Thursday, 7 May 2015

futuristik! fantastik! terbaik!

benda ni adalah produk PALING PERLU untuk dimiliki bagi tahun 2015! wohoo! menarik sangat nampaknya..memandangkan rumah aku cepat sangat berabuk yang tak tahu datang dari mana..wajib ada la kot dalam rumah aku..jimat dah nak asyik beli dustpan baru je kat kedai RM2 yang sebenarnya kena RM4 sebab batang dustpan & dustpan dijual berasingan! woohhoo!! x kira GST lagi..hehehehe..

memperkenalkan BRUNO! Tong sampah + Vakum!




Wednesday, 29 April 2015

cukup guna yang ASAL!

huhu..pening kepala kalau betul logo - logo jenama terkenal dunia menggunakan khidmat seorang 'DOKTOR' untuk mereka logo mereka! aku rasa satu dunia buntu memikirkan apa benda yang cuba disampaikan..syukurlah semua ini tidak terjadi...hahaha...yang paling lawak logo PUMA! hahaha..epik!














sumber: bromygod

bermain HUJAN dengan RIANG!

sejak dua menjak ni hujan kerap turun tanpa kita sedar kat kota bharu ni..pening memikirkan bila masa akan hujan plak sedangkan kita kadangkala x bawak baju hujan atau x bawak keta untuk elak dari hujan..masalah lain bila baju hujan koyak plak time nak pakai! pergghhh! sedih!

sumber foto : matickita

Sunday, 26 April 2015

Hantu Bungkus Ikat Tepi..huhuhu

baru semalam layan filem terbaru seram komedi dari MIG Hantu Bungkus Ikat Tepi kat astro..



nama tajuk lawak dah..tapi sedey! ending kurang menarik! sangat sangat kurang! teringat time tengok cerita Mistik dalam panggung..menjerit bila ending sangat membosankan..hahaha.. aku bukan nak pertikaikan tapi ending belum cukup ummpphhh! jalan cerita yang santai dan kadangkala berterabur..skrip kelaut..hahaha..still having a nice laugh with my wife bila ada certain - certain scene yang lawak dari kumpulan Jambu dan Abam..next time kena tengok komen dari orang ramai dulu baru decide nak layan filem - filem Melayu..hehehe..nice try!


TRAILER


SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang penakut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan. Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu. Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti. Fuad, Fadli dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Saturday, 18 April 2015

GERGASI MERAH MENYERANG! WOHOO!

ini bukan cerita pasal pasukan Gergasi Merah dari Selangor..bukan..bukan...ni pasal gergasi ganas yang akan menyerang panggung berdekatan dengan anda..kalau masuk Malaysia la..hahahaha..tapi memandangkan cite ni boleh dilabelkan dengan GST ( Ganas Sangat Tau!) aku rasa payah la aku nak tengok sebab anak aku kecil lagi..hahaha..kena tunggu lama skit la nampaknya..kalau korang peminat manga jepun pasti tau pasal manga Shingeki No Kyojin ~ Attack On Titan..WOHOOO! akhirnya jadi realiti!


Trailer terbaru dari Live Action Shingeki No Kyojin memang sangat - sangat menarik..tapi itulah keunikan trailer..sedap tengok..bila layan pening kepala sebab plot cerita berterabur..aku harap filem ni jadi epik macam trilogi Rorouni Kenshin..WOOOHHHOOO!!!


Wednesday, 15 April 2015

tido atas batu la nampaknya..

bagi mana - mana yang minat sangat nak tido dalam cara yang berbeza boleh lah cari benda ni..bagi aku kalau setakat satu je dok rok boh! kena beli berbatu - batu la nampaknya! hahahaha



berminat? aku pun berminat..tapi harga boleh tahan..hahahaha..tangguh dulu sebab nak simpan duit untuk gi next trip! hahaha..

trip to ganu!

selesai pengembaraan si puteri kecil menjelajah kuala terengganu..walaupun dalam masa singkat..


terima kasih pada TH HOTEL & RESIDENCE kerana 'sponsor' percutian kami ini..hahahaha..layanan yang sangat tip top..walaupun parking jauh di belakang kena pusing skit la..hahaha..


percutian yang singkat tapi menyeronokkan..si puteri sangat seronok bermain dalam kolamnya..walaupun pelampung ayah salah beli..hahaha..xpela..boleh pakai sampai umur 5 tahun! hahaha..kedekut!



tiba - tiba plak nak gi muzium..nak gi masjid kristal penuh orang..musim cuti la katakan..hehehe..dapatla tengok benda pelik skit sempena pameran organ manusia..



nampak poster sangat menarik..aku ingat ada patung macam dalam poster..tapi malangnya xde tapi barang - barang pameran memang 'rare' la..meh melawat..sangat menarik..maaf tiada gambar nak tunjuk sebab x dibenarkan 'selfie' atau 'wefie' dalam tue..maaf ye..luar pintu je..



kami akhiri dengan melihat keindahan pantai penarik yang sangat menarik..tengok si puteri yang ketakutan tengok air laut..x tahu la nape..hahaha..


insyaallah next trip jauh skit...langkawi! vroommm!!

Tuesday, 10 March 2015

my little princess..growing up again..and again..




puteri kecil yang ku dakap erat buat pertama kali..
puteri kecil yang ku kucup dahinya buat pertama kali..
puteri kecil yang ku dukung cermat buat pertama kali..
puteri kecil yang ku azan buat pertama kali..

membesar menjadi insan yang sentiasa menggembirakan hati ini..
membesar menjadi insan yang sentiasa memenuhi kehidupan ini..

terima kasih sayang...
terima kasih sayang...


AYAH SAYANG NUR HANA HANANIA..





Tuesday, 3 February 2015

bila elektrik tiada....

kalut bila tengah syok layan TV malam - malam dengan keluarga..tiba - tiba PPPAAAPPP..letrik terputus..kalut la nak cari lilin la..torchlight la..walaupun sebenarnya handphone sekarang dah ada applikasi light..hahaha..nampak x? nampak x? so be prepare la lilin kalau nak jimat bateri handphone..ye la mana tau..letrik 3 - 4 jam x..parok bateri handphone plak..aku rekemen lilin dari laman web ETSY ni..sangat menarik....dan CREEPY!


amamcam? ada berani nak guna? hahahaha




Saturday, 24 January 2015

risau aku..risau..

risau bila perkara sama akan terjadi pada diri aku...korang? hahaha....


sumber: deep-dark-fears