GEORGE TOWN - Penyanyi rap Korea Selatan yang popular dengan tarian
kudanya, Psy (gambar) bakal membuat persembahan pada Majlis Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Februari
nanti.
Bintang berusia 35 tahun itu yang dikenali menerusi lagu Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 tetamu yang bakal menghadiri majlis itu nanti. Kosmo! difahamkan, perbincangan sedang diadakan oleh sebuah syarikat
pengurusan acara dengan pengurus bintang popular itu bagi mengesahkan
kunjungan pertama Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang ke Malaysia.
Majlis sambutan rumah terbuka itu akan dianjurkan di Sekolah Tinggi
Han Chiang dekat sini bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan pihak
pengurusan Psy bakal memutuskan waktu persembahan artis tersebut. Turut menghiburkan pengunjung pada sambutan itu nanti ialah juara pertandingan Asian Wave di China, Shila Amzah. Klip video Gangnam Style yang menjadi fenomena di seluruh
dunia telah ditonton lebih 1.2 bilion kali sejak dimuat naik pada Julai
tahun lalu di laman YouTube.
p/s: Tak perlu kot..mamat ni popular satu lagu je kot..bayar mahal2 nyanyi satu lagu dan menari tarian kuda..hahaha
No comments:
Post a Comment