Sunday, 1 November 2015

Masjid Beijing..sempurna..tapi..


Alhamdulillah..sampai gak aku kat Masjid Beijing, Rantau Panjang ni walaupun duk kat Kelantan..la ni baru sampai..itu pun sebab ada kenduri kahwin member sepejabat dulu..aku singgah untuk solat Zuhur..ingatkan sempat nak berjemaah..tapi berhuha huha kat kenduri kahwin sampai lupa plak nak solat Zuhur..dalam keadaan lepas hujan, perkarangan depan masjid dibanjiri air yang bertakung dan licin. Maka sukar untuk aku bergerak bebas..sukar..sukar..

Dengan kekurangan air dan bilik air yang kurang bersih merencatkan kualiti terbaik sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan orang ramai...biasalah bila ramai orang guna sekaligus, tekanan air kurang, tandas jadi kotor sikit..janji tempat sembahyang selesa..hehehe..



aku terpaksa selfie kat luar masjid sebab dalam masjid banyak lantai basah so bahaya sikit..dari jauh je la nampak masjid..tiang pun nampak sikit je..hehehe..anyway..next time je la aku selfie dalam..

Friday, 30 October 2015

Kitty..kitty...Glove!!

bukan setakat peminat je kot yang nak..musim - musim hujan macam ni rasa sejuk beku plak duk dalam rumah je..sangat sesuai la.kalau setakat nak guna lepaskan bosan atau hanya untuk nak bazirkan duit korang di zaman ekonomi yang kurang stabil ni..hahaha..papehal pun kalau korang nak silakan..silakan..order sepasang untuk korang guna..




gloves yang hanya bertujuan untuk digunakan pada telefon pintar..cuma yang menariknya ekor kucing tu.ekor kucing! hahaha!


Thursday, 24 September 2015

What? Ni baru perfect GIF!


itu bukan salah eja.memang aku maksudkna G.I.F..kebiasaan kita buat picture dalam format .gif hanya dalam komputer je..so Alessandro Scali dan Marco Calabrese telah jadikan benda ni satu realiti dan dikenali sebagai Giphoscope..perhatian buat bini aku..please beli benda ni satu untuk saya! hahahaha...




sumber: giphoscope

serlahkan kuasa dalaman anda!

sejak dua menjak ni..superhero superhero banyak keluar movie masing - masing..yang paling terbaru Antman dan Fantastic Four..ada kuasa terpendam sebenarnya dalam diri masing - masing..itu yang cuba ditonjolkan oleh Jody Steel ..kira macam Yoda cuba keluarkan kuasa dalaman Luke Skywalker untuk jadi Jedi tehebat sepanjang zaman..hahahahaha..





rasa - rasa dalam diri aku ni ada pe ye? adakah Bubibinman? hahahaha..




sumber: boredpanda

Wednesday, 23 September 2015

omelet mudah!

kalau lapar sangat..malas nak masak berat berat..try 4 kaedah simple ni untuk mengenyangkan perut korang di kala kelaparan pada bila bila masa..

1. bubuh dua butir telur dalam beg kedap udara

 2. masukkan segala bahan tambahan macam bawang..daging..sayur..

3. rebus dalam air yang mendidih selama 13 minit

4. siap! 


sumber: pixable

baseball? tarian? apa kisah!

menarik tul mamat ni! hahaha..enjoy penonton bila tengok player macam ni..walaupun x perform dalam game tapi konfirm popular dalam internet! hahahaha..


sumber: youtube

takde elektrik? tiada masalah!

aku pernah alami satu pengalaman yang mengerikan..rumah aku hampir terbakar akibat daripada kesilapan aku sendiri..tengah takde letrik tu la nak pasang lilin..tertido punya pasal..habis terbakar langsir..perggh! memang bahaya betul kalau lilin dibiarkan begitu sahaja...mujur bini aku sedar..Allah masih sayangkan keluarga aku..AMIN! 

untuk memastikan keselamatan keluarga anda bila memasang lilin di kala letrik tiada gunakanlah Moment yang dicipta oleh Lars Beller Fjetland..memang sangat sesuai! 


konfirm korang takkan terlupa untuk padam api lilin walaupun tertido atau leka..kalau ada memang aku nak sambar dah ni! hehehehe..


Wednesday, 16 September 2015

dulu kini dan selamanya...

cop..cop..cop..ni bukan update cerita pasal perhimpunan merah yang berlaku pagi tadi..ni cerita pasal Fulvio Obregon yang telah mengkreatifkan para selebriti Holywood dulu..kini dan selamanya...jangan tersasul plak! 


Monday, 14 September 2015

melintas dengan berGAYA!

kebanyakan rakyat Malaysia kurang etika bila melintas jalan..kalau lihat sekeliling ada jejantas yang dibina ataupun zebra crossing.. tapi masih lagi ada yang degil lintas sesuka hati..bak kata Harith Iskander "Malaysian believe in the power of hand" hahaha..so apa kate kalau ambil ikhtiar macam Alfredo Adan..pasti dapat membentuk komuniti yang bertanggungjawab terutama kanak - kanak untuk leboh memahami cara melintas dengan betul..wooohoooo!!


Friday, 4 September 2015

Tok Mat Western Grill..


satu lagi kedai baru aku jelajah tadi ngan bini aku..western grill tue! hahaha..terletak kat Jalan Pasir Puteh - Kota  Bharu..kalau dari Pasir Puteh nak ke Kota Bharu memang nampak tepi jalan la..dari rumah aku Bechah Keranji memang dekat la..6 minit je naik keta..20 minit naik moto..48 minit jalan kaki..hahaha..ni apa yang pakcik google maps tunjuk la..hahaha..pe aku makan? gambar bawah ni aku makan ha..