aku melepaskan geram pada panggung wayang dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit..walaupun dikhabarkan bahawa filem ni mendapat kutipan RM4.28 juta..tapi bagi aku cerita ni kurang sedikit humornya berbanding edisi pertama..namun aku tetap terhibur dengan keletah Husin, Usop, Pak Jabit, Pak Abu dan wujud juga watak - watak baru yang menghiburkan..Mamat Khalid memang memberikan yang terbaik kepada penonton..aku still bagi 2 'thumbs up' untuk cerita ni..
sinopsis
Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...?
No comments:
Post a Comment