Tuesday, 31 December 2013

langkah terbaik daripada kerajaan?


Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa. 

Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. 
Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas). 
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.
sumber: bharian


p/s: dengan pelaksanaan terbaik daripada kerajaan aku berharap duit lebihan daripada perbelanjaan itu dapat diagihkan kepada pelaksanaan - pelaksanaan yang lebih menguntungkan rakyat Malaysia..:)

the legend is in coma!

Anda kenal dengan Schumacher? bagi peminat F1 korang pasti kenal..malang buat juara dunia 7 kali itu..dia kini dalam keadaan kritikal & koma selepas mengalami kemalangan ski di pergunungan French Alps..


doktor kini berusaha lebih untuk memastikan Schumacher terus hidup dalam keadaan yang kritikal..pasti sedih bagi peminat - peminat lumba kereta kerana hanya disebabkan oleh kemalangan itu berlaku bukan ketika perlumbaan namun hanya kesilapan kecil di luar jangkaan Schumacher sendiri..

sumber: sportsillustrated

Saturday, 28 December 2013

anda gembira? anda tidak gembira?

Fun of The Day!




moral of the story: jangan main sebut je kalau berborak ngan binatang peliharaan anda ye..hahaha

Wednesday, 25 December 2013

family style!

aku begitu kagum dengan pemikiran orang putih yang tak salah kalau aku kata bijak mengembangkan minda keluarga mereka dengan hanya berbekalkan imaginasi yang luas! seperti kata spongebob & patrick..apa yang anda perlukan adalah........


Fun of The Day!



aku..
aku..
aku..
aku..

memiliki perasaan yang sama sepertimana gambar di atas.

Monday, 23 December 2013

Fun of The Day!


human nature like me! hehehe..dush kena sebijik!

pernahkah ianya terjadi?


pernahkah perkara ini terjadi pada anda? 


jangan biarkan perkara sama 

berulang..

berulang..

berulang..

berulang..

berulang..



Year End Sale!


sempena YES 2013 ni..aku berharap korang - korang yang dapat duit bonus berkepuk - kepuk ni berpada - pada la mengikut kemampuan anda sendiri..jangan nanti tengok kiri kanan poket dah kosong..ish..ish..ish..peringatan untuk aku jugak la kiranya ni..hahahaha..selamat bershopping!

Saturday, 21 December 2013

2013 compilation...

hujung tahun dah ni..ada plan nak selesaikan azam korang dalam masa terdekat ni? hehehe..pelbagai peristiwa menarik dan duka dilalui oleh rakyat Malaysia..ada yang bergaduh sebab parking kereta..ada yang bergaduh sebab gambar tak senonoh..ada yang perasan macam comel..macam cantik..yang paling best apabila duit saman dibayar dengan ribuan syiling yang tak terkira banyaknya..kalau boleh aku nak rangkumkan aku rangkumkan semua sekali dalam satu gambar macam mamat bernama Mario Zucca..



Fun of The Day!


Tuesday, 17 December 2013

Fun of The Day!


credit to :barnorama

terjawab sudah!

terjawab sudah segala gundah gulana apabila semalam acara kemuncak undian perlawanan pusingan kedua European Champions League antara kelab - kelab terkemuka Eropah..wohooo!!! GOOD LUCK pada Man City & Arsenal kerana lawan mereka agak sukar di pusingan kalah mati ini yang akan diadakan pada bulan March 2014..















untuk perlawanan lain aku masih rasa agak mencabar dengan Man Utd yang agak terumbang ambing dalam Liga Inggeris menentang Olympiacos..AC Milan yang juga kurang menyerlah dalam Liga Itali menentang Atletico Madrid yang kini cemerlang dalam Liga Sepanyol..

yang lain aku rasa 50 - 50 sebab sama seimbang..
anyway Good Luck pada semua yang bertanding dalam pertandingan berprestij eropah kali ini..


Monday, 16 December 2013

Sunday, 15 December 2013

berdua..bertiga..berempat..

orang kata berdua lebih baik..itu orang kata..orang kata bila berdua semuanya indah belaka..semuanya sempurna..tapi bila bertiga..berempat..itu lebih sempurna kan? hehehe..

alhamdulillah...berkat doa dan usaha..Allah telah memberi aku dan isteriku sesuatu yang lebih baik daripada segalanya..amin Ya Allah..

terima kasih atas segalanya..terima kasih Ya Allah! aku bersyukur!


Saturday, 14 December 2013

2 pasukan muda..Tahniah!

TAHNIAH! TAHNIAH!

sebelum apa - apa ucapan lanjut..aku nak ucapkan pada dua pasukan remaja Malaysia yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam dua kejohanan yang berbeza semalam..



Wednesday, 11 December 2013

Selamat Pengantin Baru!

Zain & Che Ta ditaja
Zain & Che Ta bertunang
Zain & Che Ta gambar bersama
Zain & Che Ta malam berinai
Zain & Che Ta $1.3 juta
Zain & Che Ta mahu anak
Zain & Che Ta berbulan madu
Zain & Che Ta baju nikah
Zain & Che Ta gambar perkahwinan
Zain & Che Ta mengandung?


aku rasa hari ni pasti pemikiran satu Malaysia akan teringat pada perkahwinan epik?? Zain Saidin & Che Ta - 11/12/13



Pakcik Google & Makcik Yahoo pasti rimas apabila orang ramai searching searching nama mereka berdua..hehehe

anyway..tahniah pada Zain sebab berjaya menambat hati Che Ta yang menjadi rebutan Dato' Dato mahupun orang - orang biasa - biasa je..hahaha..

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Tuesday, 10 December 2013

MEGABOYS mengganas?

pernah dengar MEGABOYS
aku pun x pernah dengar..hahaha..Man Toya pernah la..
aiseh..aiseh..adakah ianya seperti 24:7 yang pernah femes seantero Malaysia suatu ketika dahulu? aku harap taklah..


cara terbaik untuk makeup...

adakah anda tergolong dalam wanita yang bersusah payah hanya untuk bersolek?

abaikan kesengsaraan anda dengan hanya meniru skill minah ni dengan jayanya..mungkin kesukaran anda akan dapat diatasi dengan mudahnya..hehehe..kalau bolehlah..aku bagi idea je ni..hehehe..


selamat beramal!
hehehe..

Sunday, 8 December 2013

wonder woman terbaru! WOOOHHOOO!!

korang kenal dengan minah nama GAL GADOT? aku tahu ramai yang tak tahu termasuklah aku..tapi kalau tengok muka aku pasti..pasti..KENAL! 


minah yang berlakon dalam filem Fast & Furious akan menjadi Wonderwoman! superheroin kegilaan para lelaki selain daripada Catwoman..bayangkanlah bagaimana minah ni dapat watak terkenal daripada komik ni..pergh..




perghh..pergghh..perghh..pergghhh..
itu je yang mampu aku ucapkan..

terima kasih!

Saturday, 7 December 2013

sudah bermula..sudah bermula..YES!

akhirnya..penyakit 'Mata Panda' dan MC yang berterusan akan melanda tahun depan..kenapa? kenapa?
sebabnya ialah..sebabnya ialah..sebabnya ialah..


Thursday, 5 December 2013

ketagih internet?


adakah anda tergolong di dalam manusia - manusia di bawah?


kereta melambangkan anda?


anda rasa nak beli kereta baru ke sempena menyambut tahun baru ni nanti? kereta idaman sudah tersedia? cukup lengkap semua? semoga anda berjaya membeli sebuah kereta idaman anda kelak..



menghitung hari..menghitung hari..

hanya tinggal 26 hari lagi untuk kita menyambut tahun baru yang lebih baik daripada sekarang..


apa azam korang tahun ni dah selesai? aku dah hampir selesai..cuma adala 2 - 3 angan - angan kosong yang belum menjadi kenyataan walaupun sudah berusaha kuat..hehehe..

Tuesday, 3 December 2013

anda mahu balik awal?

anda malas buat kerja?
anda malas dengar bebelan bos anda?
anda rasa anda mahu pulang awal daripada biasa?

mari lakukannya bersama - sama........
abaikan kerja anda anda......................
klik link di bawah untuk nikmatinya..



"It is a philosophy of TDA®_Boulder that we are all better employees if we achieve something called a work-life balance. However, pursuing that goal is not always an easy task in today's corporate culture. Please use the Happy Hour Virus to leave work early and enjoy the company of friends, family or co-workers. We are aware that this might jeopardize your productivity the following day, but we are willing to take that risk on your behalf. And if this sounds like a philosophy you could live with."


Monday, 2 December 2013

antara Beruang & Kucing?

aku tahu ramai peminat tegar kucing dalam dunia ni termasuklah orang rumah aku Puan Sizuka..aku suka tapi masih belum tahap tegar lagi la..tapi kalau beruang aku tak tahu la kalau ada orang bela dalam rumah sekali..hahaha..samapi tahap minat setia pada binatang yang besar bagak ni..kalau 'teddy bear' mungkin belambak la dalam dunia ni..hahaha..


dicipta untuk keselesaan orang ramai..aku tahu sesiapa yang menjadi peminat tegar kedua - dua benda ni pasti akan teruja untuk memilikinya..walaupun ruang rumah tak besar mana macam rumah aku ni..


Sunday, 1 December 2013

FAST & FURIOUS TAMAT?

adakah movie terbaik dalam genre perlumbaan ini akan tamat begitu sahaja? filem yang ketujuh dalam proses kot..x sabar nak tunggu..tapi adakah filem ni akan tamat begitu sahaja?

ini adalah disebabkan berita yang paling sedih buat peminat filem bergenre kereta kerana pelakon utama filem ni iaitu Paul Walker telah pun mati kerana eksiden yang teruk di California..kereta porsche yang dinaiki terbabas - melanggar pokok - terbakar - meletup..tragik..tragik..

apa - apa pun lakonan dia memang best dan seronok untuk ditonton..mungkin fast & furious akan ada tapi wataknya tiada dalam francais yang seterusnya..hope so..

sumber: variety