya bertujuan untuk digunakan pada telefon pintar..cuma yang menariknya ekor kucing tu.ekor kucing! hahaha!
aku pernah alami satu pengalaman yang mengerikan..rumah aku hampir terbakar akibat daripada kesilapan aku sendiri..tengah takde letrik tu la nak pasang lilin..tertido punya pasal..habis terbakar langsir..perggh! memang bahaya betul kalau lilin dibiarkan begitu sahaja...mujur bini aku sedar..Allah masih sayangkan keluarga aku..AMIN!
untuk memastikan keselamatan keluarga anda bila memasang lilin di kala letrik tiada gunakanlah Moment yang dicipta oleh Lars Beller Fjetland..memang sangat sesuai!
konfirm korang takkan terlupa untuk padam api lilin walaupun tertido atau leka..kalau ada memang aku nak sambar dah ni! hehehehe..
satu lagi kedai baru aku jelajah tadi ngan bini aku..western grill tue! hahaha..terletak kat Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu..kalau dari Pasir Puteh nak ke Kota Bharu memang nampak tepi jalan la..dari rumah aku Bechah Keranji memang dekat la..6 minit je naik keta..20 minit naik moto..48 minit jalan kaki..hahaha..ni apa yang pakcik google maps tunjuk la..hahaha..pe aku makan? gambar bawah ni aku makan ha..
memandangkan penyakit GOUT boleh memudaratkan pesakit untuk berjalan jauh..elok sangat benda ni digunapakai..hahaha..tapi sebenarnya benda alah ni sesuai untuk orang yang berusia..sangat sangat sesuai..aku memang setuju kalau benda ni ada kat Malaysia..kalau lebih murah dari Segway memang aku sambar satu dah..hahaha..