Tuesday 11 June 2013

apa salah lagu negaraku?

apa salah lagu negaraku? takde adab langsung dalam kehidupan..inilah masalah yang akan mencetuskan kemarahan orang ramai..selaku mahasiswa yang ter'pelajar' sepatutnya tak perlu terjadi perkara sebegini..kalau nak berpolitik habiskan belajar dulu..kang dah jadi macam ni ingat senang ke nak masuk balik? aish..memanglah kita 'bebas' meluahkan kata - kata..tapi sebagai umat Islam tak perlulah nak melepasi batasan yang mana akan menimbulkan kemarahan orang lain..tak kiralah agama apa pun..aduh..sian aku tengok..






Kuala Lumpur: Bukit Aman mengesan tindakan melampau pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Mohd Farizal dipercayai menyiarkan kata-kata penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara, Negaraku.
Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.

Kesan identiti sebenar
BH difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengesan identiti sebenar pemilik akaun terbabit.

Tulisan Mohd Farizal itu disiarkan semalam mendapat maklum balas negatif dan dikecam pengunjung laman berkenaan.

Akhbar pada Ahad lalu melaporkan, seorang pemegang akaun Facebook, menggunakan nama ‘Programmer Calvin Gani’ yang membuat penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.  
Kelmarin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti dan menyerahkan siasatan terhadap dua individu yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook.

Cetus kemarahan
Dua akaun Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi.

Minggu lalu, seorang wanita pemilik akaun Facebook berusia 32 tahun ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selepas didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 1 Jun lalu.
sumber: bharian

No comments: