Wednesday 5 June 2013

demi maruah sukan kita..

Kelantangan Menteri Belia dan Sukan yang baru Khairy Jamaluddin mendapat perhatian yang meluas di kalangan para peminat bola sepak Malaysia..selepas mendapat sokongan daripada Tan Sri Annuar Musa, kini Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong turut menyatakan sokongan kepada Menteri KBS itu..




Kuala Lumpur: Kelantangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam melontarkan kritikan tidak seharusnya dipandang serong sebaliknya wajar diterima secara positif oleh semua persatuan sukan bagi membaiki pencapaian atlet mereka.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, berkata sesiapa saja boleh memberi komen selagi komen itu berbentuk positif dengan bukan berniat menghentam atau sebagainya.
Beliau berkata, jika komen itu menunjukkan kelemahan persatuan sukan, mereka harus terima dan perlu melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

Bukan pandangan peribadi
“Saya selalu katakan, kita harus menilai komen daripada pemimpin sukan seperti ini (Khairy) tentunya sebagai satu komen positif yang mahu melihat perubahan sukan itu ke arah lebih baik.

“Sesiapa saja boleh memberi komen selagi komen itu berbentuk positif dengan bukan berniat menghentam atau sebagainya, kita harus terimanya... kalau ia menunjukkan kelemahan kita, kita harus terima dan perlu lakukan sesuatu ke arah kebaikan.
“Jadi saya rasa komen beliau harus dilihat secara positif oleh semua pihak,” katanya selepas majlis undian SUKMA 2013 di MSN Bukit Jalil di sini, semalam.

Beliau berkata, kritikan Khairy itu bukan pandangan peribadi tetapi lebih kepada maklum balas yang diterima daripada orang ramai.

Khairy baru-baru ini mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, selepas PBNP gagal menangani aspek keselamatan ketika aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur sehingga mengundang rasa kecewa Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.


Annuar turut sokong
 
Selain itu, beliau juga mempersoal keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 kepada Johor pada perlawanan tertunda di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu yang menyaksikan JDT mara ke pentas final dengan agregat 2-2, berbekalkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Kritikan Menteri Belia dan Sukan itu disambut pelbagai pihak termasuk Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan tindakan Khairy itu sebagai denyut nadi penyokong bola sepak negara.
sumber: bharian.com

No comments: