Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Thursday, 22 December 2016

Raksaksa duit yang menelan duit orang lain!

tajuk yang sangat - sangat menakutkan..aku bukan nak cerita pasal duit bertukar jadi raksaksa atau kerakusan orang ramai terhadap duit tapi aku nak story sikit pasal satu filem bertajuk Money Monster..aku baru layan online dengan bini aku..aku bagi thumbs up bagi cerita ni!


lakonan mantap daripada George Clooney & Julia Roberts yang memang merupakan pelakon feveret aku lepas aku tengok cerita Ocean Eleven, Ocean Twelve & Ocean Thirteen...jalan penceritaan yang simple pasal saham dan konspirasi sebuah organisasi dalam memanipulasi kelemahan dalam pasaran saham..walaupun aku memang tak main saham (memang tak tahu satu benda pun) tapi aku faham bila semuanya adalah melibatkan ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan walaupun akhirnya menindas orang lain..macam MLM dan pelaburan yang memang tiada untung dan hanya seketika je..

apa akan jadi kalau sistem kewangan di Malaysia turut melakukan benda sama? mungkin huru hara aku rasa...walaupun ada desas desus mengatakan sebaliknya..tapi aku percaya keseluruhan organisasi dalam Malaysia telah memainkan peranan mereka seperti Bank Negara Malaysia yang mengawal struktur perjalanan kewangan di Malaysia dan macam - macam pelaburan yang tak sah telah dikenalpasti macam Suisse Coins Sdn Bhd,  Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (ni memang popular), Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (banyak minta sedekah)..ni adalah antara syarikat yang telah dikenalpasti oleh Bank Negara sebagai menipu para pelabur mereka..so aku harap korang berhati - hati dalam memilih pelaburan..selidik dulu..mana ada duit datang bergolek tanpa usaha!

sila tonton filem ni untuk hiburan korang hujung minggu yang panjang sempena Krismas! hahaha..


Tuesday, 22 November 2016

Alkimia Logam Penuh!

mengikut google translate.itulah yang ditulis...hahahaha..tapi akubukan nak cerita pasal google translate..aku nak cerita pasal manga yang aku minat dah jadi live action! yes LIVE ACTION! waaahhhhhaaa!!!


yes!! adaptasi daripada manga Hiromu Arakawa berkisarkan tentang dua orang adik beradik Edward & Alphonse Elric yang kehilangan ibunya ketika kecil dan cuba menghidupkan semula ibu mereka dengan ilmu kimia yang dipelajari mereka sendiri, namun malang menimpa mereka apabila ilmu terlarang itu memakan diri mereka sendiri dan bermulalah perjalanan hidup mereka mencari 'kebenaran'. 


Manga ni memang seronok! aku layan anime dia dari mula sampai habis memang seronok dan ada pelbagai twist dalam penceritaan..watak antagonis yang tidak disangka - sangka..memang sangat menari untuk ditonton! kalau nak tengok filem ni pastikan anda layan dulu anime dan manga dia dulu..takut dalam filem ni x merangkumi semua jalan cerita manga ni..so takut korang x paham..hahaha..papehal layan trailer dulu!


Saturday, 5 November 2016

The Accountant

tajuk filem ni memang sesuai dengan aku sekarang..seornag akauntan..mula - mula aku ingatkan filem ni kisah seoarng akauntan yang penat lelah bekerja di bawah satu syarikat kecil untuk menampung keluarga kecilnya menghadapi suka duka dalam kehidupan yang serba sederhana..hahaha..sangkaan aku meleset sama sekali! 


Friday, 18 December 2015

Peperangan Bintang!

memandangkan sekarang ni tengah demam Star Wars..maka aku nak tunjuk kat korang yang Malaysia pun ada benda sama..PEPERANGAN BINTANG namanya..pernah dengar? aku kalau bepeluang memang nak gak tengok hasil seni rakyat Malaysia ni..warisan berkurun lamanya dijadikan satu konsep moden..memang sangat menarik! 

Star Wars! wooohhooo!!!

akhirnya hari yang dinanti - nanti tiba..Star Wars The Force Awakens dah keluar kat wayang! sapa rasa lucky bole lah gi tengok..pasti sangat menarik..aku x tahu jalan ceritanye..dengar komen macam bagus..skor muzik terbaik..jalan cerita terbaik..boleh dikatakan sama macam dulu! pergh! ni yang macam aku tak sabar nak tengok! hahaha..



Thursday, 24 September 2015

What? Ni baru perfect GIF!


itu bukan salah eja.memang aku maksudkna G.I.F..kebiasaan kita buat picture dalam format .gif hanya dalam komputer je..so Alessandro Scali dan Marco Calabrese telah jadikan benda ni satu realiti dan dikenali sebagai Giphoscope..perhatian buat bini aku..please beli benda ni satu untuk saya! hahahaha...




sumber: giphoscope

Wednesday, 23 September 2015

baseball? tarian? apa kisah!

menarik tul mamat ni! hahaha..enjoy penonton bila tengok player macam ni..walaupun x perform dalam game tapi konfirm popular dalam internet! hahahaha..


sumber: youtube

Tuesday, 7 July 2015

ulang tahun Eiji Tsuburaya..

sempena ulang tahun Eiji Tsuburaya yang ke 114..google doodle menyambutnya dengan unik..sangat sangat unik..hahahaha...korang kenal x? kalau tak kenal korang mesti bukan peminat setia Ultraman waktu kecik..


Friday, 29 May 2015

gurau bersama kucing!

Hai pencinta kucing! ada berita baik! eh? macam pernah dengar!



Thursday, 7 May 2015

lampu AJAIB!

ini bukan sebarang magik! magik datang dari luar negara! untuk kegunaan kita semua! memang cool dan bergaya! woohhhooo! terpikat aku tengok projek dari Kickstarter ni..sangat - sangat inovatif dan kreatif..hanya menggunakan konsep apungan magnetik dalam fizik tersergam indah ciptaan dari Simon Morris ni..

memperkenalkan FLYTE..lampu ajaib! woohhhooo!


futuristik! fantastik! terbaik!

benda ni adalah produk PALING PERLU untuk dimiliki bagi tahun 2015! wohoo! menarik sangat nampaknya..memandangkan rumah aku cepat sangat berabuk yang tak tahu datang dari mana..wajib ada la kot dalam rumah aku..jimat dah nak asyik beli dustpan baru je kat kedai RM2 yang sebenarnya kena RM4 sebab batang dustpan & dustpan dijual berasingan! woohhoo!! x kira GST lagi..hehehehe..

memperkenalkan BRUNO! Tong sampah + Vakum!




Wednesday, 29 April 2015

bermain HUJAN dengan RIANG!

sejak dua menjak ni hujan kerap turun tanpa kita sedar kat kota bharu ni..pening memikirkan bila masa akan hujan plak sedangkan kita kadangkala x bawak baju hujan atau x bawak keta untuk elak dari hujan..masalah lain bila baju hujan koyak plak time nak pakai! pergghhh! sedih!

sumber foto : matickita

Saturday, 18 April 2015

GERGASI MERAH MENYERANG! WOHOO!

ini bukan cerita pasal pasukan Gergasi Merah dari Selangor..bukan..bukan...ni pasal gergasi ganas yang akan menyerang panggung berdekatan dengan anda..kalau masuk Malaysia la..hahahaha..tapi memandangkan cite ni boleh dilabelkan dengan GST ( Ganas Sangat Tau!) aku rasa payah la aku nak tengok sebab anak aku kecil lagi..hahaha..kena tunggu lama skit la nampaknya..kalau korang peminat manga jepun pasti tau pasal manga Shingeki No Kyojin ~ Attack On Titan..WOHOOO! akhirnya jadi realiti!


Trailer terbaru dari Live Action Shingeki No Kyojin memang sangat - sangat menarik..tapi itulah keunikan trailer..sedap tengok..bila layan pening kepala sebab plot cerita berterabur..aku harap filem ni jadi epik macam trilogi Rorouni Kenshin..WOOOHHHOOO!!!


Tuesday, 20 January 2015

osh..osh..takutnya!

takut aku tengok video ni..memang tak la aku nak buat anak aku camni..hahaha..mau terkehel plak..


dikenali sebagai baby yoga yang dicipta oleh Lena Fokina untuk mengembangkan lagi fizikal dan intelektual..katanya la..katanya..hahaha..korang nak cuba? tangung sendir dan sila praktikkan pada anak patung dulu ye!! jangan aniaya kucing plak!

Lena Fokina with Polina in one of her Baby Dynamics classes in Dahab, Egypt


Lena Fokina with Polina in one of her Baby Dynamics classes in Dahab, Egypt


Lena Fokina with Polina in one of her Baby Dynamics classes in Dahab, Egypt


Lena Fokina with Polina in one of her Baby Dynamics classes in Dahab, Egypt

sumber: mirror.co.uk

Sunday, 23 November 2014

star wars prank yang ohsome!

kalau sebelum ni banyak prank menakutkan..yang aku baru saksikan ni memang terbaik bak hang! hahaha..memang best gile kalau ada orang buat prank ni kat aku..hahaha..aku simpan je pedang jedi tue..hahaha..


sumber: Youtube

Sunday, 2 November 2014

Furious 7!

Walaupun mendiang Paul Walker telah lama pergi, namun filem terakhir daripadanya tetap ditayangkan.. WOOOHHOOO! lama dah tunggu ni..trailer cam best je..hehehe


sediakan popcorn..hotdog..corn in cup..twisties dan segelas air Mineral @ Mirinda Strawberry..mari layan Fast & Furious 7!

woshh!
wosshh!
wwwooossshhh!

Thursday, 30 October 2014

nice MV!


memang syiok bila tengok vids ni..OK GO adalah kumpulan band dari amerika..bila tengok vid yang bertajuk I Won't Let You Down ni mmg awesome la..cume persoalan aku..mana nak dapat benda alah yang di naik tue..macam best je! hahaha


sumber video: Youtube

Saturday, 25 October 2014

Avengers! Bergabung!

malam - malam ni macam best je layan trailer filem Avengers terbaru dari Marvel..Age Of Ultron..sempat tak aku balik KL layan cite ni kat wayang? uish..uish..


Friday, 17 October 2014

Prank lagi!

sebelum ni aku ada post video prank pasal alien..
hok ni lagi ganas! hahaha..