Thursday 30 May 2013

punah..BUBBLE TEA BERBAHAYA?


 
aku tahu dalam Malaysia ni memang banyak 
kedai yang menggunakan Bubble Tea ni..aish..aish..
semalam Kementerian Kesihatan telah menggantung 
11 produk keluaran Taiwan dari masuk ke Malaysia 
atas dasar keselamatan selepas dikhabarkan 
bahawa produk itu bermasalah.



Tapioca Balls diguna dalam Bubble Tea ada asid maleik boleh rosakkan buah pinggang
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa syarikat makanan Taiwan mulai semalam, termasuk Tapioca Balls atau Tapioca Pearls yang diguna dalam penyediaan minuman Bubble Tea kerana dilapor mengandungi asid maleik.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman, berkata penggunaan bahan itu tidak dibenar mengikut Peraturan Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
“Terkini, didapati Tapioca Balls atau Tapioca Pearls yang dikeluarkan beberapa syarikat (Taiwan) telah dicemari asid maleik dan ia turut dikesan di dalam beberapa produk makanan lain.

“Mengikut Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan sedang mengambil tindakan kawalan bagi menangani isu itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Pantau makanan
Beliau berkata 11 produk berkenaan ialah Tapioca Balls keluaran Sunright Corporation; Tapioca Starch (Hong Kai Foods Co); Black Tapioca Pearls (Possmei International Co Ltd); Indica Rice Powder (Sunright Foods Corporation); Tapioca Pearls (Shang Wang) dan Tapioca Starch Ball (Grand Chainly Enterprises Co Ltd).

Selain itu, Tapioca Pearls (Ting Long); Noodles (Sin Chi Zhi Miang Chang); Tapioca Pearls (An Si Li) dan Tapioca Pearls White and Black (Tapioca Foods Company Ltd) juga digantung pengimportannya.
 
Noraini berkata, Kementerian Kesihatan juga mengadakan perbincangan dengan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taiwan di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi itu dan akan terus memantau makanan diimport dari negara berkenaan.

Sebelum ini, katanya, media melaporkan terdapat asid maleik dalam Tapioca Balls dan Tapioca Pearls keluaran syarikat Taiwan Sunright Foods Corporation, namun Kementerian Kesihatan mendapati tiada produk itu diimport ke negara ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan menjalankan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap produk makanan daripada pengimport yang tidak mengemukakan sijil analisis makmal yang diiktiraf Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan bagi mengesahkan produk itu bebas asid maleik.

Minta tarik semula produk
Noraini juga meminta pengimport, pengedar dan penjual produk berkenaan supaya menarik semula produk itu dari pasaran dengan kadar segera selain menasihatkan industri yang menggunakan produk berkaitan supaya menghentikannya.

“Semua pengimport, pengedar, penjual dan industri yang terbabit dikehendaki melaporkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah mengenai produk yang didapati tercemar dengan asid maleik supaya siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.
Bagaimanapun, Noraini berkata, pengguna yang mengambil produk itu sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan.
 sumber: bharian.com



p/s: walaupun pemgambilan sekali sekala tak memudaratkan..baik x payah minum langsung..senang cerita..hehehe

No comments: