Monday 4 February 2013

Scarlet - Pengorbanan Si Ibu Kucing..

tersentuh hati aku bila terbaca cerita nie walaupun mengikut sumber cerita ni dah lama berlaku..bayangkanlah seekor binatang yang sayangkan anaknya sanggup meredah api yang marak dalam garaj yang terbiar semata - mata untuk menyelamatkan anak - anaknya..

Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.
Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya.

Berbalik pada kejadian itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus.

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusun anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil oleh keluarga angkat masing - masing di sekitar Long Island.

Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.

 sumber: SIAKAPKELI & WIKIPEDIA

No comments: