Thursday 13 June 2013

kerjasama yang bagus..Alhamdulillah!

ALHAMDULILLAH! baguslah kalau sudah boleh dibawa berbincang..sebelum ni kerjasama antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat dah terjalin untuk menjayakan Tilawah Kebangsaan di Balai Islam Lundang buat pertama kalinya..sekarang perbincangan untuk melaksanakan lebuhraya di sini mungkin akan terlaksana..baguslah..mudah bagi kami nak balik Kuala Lumpur nanti..tol pun tol la..janji jalan ok..servis ok..itu pun dah cukup baik bagi aku sebagai anak perantau di Kota Bharu, Kelantan ni..hehehe



Kota Bharu: Kerajaan PAS Kelantan sedia berbincang dengan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan cadangan pembinaan lebuh raya menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata memandangkan kedua-dua pihak mempunyai minat sama ke arah menyediakan kemudahan seperti itu, adalah lebih baik bekerjasama menyediakannya.
“Buat masa ini belum ada sebarang kata sepakat atau pertemuan bagi membincang mengenai pembinaan lebuh raya itu, namun ia adalah satu usaha yang baik jika kedua-dua pihak bersama membangunkannya.
Bina satu bahagian
“Kita (kerajaan negeri) boleh membangunkan lebuh raya itu satu bahagian dan Kerajaan Pusat boleh membina bahagian lain pula, dengan kedua-dua bahagian itu nanti akan bertemu di satu kawasan strategik,” katanya selepas mesyuarat EXCO di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Lebuh Raya Rakyat yang membabitkan kos RM1.8 bilion dan dikatakan sudah dimulakan projeknya oleh kerajaan negeri.

sumber: bharian


No comments: