Saturday, 30 November 2013

antara Anugerah Skrin & Maharaja Lawak Mega 2013

perebutan remote TV bermula pada malam semalam..dengan hanya berbekalkan satu TV di ruang tamu..bermulah kisah menarik antara Mr. Arrogant  (bukan nama sebenar) dan Puan Sizuka (juga bukan nama sebenar)..persoalan timbul di sini kemapa kedua - dua rancangan diadakan serentak? nape anugerah skrin tak buat 2014? sedangkan tahun 2013 pun x abis lagi..emm..Anugerah Juara Lagu pun buat pada tahun depan..kan konpius tue..konpius..


Anugerah Skrin 2013 yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam dan diacarakan pula oleh Awal, FBI dan juga Nad Zainal yang so cute that night bersiaran langsung di TV3 adalah pilihan Puan Sizuka..huahuahua..


Thursday, 28 November 2013

alasan terbaik untuk anda berikan..

anda rasa anda ada pelbagai alasan sekiranya anda melakukan sesuatu yang perlu anda menjawab dengan pantas?

jika anda rasakan bahawa anda tidak mampu untuk memberi 1001 alasan yang bernas dan bermutu tinggi..

gunakanlah EXCUSES CREATOR! huahuahuahua..

anda pernah melaluinya?

anda pernah duduk di rumah sewa beramai - ramai?
aku pernah..dan ada gak la pengalaman - pengalaman
yang bagi aku nostalgik! hahaha..
yang paling best adalah bersama roommate anda..hahaha..


cara yang betul adalah.....

pernah guna webcam?
biasa dengan webcam?
mari pelajari cara untuk menggunakannya..hahaha


OH MY ENGLISH!

semalam baru je menonton cerita menarik di astro..hahahaha..


sambungan daripada kisah Cikgu Henry mengejar Cikgu Ayu ke lapangan terbang..diikuti oleh anak - anak murid mereka..mungkin nak jadi sambungan musim ke tiga bagi cerita Oh My English! kot..


Wednesday, 27 November 2013

aku tahu..korang pun sama..hahaha

sepanjang aku bergelar mahasiswa yang berjaya di salah sebuah IPTA di terengganu..aku pun kadangkala mengalami perkara yang sama..tapi pandai - pandailah hidup..hahaha..aku tahu korang pun alami benda sama..sapa pelajar cemerlang macam aku mesti buat..hahaha..



Tuesday, 26 November 2013

dunia sekarang!



adakah BFF anda seperti di atas? 
rentikanlah...get a life my frenz!
hahaha..

Monday, 25 November 2013

anda kenal? hehehe

sesiapa ada jumpa gambar - gambar artis malaysia waktu muda? upload la..hahaha..aku cuma dpt tgk erra...lisa ngan diana danielle je..aku godek - godek jumpa plak benda ni dalam tenet..



sumber:

Saturday, 23 November 2013

ANDA TERGOLONG SEKALI?

adakah anda tergolong di dalam golongan - golongan tertentu?


sumber:


apa yang aku tahu aku ngan bini aku ada termasuk dalam golongan di atas! huahuahuahuahua

Tuesday, 19 November 2013

apa itu gangguan seksual..

anda tahu tak apa itu gangguan seksual? 


ia boleh berlaku tidak kira kepada lelaki ataupun perempuan..kalau dah namanya gatal..semua balun..semua bahan..menurut statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja ia menunjukkan kes yang kecil bilangannya tapi bagi aku impak pada si mangsa lebih BESAR kesannya..aku pasti ramai mangsa yang trauma untuk mendekati orang lain..

TahunBilangan
199929
200061
200146
200221
200316
200419
200512
200623
20079
200819
200922
201020
Jumlah297

VILA NABILA..TAMAT CERITA

PONG! PANG! PONG! PANG!..kecoh pasal cerita VILA NABILA di Johor Bahru..dengar cerita kes sudah selesai..hehehe.. endingnya? amat mengecewakan..



Monday, 18 November 2013

pengajaran dulu sama seperti sekarang..

semalam baru je tengok Pendekar Bujang Lapok kat Astro..teringat kehebatan filem melayu dulu yang disukai semua kaum di Malaysia ni..betapa harmoninya bila melihat amannya Malaysia suatu ketika dahulu..hehehe..


























Saturday, 16 November 2013

macam best je..macam best je..

pernah tengok SLEEPING BEAUTY?


candy crush real? real punya?

anda peminat tegar CANDY CRUSH? tau tak CANDY CRUSH tu pe benda? masalah kalau korang tak tau mesti korang pakai 3310..hahaha..just kidding!!



minggu yang panjang!

minggu lepas bagaikan minggu yang panjang bagi aku..dengan mendapatkan rehat yang cukup..cukup ke? 


yela cuti panjang la katakan..pelbagai perkara berlaku..sedih..gembira..macam - macam la..tapi paling sedih ialah kerja aku sama je macam x bercuti panjang..hahahaha..


Wednesday, 13 November 2013

bila SUPERHERO sudah RETIRED..

macamane perasaan korang kalau superhero kegemaran korang menjadi tua nanti? adakah seperti yang korang bayangkan? masih aktif lagi tak rasanya? pe jadi kalau Cicakman..Keluangman ataupun Boboiboy dah besar dan jadi tua? 




Tuesday, 5 November 2013

salam maal hijrah 1435!


buku lama ditutup..buku baru dibuka..bulan Muharram adalah permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Islam..korang pasti tahu kan? hehehe..


المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

“Orang yang berhijrah ialah orang yang 
meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.”

(Hadis riwayat Ahmad)


aku berharap aku dapat mengubah diri aku menjadi lebih baik daripada sekarang..


Utusan daripada Perdana Menteri Malaysia, kalau korang nak baca la..


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita diberi peluang meraikan Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah. Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. 
Saban tahun, kita pasti akan mengimbau dan mengiktibari peristiwa hebat yang telah menjadi asas kepada gemilangnya cahaya syiar dan syariat Islam ke seluruh alam, merentasi benua dan zaman. Syariatnya abadi menerangi kehidupan menjadi rahmat seluruh insan. 
Sebagai sebuah negara Islam, kita sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Rasulullah SAW bagi memberikan kita momentum berganda untuk terus melakukan transformasi dan islah buat negara Malaysia ini. Sasaran menjadi negara Islam maju, progresif dan berpendapatan tinggi ini adalah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntut kita untuk menjadi satu umat yang wasatiyyah, adil dan terbaik. 
Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan agama hidup berharmoni, mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan bumi bertuah ini untuk kita kecapi bersama dengan sepenuh kesyukuran. 
Sambutan Maal Hijrah yang kita sambut setiap tahun sebenarnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan. Dengan melakukan hijrah bersifat semasa, ianya mampu melepaskan seseorang itu dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Ianya akan melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud : 
“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. ” 
Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta. Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah. 
Selaras dengan semangat Hijrah, kita juga telah merangka Bajet Tahun 2014 untuk terus mengislah ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji-janji kepada rakyat. Hakikatnya, Malaysia kini terus berkembang melalui perlaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah kita lancarkan. Perkembangan ini diiktiraf oleh Bank Dunia apabila Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 meletakkan negara kita pada kedudukan ke tempat ke-6 berbanding tempat ke-12 tahun lalu. 
Peningkatan ketara ini sekaligus membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan bagi mentransformasikan Negara kita. Ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang telah dilakukan di dalam negara. Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh apabila satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik. 
Marilah kita berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini lebih baik dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat. 
Di kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan agar Sambutan Maal Hijrah 1435H ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, semoga ianya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara.
sumber: astroawani



Saturday, 2 November 2013

PIALA MALAYSIA 2013

sibuk memanjang umat manusia dalam Malaysia sekarang ni...kini dikhabarkan kehadiran beribu - ribu manusia yang menerjah masuk ke Tol Gombak sambil makan aiskrim hanya untuk menonton sebiji bola yang direbut oleh 22 orang atas padang yang kemas tersusun rumputnya..Ahmad Beckham ada laporannya..


"Final kali ini adalah antara pasukan paling yang mengancam jiwa dan raga musim ini iaitu Gajah & Kijang yang akan bertarung merebut piala Malaysia edisi paling baru ..


dimana HARIMAU..SINGA..SELADANG..KENARI..PENYU..BUAYA.. mahupun GERGASI MERAH yang tewas di tangan Sang Gajah yang gah menggunakan fizikalnya yang mantap & Sang Kijang yang bijak yang menggunakan akal mereka..walaupun satu bala ANGKATAN TENTERA cuba melawan namun tewas di tengah jalan..RUSA dan HARIMAU KUMBANG masih lagi tidak dapat dijumpai sehingga kini..namun aku harap tahun depan semuanya dapat memberikan tentangan yang hebat.."

Saya wakil dari Kasut Cap Sepuluh Kaki melaporkan dari Stadium Nasional Bukit Bukau.