Monday 27 May 2013

Berita Neymar lagi..

Sao Paulo: Bintang Brazil, Neymar menerusi akaun Instagram miliknya semalam menyatakan yang dia bakal menyertai Barcelona, musim depan sekali gus memberi tamparan hebat buat Real Madrid yang turut berminat mendapatkan khidmat penyerang muda itu.
“Pada Isnin (hari ini), saya akan menandatangani kontrak dengan Barcelona. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Santos untuk sembilan tahun yang cukup hebat ini,” kata pemain berusia 21 tahun itu.
Lima musim
Santos menerima tawaran daripada Barcelona dan Real yang mahu membeli Neymar daripada kelab Brazil itu tetapi selepas pendedahan Neymar, Barcelona akhirnya mengesahkan perpindahan itu.
“Barcelona dan Santos sudah bersetuju dengan terma-terma untuk mendapatkan Neymar. Penyerang Brazil itu akan menyarung jersi Barcelona untuk lima musim akan datang,” demikian kenyataan dalam laman web rasmi kelab Sepanyol itu, semalam.
Biarpun usianya masih dianggap muda, Neymar sudah beraksi bersama skuad utama Santos sepanjang tempoh empat musim dengan menjaringkan 156 gol dan 77 hantaran menghasilkan gol dalam 256 perlawanan.
Sedih dan gembira
Pada 2011, Neymar membantu Santos merangkul kejuaraan Copa Libertadores buat kali pertama sejak Pele mewakili kelab berkenaan pada era 1960-an dan di peringkat antarabangsa pula, Neymar sudah menjaringkan 20 gol sepanjang 32 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil.

“Ia detik berbeza buat saya, sedih (kerana perlu mengucapkan selamat tinggal) dan gembira (untuk cabaran baru),” kata Neymar yang bakal beraksi kali terakhir bersama Santos bertemu Flamengo, pagi ini untuk aksi sulung Liga Brazil. 

 sumber: bharian.com


p/s: tahniah buat Barcelona..pasukan lain kena kuatkan pasukan masing - masing la lepas ni..makin mantap dah pasukan lawan ni..mencabar..mencabar..

No comments: