Wednesday 25 May 2016

Moh kite TRAVEL!

next week dah start cuti sekolah dah..mana - mana yang berniat nak travel tu selamat bercuti dan selamat merehatkan badan anda yang sudah letih melayan karenah masyarakat sekeliling.. mana tau nak layan bangsa lain plak ke...hahaha..tapi setiap kali nak bercuti pasti terfikir apa lagi barang yang perlu dibawa...kalau dalam Malaysia je no hal lah..hahaha..ni bagi mana - mana yang nak travel jauh skit sampai nak kena naik plane..korang mesti..wajib..perlu..ikut idea aku ni..hahahaha..

Barang pertama yang korang perlu ada ialah:

T-shirt Icon! 
Baju bukan sebarang baju! baju ni memang sangat penting kalau korang nak gi melancong tapi tak reti sepatah haram bahasa negara korang travel tu..hanya dengan icon anda mampu mengubah nasib anda..tapi kalau kena tipu gak dgn penduduk setempat tak dapat la aku nak tolong..hahaha..korang kena pastikan icon yang korang tunjuk tu betul dan jangan silap..kalau silap pun aku tak dapat nak tolong..hahaha..



Alat Bantuan Pendengaran
Yang ni bukan alat pendengaran untuk orang pekak tau..jangan silap..ni alat pendengaran yang mempunyai tujuan untuk membantu mana - mana traveler yang juga tak paham sikit habuk pun bahasa orang tempatan.. dicipta oleh Waverly Labs ~ The Pilot akan membantu kita memahami bahasa seperti Spanish, English, French dan Itali hanya menggunakan telefon pintar kita..ajaib tak? Maaf untuk Korea takde lagi ye..hahaha..Anyeonghaseo!





Bantal kepala!
Korang pernah dengar Ostrich Pillow? ok..yang ni wajib ada kalau nak travel jauh..kadang - kadang naik Air Asia ni kepala mesti pusing nak tidur..nak naik Business Flight memang tak la.. hahaha..so solutionnya benda alah ni.. sangat - sangat praktikal.. korang leh tidur mana - mana je..atas seat flight..lantai kapal terbang..tandas..atas paha stewardess pun bole gak..tapi kalau aku..memang atas paha stewardess je terus..tak payah bantal - bantal ni..hahaha..

Seterika Portable
Ha! yang ni pompuan - pompuan perlu ada..senang nak menggosok tudung Neelofa..Fareeda.. Ariani..Wahida dan tudung korang yang pelbagai jenis tu walaupun aku tau bini aku pakai tudung sama je tiap - tiap hari kalau nak keluar..hahaha korang boleh iron kat mana - mana korang berada walaupun duk tepi kedai makan..janji ada punca letrik..hahaha..senang kan? mana tau tetiba laki tengah ngorat pompuan mat salleh tepi pantai..boleh lah ZAAPPP!!! sekali ngan seterika tu..hahaha..yang penting sekali tudung korang tak berkedut..payah ni..kalau ada room service xpelah..abaikan benda alah ni..hahaha...

Beg Basuh Baju!
aku tau mesti korang pelikkan? kenapa perlu ada benda ni..benda ni sangat penting kalau tiba - tiba seluar dalam korang tak cukup plak..takkan kena hantar dobi plak tengah - tengah bercuti tu..so korang leh bawak benda ni dan basuh je kat mana - mana..hahaha.. tapi kalau duk kat hotel mewah xpelah..aku tak halang pun nak guna service dieorang..hahaha..aku suggest je ni..



so bagi sesiapa yang nak gi travel sila penuhkan poket anda untuk membawa benda - benda yang mengarut tapi useful dikala kesusahan..hahaha..chiow dan selamat bercuti!!!!

No comments: